Friday, September 13, 2013

KUALA SEPETANG ECO TOURISM

1.       Eko—Tourism merupakan salah satu komponen tourism yang penting di GKC. Semasa FGD and

Technical Committee Meeting, isu kelip-kelip Kg Dew dan hutan bakau Kuala Sepetang telah ditimbulkan. Kelip-kelip, bird sighting, dolphin sighting, hutan bakau dan lain-lain merupakan tarikan penting kepada bukan sahaja pelancong tempatan, malah juga tarikan penting kepada pelancong antarabangsa. Pandangan pengusaha-pengusaha Eko-Tourism adalah penting kerana kita memerlukan penyertaan sektor swasta (kecil dan besar) bagi memanafaatkan anugerah semulajadi yang boleh menghasilkan pulangan yang lumayan kepada penduduk setempat.

2.       Pihak DO telah mengambil inisiatif untuk membuat tapak mee udang bagi menarik pelancong. Rasanya, pandangan pengusaha-pengusaha Eko-Tourism di Kuala Sepetang juga (selain Batu Kurau, Bukit Gantang & Selama) perlu diambil kira, malah patut melihat bagaimana kita mampu membantu mereka menarik lebih banyak pelancong.

3.       Salah seorang pengusaha Eko-Tourism di Kuala Sepetang adalah En Khairul Salleh Ahmad yang menjalankan Kuala Sepetang Eco Track (www.kualasepetang.com) (Tiada dalam Laporan Interim)

4.       Saya mencadangkan pihak tuan dapat menemubual beliau dan beberapa pengusaha Eko-Tourism di kawasan tersebut. Banyak pandangan mereka yang berguna.

Assalammualaikum En Amirul,

1.       Pihak Koridor Utara bersama Kerajaan Negeri Perak telah melantik Perunding untuk membuat Kajian Pembangunan di Daerah Larut Matang. Antara bidang yang dikaji adalah Pelancongan, termasuk Eko-Tourism.

2.       Boleh saya tau samada pihak perunding, RMA Perunding ada datang menemualbual En Amirul? Tourism adalah di bawah Prof (UTM).

3.       Kalau belum, boleh saya datang menemubual pada waktu yang sesuai? Tujuan saya ialah untuk mengetahui bagaimana NCIA dan Kerajaan Negeri boleh    membantu meninigkatkan industri eko-tourism di Larut Matang. Bagaimana untuk menarik lebih banyak pelancong asing yang berminat dengan eko-tourism ke Larut Matang.

Harap mendapat kerjasama di pihak tuan demi memajukan eko-tourism di Larut Matang. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment