Pakej A Kelip-kelip Kuala Sepetang
Bermula jam 6.00 pm (Dua jam)
Harga: RM300 satu bot besar 10 penumpang
Percuma: Lawatan ke Perkampungan Nelayan, Melihat burung dan Melawat Hutan Paya Laut
Pakej B Kelip-kelip Kuala Sepetang
Bermula jam 8.00 pm (Dua jam)
Harga: RM300 satu bot besar 10 penumpang
Percuma: Lawatan ke Kilang Arang
Baru sahaja buat kertas kerja Taiping Tourist Treasure Hunt terus dapat surat untuk menyertai program di bawah. Saya akan berbincang dengan beberapa pemain pelancongan lain di Kuala Sepetang seperti Kelip-kelip, Mee Udang, Restoran makanan laut dan Kilang Arang untuk bersatu menjalankan aktiviti di Kuala Sepetang.

TAWARAN PENYERTAAN
PROMOSI PELANCARAN PASPORT PELANCONGAN PERAK SEMPENA TAHUN MELAWAT PERAK 2012
DI KARNIVAL PROGRAM PELANCONGAN PELAJAR(3P)
Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk mengenai perkara
yang tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan
bahawa Kerajaan Negeri Perak telah melancarkan Tahun Melawat Perak 2012 dan
mensasarkan kehadiran pelancong seramai lima juta orang ke negeri ini.
Sehubungan dengan itu, bagi marancakkan lagi Tahun Melawat Perak 2012, maka,
Y.B Dato’ Exco Pelancongan Perak telah melahirkan Pasport Pelancongan
Perak, bertujuan mendapat gambaran dan
info berkaitan Ikon Pelancongan Perak dan tempat - tempat menarik yang sesuai untuk dikunjungi pengunjung di negeri ini. Selain itu juga, pasport tersebut menyediakan
ruangan untuk dicop oleh pihak operator ikon pelancongan setelah pemegang
passport melawat tempat-tempat tersebut.
3. Justeru
itu, passport tersebut bakal dilancarkan secara rasminya oleh Y.B Dato Exco
Pelancongan Perak semasa Majlis Perasmian Karnival Program Pelancongan Pelajar
(3P) pada 7 April 2012 di Pusat Transformasi Luar Bandar, Gopeng. Oleh yang
demikian, pentadbiran ini dengan berbesar
hati menjemput pihak Y. Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk
mengambil bahagian di dalam menjayakan penggunaan passport ini dengan
memberikan potongan harga atau ‘diskaun’. Promosi bagi potongan harga tersebut oleh
pihak Y. Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan akan dicetak di dalam
passport tersebut.
4. Bersama -
sama ini dikepilkan sesalinan contoh Passport Pelancongan Perak dan Borang
Cadangan Potongan Harga atau Diskaun Premis yang ingin diberi oleh pihakY. Bhg.
Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, Kerjasama dari pihak Y. Bhg. Datuk / Dato’
/ Datin / Tuan / Puan dalam menjayakan pelancongan di Negeri Perak didahului
dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
No comments:
Post a Comment