Saturday, June 22, 2013

Ikan Loban Kg Dew, Kuala Sepetang

Ikan apakah ini?
Tergolong dalam spesis belanak
Belanak (Valamugil seheli; familia Mugilidae) adalah sejenis ikan laut tropika ... Ikan belanak secara umum bentuknya memanjang agak langsing dan gepeng.

Pada mulanya ingatkan loban. Tetapi bila dilihat dari internet, ekor loban adalah menegak dan bukannya bentuk V seperti gambar ini.

Setelah selesai membeli barangan dapur di pasar Kamunting, aku melangkah ke tempat letak motosikal. Dari situ aku mendengar seseorang menegur. Dialah ialah Rosli Samad seorang nelayan sungai di Kg Dew, Kuala Sepetang. Dulu dia dapat rezeki sampingan dengan membawa pelancong melihat kelip-kelip, namun kini katanya tidak lagi berpeluang menambah rezeki melalui projek kelip-kelip. Beliau juga ialah seorang ajk penaja Persatuan Kelip-kelip Cahaya Alam Perak yang tidak menjadi.


Dia dan seorang rakannya menjual hasil tangkap ikan dari Sungai Sepetang. Terdapat siakap, lampam dan loban. Dulu aku pernah memancing loban di pantai Segari berhampiran dengan loji janakuasa. Kini bila lihat ikan seakan loban ini, aku terus membelinya 1.6kg dengan harga RM18/kg iaitu RM27

No comments:

Post a Comment