Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Perak, Nolee Ashilin Mohd Radzi berkata tujuh lagi ialah Zoo Taiping dan Night Safari, Muzium Perak, Taman Tasik Taiping, Taiping Bandar Warisan, Ekopelancongan Kuala Sepetang, Kelip-kelip Kg Dew dan Homestay Bukit Gantang.

"Manakala hidangan yang terdapat di Taiping yang telah menarik ramai pengunjung untuk menikmatinya termasuk cendol, kuetiau Doli, mi banjir udang, Restoran Asam Pedas, Antong White Coffee, popia basah dan sebagainya," katanya kepada Bernama, di sini.
Menurutnya, dalam usaha mempromosi Taiping Bandar Warisan, Majlis Perbandaran Taiping melaksanakan pelbagai usaha untuk memulihara bangunan lama termasuk menjadikan Hotel Lagenda yang dahulu dikenali 'rumah rehat' dan Jabatan Kerja Raya lama 107, sebagai hotel butik.

Mengenai jumlah pelancong yang berkunjung ke Taiping, Nolee Ashilin berkata, rata-rata bertumpu di Zoo Taiping dan Night Safari.
Tahun lepas sebanyak 607,854 pelawat berkunjung ke Zoo Taiping berbanding 593,805 pada tahun sebelumnya, manakala pengunjung Night Safari pula meningkat kepada 97,916 berbanding 94, 999 orang pada 2011, katanya.
Untuk tahun ini pula, bagi tempoh Januari hingga Jun, Zoo Taiping menerima 306,458 pengunjung, iaitu menurun sedikit berbanding tempoh sama tahun lepas yang mencatatkan 322,252 orang, katanya yang menyifatkan penurunan itu bersifat sementara.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130811/dn_22/Makanan-antara-8-ikon-pelancongan-Taiping#ixzz2cwvEFxF0
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment