Sunday, June 30, 2013

Langkawi Oh Langkawi.

Setelah sekian lama tidak mengunjungi Kuah, Langkawi. Kini setelah 20 tahun aku baru benar-benar menjelajah keseluruhan pulau ini.
HIG yang dulu beroperasi dari rumah kedai, kini sudah mempunyai kompleks perniagaan dan hotel sendiri. Idaman Suri juga begitu ramai pelanggan dan banyak produk sendiri. Pelancong luar negara memenuhi jalan Pantai Cenang. Pelancong arab bertutup aurat berselisih bahu dengan minah saleh yang berbikini. Dalam hati terdetik ayat: Alangkah bagusnya kalau boleh berbahasa arab.
Keesokkan harinya ketika sedang bersarapan bersama rakan sekerja Abidin Hussin terdengar ayat popular dari seorang pelancong arab yang fasih berbahasa melayu indon: Seorang Malaysia baik, satu Malaysia baik. Satu orang Malaysia tipu, satu Malaysia tipu. Moral of the story ialah buatlah kerja dengan jujur dan hasilnya adalah kepuasan pelanggan dan keyakinan perkhidmatan. Jika sikap tamak menyelubungi diri, maka inilah yang akan mencacatkan semua bentuk kejujuran yang telah disemai.
Aku juga merasa hampir ditipu bila pemilik kereta sewa tidak memulangkan sepenuhnya baki deposit dan dia mohon untuk dikreditkan ke akaun aku. Aku menolak dan meminta dia meminjam dari kawannya. Setelah mendapat baki deposit, aku menegur pelancong lain yang bercakap dengan pemilik kereta sewa yang sama dan dia juga sedang menunggu baki depositnya.
Hasil pertemuan dan perbualan dengan beberapa orang penduduk setempat, mereka semua melibatkan diri dalam aktiviti pelancongan dan yakin dengan pertambahan bilangan pelancong setiap tahun bakal menambahkan lagi lauk di meja.


Pertambahan bilangan hotel juga memberikan persaingan yang sihat dan menguntungkan pelancong yang mempunyai banyak pilihan, begitu juga dengan bot dan kereta sewa. Semoga Langkawi akan lebih berjaya di masa depan dan semua pemain pelancongannya hendaklah jujur menjalankan tanggungjawab masing-masing

No comments:

Post a Comment