Sunday, March 31, 2013

Jom Berlakon Bersama TV Hijrah


28 Mac 2013
Per: Amirul
Pengarah Kuala Sepetang Eco Track Lot 7262, Jalan Sg Ranting Hilir, Kamunting Baru Tambahan, 34600 KAMUNTING, Perak Darul Ridzuan.
Tuan,
PER: PROGRAM ‘DESTINASI CUTI-CUTI 1 MALAYSIA’ TERBITAN KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA TV AL-HIJRAH
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama TV Al-Hijrah akan menerbitkan sebuah program kembara untuk musim kedua yang memfokuskan kepada “eco-tourism, adventure & nature” sebagai destinasi utama dengan meneroka ke destinasi-destinasi hijau, menikmati keindahan alam semulajadi, kehijauan dan kecintaan kepada alam.
3. Di samping itu ia turut memaparkan tempat-tempat pelancongan bercirikan Islam seperti masjid-masjid dan juga monumen-monumen sejarah berkaitan Islam. Program ini juga tidak ketinggalan memaparkan tempat-tempat makan yang terkenal, unik dan lazat yang boleh dijadikan panduan kepada pelancong-pelancong tempatan mahupun luar. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai asas untuk mempromosikan program Tahun Melawat Malaysia 2014 yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelancongan Malaysia.
4. Untuk makluman Tuan, destinasi yang dicadangkan di Perak adalah menikmati pengalaman percutian keluarga . Sehubungan dengan ini, pihak TV Al-Hijrah memohon kerjasama dan tajaan daripada pihak Kuala Sepetang Eco Track yang merangkumi pemandu pelancong, serta aktiviti dan lain-lain yang berkaitan. Maklumat penggambaran adalah seperti berikut:
Tarikh Penggambaran : 11 Mei 2013 ( Sabtu )
Bilangan Krew : 10 Orang (Krew + Host + Artis Jemputan )
Aktiviti : ‘Mangrove Cruise’ , Sauk Kerang dan lain-lain aktiviti
5. Sebagai pulangan pihak kami akan memberi promosi kepada Kuala Sepetang Eco Track seperti berikut :
1. Temuramah dengan wakil penaja
2. Establish visual/ skrip tentang hotel / pakej di dalam program
3. Host mention
4. Paparan Logo di akhir rancangan
6. Pihak kami amat berharap mendapat sokongan tajaan daripada pihak tuan dalam melancarkan perjalanan penggambaran ini. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Farah  (Penolong Penerbit) di talian 014-230**** dan email farah@tvalhijrah.com
7. Di lampirkan bersama merupakan jadual aktiviti di Kuala Sepetang. Di atas segala kerjasama dan perhatian pihak Tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Yang benar,
TV AL-HIJRAH
………………………………….
NOOR HARLIDA ABU BAKAR
Penerbit Kanan
019-258****
Jadual Aktiviti Kuala Sepetang
10.00 pagi Check out hotel
11.00 pagi Melawat hutan pendidikan
12.00 th Makan Tengahari di Restoran Mee Banjir Udang Mak Teh
1.00 pm Rehat di surau Jabatan Hutan
3.00 pm Melawat Kilang Arang Chuah
4.30 pm Rehat di masjid Kuala Sepetang
5.00 pm Aktiviti menangkul ketam, menyauk kerang, memancing, memberi helang makan, memerhati burung dan lain-lain.
7.00 pm Aktiviti Tamat

Saturday, March 30, 2013

Kelebihan Melancong Dalam Negara

Orang asli pun dapat menambah pendapatan
Melancong dalam negara akan dapat meningkatkan semangat cintakan negara. Hal ini terjadi kerana dengan mengunjungi tempat-tempat yang bersejarah, seseorang itu akan dapat melihat, memahami, dan menghayati bagaimana generasi yang terdahulu membangun dan mempertahankan negara.
Kemesraan dan budaya masyarakat
Memberikan tumpuan melancong di negara sendiri akan dapat membangunkan industri pelancongan. Hotel-hotel dan tempat-tempat pelancongan pastinya akan dapat dibangunkan, dan seterusnya dapat menawarkan pekerjaan kepada rakyat. Tanpa sokongan pelancong-pelancong tempatan, industri pelancongan kita pasti malap, lebih-lebih lagi dalam keadaan kelembapan ekonomi dunia sekarang.
Melancong dalam negara secara tidak langsung kita dapat menyekat pengaliran wang keluar negara. Ini sudah tentu akan meningkat dan menyuburkan ekonomi negara. Lebih-lebih lagi dalam kelembapan ekonomi yang sedang melanda sekarang. 
Kita juga akan dapat mengenali budaya rakyat negara kita dengan lebih dekat lagi. Contohnya, bagi mereka yang tinggal di Sabah atau Sarawak bolehlah mereka melancong ke negeri-negeri di semenanjung manakala oarang semenanjung pula sebaliknya. Dengan hal yang demikian akan wujudlah perpaduan nasional yang kita harap-harapkan. 
Pelancong dapat mempelajari budaya kita

Wednesday, March 27, 2013

Family Package: 4 hari 3 malam


Keluarga En R sedang memberi ikan arowana makan cengkerik
Pada kali ini aku menimba pengalaman baru dalam merancang aktiviti berkeluarga.
Pastikan aktiviti melancong dijalankan pada separuh hari sahaja bagi membolehkan anak-anak kecil memperolehi rehat yang secukupnya.

Program lawatan    
Hari Pertama: 
Check in Taiping Golf Resort, mandi sungai di Burmese pool, makan di Kuey Tiaw Doli, Night Safari.

Hari Kedua   : 
8.00 am Naik Jeep ke Bukit Larut, (dibatalkan kerana anak-anak amat kepenatan. Mereka menghabiskan masa pagi hari itu dengan mandi kolam renang)
Petang: Check in Sepetanginn, Mee Udang, Hutan Pendidikan, Kilang Arang, 
Rehat di hotel: 
5.00pm Fisherman activities 
8.00pm Fireflies trip 

Hari Ketiga: 
10.00 am Lawatan ke Muzium Matang, 
Lawatan Sawah Padi, Lawatan Ternakan Arowana Bukit Merah,
Check in: Suria Apartment 
Petang: Riang Ria Taman Tema (Waterpark, EcoPark)

Tuesday, March 19, 2013

Kuala Sepetang and Taman Tasik Taiping Photo shoot 7 September 2013





Taiping Lake Garden Tame Birds and Animals Easy To Photograph
Kuala Sepetang and Taman Tasik Taiping Photo shoot 7 September 2013
Day 1
2.00-4.00pm Check in Sepetanginn, KUALA SEPETANG
5.00-10.00pm Mangrove Park & Charcoal Factory, fisherman village & Fireflies Trip KUALA SEPETANG (Micro photography: 3 species)
11.00 pm Mee Banjir Udang
Day 2
8.00-10.00am Birds Race: Lake Garden TAIPING
Farewell
RM100 per head

Pagi ini jogging di Jalan Kedamaian Taman Tasik Taiping, sekalipun begitu ramai orang yang sedang jogging, gerai jualan, muzik aerobic tapi hidupan liar tidak terkesan langsung. Sangat sesuai untuk sessi fotografi dengan pencahayaan pagi yang lembut dan terang. — with Rashana Az Zahra and Mohd Azmi at Taiping Lake Garden. (5 photos)
 — with Lim Kim Chye and 8 others.

Thursday, March 14, 2013

Program Lawatan 4 hari 3 malam Taiping Bandar Warisan





Program Lawatan 4 hari 3 malam Taiping Bandar Warisan, Kuala Sepetang & Bukit Merah
19-21 Mac 2013

Penginapan:     
Taiping Resort (malam pertama)   2 bilik standard                                               
Sepetanginn (malam kedua) 2 bilik standard                             
Suria Apartment Bukit Merah (malam ketiga) 1 apartment 2 bilik  

Program lawatan    
Hari Pertama:
Check in Taiping Golf Resort, mandi sungai di Burmese pool, makan di Kuey Tiaw Doli, Night Safari.


Hari Kedua   : 8.00 am Naik Jeep ke Bukit Larut,
Petang: Check in Sepetanginn, Mee Udang, Hutan Pendidikan, Kilang Arang,
Rehat di hotel:
5.00pm Fisherman activities 

8.00pm Fireflies trip

Hari Ketiga:
10.00 am Lawatan ke Muzium Matang,
Lawatan Sawah Padi, Lawatan Ternakan Arowana Bukit Merah,
Check in: Suria Apartment
Petang: Riang Ria Taman Tema (Waterpark, EcoPark)
Pakej aktiviti dan makanan yang dinyatakan di atas