Sunday, June 26, 2011

Lawatan ke Kuala Sepetang






Tarikh : 25 Jun 2011
Sebagai penduduk tetap Taiping, Kuala Sepetang adalah sesuatu yang biasa bagiku, Entah sudah berapa puluh kali aku ke sini. Kebiasaannya untuk bersiar-siar sambil makan mee udang yang sudah tersohor di Malaysia. Hutan Pendidikan Paya Laut juga jadi tempat rekreasi sekeluarga.
Namun pada hari ini sesuatu yang berlainan telah ku lalui. Aku letak kereta di Salleh Stall dan berjalan kaki di sepanjang pinggir sungai. Perjalanan sejauh lebih kurang 1 km itu sebenarnya memberi gambaran lang lebih jelas tentang perkampungan nelayan di sini.
Aku terjumpa papan tanda KTM
stesen pertama di Malaysia. Dari keterangan landasan ini diguna untuk membawa hasil biji timah ke British

Kebanyakkan penduduk di sini melakukan kerja di atas lantai sahaja. Pakcik ini sedang menyiang 3 ekor ikan sembilang. Dari pemerhatian saya dia memang mahir dengan pekerjaannya itu. Setiap potongan yang dibuat begitu tepat dan jitu sekali.


Pelantar ini menarik perhatianku kerana ianya begitu senang untuk dinaiki. Para pelancong yang ingin naik bot dapat melakukannya dengan mudah melalui jeti ini.

Tempat seterusnyayang aku tuju ialah Restoran Seafood Xin, restoran ini baru saja menambah ruang makan yang dapat memuatkan lebih ramai pengunjung. Dari anjung restoran ini kelihatan bot pukat sorong untuk menangkap udang (Kelihatan dua buluh panjang dan di hujungnya diikat dengan pelampung hijau)

Ketam Nyok ini akan bertukar kemerahan apabila siap dimasak nanti.

Restoran Tepi Sungai yang terletak di muara sungai menampakkan permandangan yang begitu indah sekali. Kelihatan bot-bot nelayan mudik bagi turun ke laut. Permandangan waktu senja begitu indah sekali. Restoran yang terletak di tingkat atas ini amat sesuai untuk peminat fotografi untuk mendapatkan shot sunset terbaik.

Aku terdorong ke sini setelah melihat begirtu ramai orang melalui satu lorong sempit. Rupanya ini laluan untuk menyeberang ke kampung seberang.

Seorang pakcik mengemudi sampan kayu dengan enjin 4 kuasa kuda. Dia memang mahir sekali membawa bot penambangnya. Malah pelanggannya juga mahir mengimbangkan diri semasa perjalanan. Mereka berdiri sahaja ketika bot itu bergerak menyeberang sungai.

Apa yang menarik perhatian aku selepas berbual dengan seorang yang sedang menunggu giliran menyeberang ialah bayaran yang dikenakan ialah 10 sen. Duit tambang itu hanya dilontar ke atas lantai sampan. Nampak kurang sopan tetapi keiklasan penumpang memberi tambang lebih tentu akan dapat menambah pendapatan pakcik ini.

Restoran Seafood Xin baru saja diubahsuai dengan penambahan ruang makan. Pelbagai jenis makanan laut dan yang teristimewa ialah baby crab. Menurut tuan punya restoran baby crab dan siput duri merupakan dua makanan laut yang hanya terdapat di Kuala Sepetang. Resipi goreng tepung rangup menjadikan baby crab boleh terus dimakan kesemuanya sekali. Saiz baby crab ialah sebesar kuku sahaja dan ketam ini tidak boleh membesar lagi.

Aku mengambil beberapa shot sunset tetapi dua gambar ini istimewa kerana meggabungkan elemen yang ada di restoran iaitu lampu hiasan.

Kepada sesiapa yang ingin mengikuti Heritage Walk Kuala Sepetang atau sepetang berjalan kaki di perkampungan nelayan boleh hubungi saya atau melihat kelip-kelip kampung dew ritma cahaya alam.





1 comment: