Salam YB Dato' Hamidah dan Tuan DO Hj Harun Rawi,
Sungai Sepetang Stakeholders Meeting.
Pertama-tama
dulu pihak MNS & KECAP ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas
kesudian pihak YB Dato' mempengerusikan mesyuarat dan pihak Tuan DO yg
menjadi Tuan Rumah.
Pada hemat kami mesyuarat julung kali ini
adalah amat berjaya dan memenuhi hasrat supaya semua "stakeholders"
diperkasakan dan jika kawasan Zon Kelip2 (Fireflies Zone) di Sg Sepetang
diukur dan diwartakan, ianya akan menjadi penentu supaya khazanah
warisan alam Negeri Perak Darul Ridzwan dipelihara utk anak cucu kita.
Pihak
saya sedang berbincang dgn pihak pakar GIS UTM untuk memberi
"quotation" atau sebutharga utk melaksanakan kerja pengukuran &
pemetaan zon penampan (riparian zone) Sg Sepetang. Apabila siap
sebutharga nanti, pihak saya akan menghantar melalui e mail kepada YB
dan Tuan DO.
Sekian, wassalam.
Prof Dr Maketab Mohamed
MNS President
No comments:
Post a Comment