Tuesday, September 10, 2013

Maklumat Produk Pelancongan Kuala Sepetang


PERMOHONAN BAGI MAKLUMAT TERKINI BAGI SEMUA PRODUK PELANCONGAN TERBARU UNTUK DIMASUKKAN DI DALAM LAMAN WEB PELANCONGAN YANG BARU – DISCOVER PERAK 2013
Dengan segala hormat dan takzimnya saya diarah untuk merujuk kepada perkara di atas.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak melalui Tourism Perak akan menerbitkan sebuah laman web yang baru dengan imej dan pembaharuan keseluruhan rekabentuk dan pengisian terperinci serta terkini berkenaan industri pelancongan di Negeri Perak Darul Ridzuan seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 akan datang dan Discover Perak 2013-2015.
3.         Sehubungan dengan itu, pentadbiran ini dengan sukacitanya memohon kerjasama pihak Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan bagi memberikan maklumat dan keperluan kepada pentadbiran ini  bagi penyelarasan dan perlaksanaan seterusnya berkenaan dengan penyediaan laman web pelancongan yang baru seperti ketetapan berikut :
            3.1       Maklumat terkini dan terbaru di dalam produk pelancongan masing-masing;
            3.2       Logo syarikat / produk pelancongan masing-masing yang berkenaan;
3.3       Video pelancongan yang menarik untuk tontonan pengguna / bahan promosi ke luar dan dalam Negara; dan
3.4       Gambar-gambar menarik tempat / produk pelancongan masing-masing
(risolusi tinggi)
4.         Oleh yang demikian, segala maklumat tersebut bolehlah diberikan kepada pihak kami di alamat Tourism Perak Aras 1, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan di talian 05-2531957 atau talian faksimili 05-2410671 ataupun email kami iaitu perak_tourism@yahoo.com
5.         Kerjasama, perhatian serta tindakan seterusnya daripada pihak Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Sekian, terima kasih.
‘1 MALAYSIA. RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’
‘JOM TEROKAI PERAK’

Saya yang menurut perintah,

(AIDA HAZLYN BINTI HASSAN)
Ketua Pegawai Eksekutif
Tourism Perak



No comments:

Post a Comment