Tuesday, September 10, 2013

2014- 6 juta pelancong ke Perak

IPOH - Kerajaan negeri menyasarkan enam juta pelancong melawat Perak sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 dengan kerjasama kerajaan pusat supaya limpahan ekonomi sektor itu dapat disalurkan untuk pembangunan negeri dan rakyat.
    
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Perak mempunyai produk pelancongan berkualiti dan istimewa yang boleh dilancarkan pada peringkat antarabangsa untuk menarik para pengunjung luar negara.
    
Antaranya ialah Hutan Negeri Royal Belum, Tapak Warisan Dunia Lembah Lenggong yang diiktiraf Unesco serta Hutan Paya Laut Matang yang diiktiraf kerana mempunyai pengurusan terbaik di dunia yang boleh dilawati, katanya.
    
"Saya berharap jumlah itu lebih daripada kunjungan pelancong semasa Tahun Melawat Perak 2012. Kerajaan negeri akan bersama-sama membantu kerajaan pusat supaya agenda nasional itu dapat dijayakan dan Perak akan menjadi sebuah negari yang menyumbang untuk TMM 2014," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif di sini.
    
Katanya kerajaan negeri Perak turut berharap Kementerian Kewangan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan untuk menjadikan kawasan Pulau Pangkor sebagai Zon Bebas Cukai bagi memacu pertumbuhan ekonomi, terutama dalam sektor pelancongan.

Bagaimanapun, Zon Bebas Cukai yang dicadangkan itu tidak akan mempunyai penjualan arak dan rokok di mana konsep bebas cukai yang dikemukakan Perak adalah berbeza berbanding Pulau Langkawi serta kawasan lain.
    
"Kita berharap kerajaan Pusat memberi pertimbangan Pangkor sebagai pulau bebas cukai, kita sedang berusaha walaupun kerajaan Pusat sebelum ini tidak memberi respons positif, mungkin sebab tidak mahu memberi persaingan di tempat lain. Kita tiada rokok dan arak, kita mahu berbeza," katanya.
    
Sambil mengakui bahawa usaha kerajaan negeri mempromosi produk pelancongan dilihat tidak begitu agresif, Zambry berkata sudah tentu pelbagai inisiatif terutama program pemasaran perlu digerakkan dengan lebih banyak.
    
Beliau berkata bagi melonjakkan semula sektor pelancongan Perak yang pernah terkenal, kerajaan negeri ada mengemukakan beberapa cadangan serta pendekatan kepada agensi berkaitan bagi memudahkan para pelancong menikmati keindahan negeri Darul Ridzuan.
    
"Kita memahami bahawa kawasan Lebuh Raya Utara-Selatan lebih panjang di negeri Perak berbanding negeri lain. Sebab itu kita merangka pelbagai pendekatan yang antaranya bagi membolehkan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan singgah atau bermalam di Ipoh atau kawasan yang berada di sepanjang lebuh raya itu.
    
Difahamkan tidak kurang sejuta pengguna lebuh raya itu melintasi negeri Perak," katanya.
    
Katanya satu cadangan penambahan persimpangan keluar bertingkat dari Lebuh Raya Utara-Selatan telah dikemukakan kepada Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) supaya ia memudahkan kenderaan keluar-masuk ke kawasan sekitar lebuh raya itu selain cadangan kepada pihak PLUS untuk mewujudkan kawasan persinggahan di kawasan Gua Tempurung.
    
"Selain itu, Perak sebenarnya mempunyai lokasi menarik di kawasan lebuh raya untuk pengunjung singgah dan menikmati keindahannya. Sebagai contoh, kawasan berhampiran Gua Tempurung di mana kita dapat menyaksikan air terjun Lata Kinjang namun masalahnya tiada kemudahan untuk kenderaan berhenti di laluan itu," katanya.
    
Zambry berkata kerajaan negeri juga sedang merancang mewujudkan kawasan pertumbuhan baharu berhampiran sepanjang lebuh raya itu bagi membolehkan pengunjung singgah dan bermalam di kawasan berkenaan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.
    
"Satu perkara penting yang perlu diambil perhatian ialah kedudukan geografi Perak yang hanya sekadar menjadi tempat persinggahan untuk makanan dan  sebagainya dan ini tidak memberi gambaran baik terhadap keseluruhan potensi pelancongan yang ada di negeri ini," katanya. - Bernama



1 comment:

  1. I have been casting spells for many years and I have helped many people, I might be able to help you too. I am honest, and I genuinely care for all the clients who choose me to cast a spell for them.
    If you have any questions about Love, Money, curse, protection, bad luck, divorce, court cases, or about me please call or email me. I really want you to feel comfortable before moving forward with any spells, or other services. I will take the time to explain things to you and provide you with honest advice, to what is best for your situation. I will not pressure you into having a spell cast, I will leave that decision up to you, and when or if you decide to move forward, I might be able to help you.
    I will respect your Privacy. I will not seek to obtain any of your personal information beyond what you might voluntarily offer and all information you might give me including emails, phone numbers and photos will remain private and confidential.
    I perform my Rituals only at night between the hours of 0.00 - 0.59 (South African time) lasting 1 hour but of course, this depends on the nature of the ritual, some rituals might take hours and can also become necessary to be performed at specials places like; flowing streams, cemeteries and other places dictated by the gods.
    I do not want anyone to be under any illusions about my spells and its numerous rituals. Real and effective Voodoo is no child's play, it is expensive because, after the rituals, I will have to destroy all the materials involved by fire and the ashes scattered over a flowing stream or river.
    You will get what you seek.But please understand this might take a lot of time and that individual results may vary. contact +27663492930, greatogudugu@gmail.com

    Herbal cure for Following DISEASES,this is not scam is 100% Real.

    -HPV
    -DIABETES
    -PENIS ENLARGEMENT AND WEAK ERECTION
    -VIRGINA PROBLEM
    -WHOOPING COUGH
    - HEPATITIS B
    -FORDYCE SPOT
    -COLD SORE
    -ALS
    -LOWER RESPIRATORY INFECTION
    -LOW SPERM COUNT
    -MRSA(METHICILLIN-RESISTANT STAPHYLOCOCCUS AUREUS
    -ZIKA VIRUS
    -HIV
    -STROKE
    -IMPOTENCE
    -PILE
    -HYPERTENSION
    -LOW SPERM COUNT
    -MENOPAUSE DISEASE
    -ASTHMA
    -CANCER
    -BARENESS/INFERTILITY
    -PCOS
    -SHINGLES
    -VIRAL HEPATITIS/HEPATITIS B
    -FIBROID
    -ASTHMA
    -SICKLE CELL
    -TINNITUS
    -BARENESS/INFERTILITY
    -DIARRHEA and so on...WhatsApp: +27663492930

    ReplyDelete