Tuesday, April 26, 2011

Kg Dew Welcome Yb. Dato Hamidah Osman & Team


Yb. Dato,

Jemputan Lawatan Lapangan

Ke Eko-Pelancongan Kelip-Kelip Kampung Dew, Taiping, Perak

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Kami Jawatankuasa Kelip-kelip Cahaya Alam Perak (KECAP) menjemput Yb. Dato bersama rombongan dan media melawat tempat kami pada 28 April 2011

3. Berikut adalah jadual lawatan Yb. Dato

4.30 pm Minum petang 46 orang di Kampung Dew.

Menu: Mee Udang Galah (Satu menu yang akan menjadi identiti Kg Dew)

5.00 pm Lawatan ke Kilang Arang Kampung Dew

Peserta akan dibawa melawat ke kilang arang serta merasa pengalaman berada dalam dapur arang yang panas seperti di dalam SPA. Anda juga boleh mencuba melakukan sendiri kerja-kerja memproses arang seperti mengangkat kayu bakau, membuang kulit kayu bakau, dan menggred arang.

5.30 pm Singgah di Rumah Bertandang Kampung Dew

Di sini peserta akan dapat bersolat dan berehat. Anda akan dijamu dengan makanan ringan

6.00 pm. Taklimat Keselamatan di Jeti Kelip-kelip Kg Dew

Pelayaran dimulakan. Peserta dapat melihat kawasan sugai air tawar dan kawasan sungai air payau (tawar + masin) serta melihat hidupan liar yang ada seperti monyet, biawak, burung raja udang.

7.00 pm Sunset

7.30 pm Pelayaran balik dan aktiviti melihat kelip kelip.

8.30 pm Majlis Pemimpin Bersama Rakyat

Bilangan jemputan 300 orang dari dua kampung.

9.30 pm Bersurai

Kesudian Yb Dato serta rombongan melawat kampong kami terlebih dahulu diucapkan terima kasih.

Sunday, April 24, 2011

My kampung adventure welcome Mont Kiara International School 29 September 2011

My Kampung Adventure

Theme: Adventure & Nature

Organizer: Proaktif Nature Guide Rangers

Duration: 8 hours

Student divided to small groups with one ranger as a guide.

The ranger will lead his group to a station and explain the regulations of every task.

Station 1

Cooking rice and vicenelli rice in bamboo (Lemang)

Station 2

Kampung vegetables. (Ulaman)

Kampung sauce. (Sambal tempoyak)

Station 3

Flying Fox

Station 4

River rafting & Kayaking

Station 5

Commando trail

Station 6

Kampung farm (Chicken & goat)

Station 7

Kampung craft. (Tikar & ketupat)

Station 8

Kampung small industry (Pinang & asam keping)

Station 9

Learn to play Kompang.

Station 10

Banana leaf lunch: Rice, fried chicken @ red sauce chicken, vegetable and drinks

Station 11

Making banana fried cake. (Cucur kodok)

Saturday, April 23, 2011

Dapur Arang Kampung Dew, Kuala Sepetang Eco-Challenge

Kelip-kelip Cahaya Alam Perak, Kampung Dew, Kuala Sepetang mengalu-alukan kedatangan 150 murid dan guru dari Kelab Pecinta Alam, Persatuan Pecinta Alam (MNS) 11 JUN 2011. Kami amat berbesar hati menyambut kedatangan anda semua dan persiapan rapi sudah mula diatur. Sila pastikan anda memakai pakaian yang buruk, sesuai dan jangan lupa bawa penutup muka @ sapu tangan

Berikut ialah program untuk anda semua.

Dapur Arang Kampung Dew, Kuala Sepetang Eco-Challenge.

Ianya merupakan pekerjaan biasa bagi pekerja Dapur Arang. Peserta merasai sendiri pengalaman bekerja di Dapur Arang.

Seorang renjer akan membuat tunjuk cara. Bagi tujuan keselamatan aktiviti ini dijalankan secara bergilir (relay) dan diawasi oleh seorang renjer. Sesuatu kumpulan itu dianggap selesai menjalankan tugasnya setelah semua pasangan siap menjalankan tugasan masing-masing.

Stesen 1

Secara berpasangan peserta dikehendaki membawa kayu bakau dari tepian sungai hingga ke Dapur Arang.

Stesen 2

Secara berpasangan peserta dikehendaki membuang kulit kayu bakau.

Stesen 3

Secara berpasangan peserta dikehendaki tinggal di dalam Dapur Arang selama 2 minit dan merasai pengalaman seperti di SPA @ SAUNA.

Stesen 4

Secara berpasangan peserta dikehendaki mengasingkan kayu arang dari timbunan sisa kulit kayu dan abu. Setiap pasangan 300 gram arang @ penuh satu tin yang disediakan.

Stesen 5

Secara berpasangan peserta dikehendaki membuat satu atap nipah.

Stesen 6

Secara berpasangan peserta dikehendaki menyediakan ais kacang dan roti bakar. Peserta boleh memilih untuk makan segera ataupun dibungkus.

Rumah Bertandang

Semua kumpulan yang telah menyelesaikan tugasan akan ditempatkan di rumah bertandang. Di sini peserta boleh berehat, mandi dan sembahyang. Peserta juga akan dihidangkan dengan jamuan ringan.

Jamuan Makan Malam

Sila nyatakan menu dan kami akan membuat anggaran harga.

Semasa makan malam peserta akan diberi taklimat berkenaan Eko-Pelancongan Kelip-Kelip Kampung Dew dan sudah tentunya pengumuman kumpulan terbaik dan penyampaian hadiah.

Lawatan Kelip-kelip

Sila pastikan life jaket yang anda gunakan diikat dengan kemas dan mematuhi segala arahan keselamatan yang diberikan.

Wednesday, April 20, 2011

Ansari Famous Cendol in Taiping & Malaysia

Kepada pelancong yang datang ke Taiping adalah rugi sekiranya terlepas dari merasa kelazatan cendol ansari. beberapa gerai cendol terletak di tengah-tengah bandar Taiping. Tanyalah kepada sesiapa saja dan anda akan ditunjukkan tempat Cendol ansari beroperasi,
Pelanggan setia menunggu pesanan siap disediakan










Senarai harga dan deretan sijil dan keratan akhbar dijadikan hiasan dinding.








Mr Terry asyik memerhatikan pekedai yang tidak henti-henti bekerja manakala Mr Harun sempat menghabiskan dua mangkuk cendol

Monday, April 18, 2011

Batu Kurau: My Kampung Adventure

Tempat:
Camp Pelangi Adventure & Training Centre,
Kampung Simpang Empat, Anak Kurau, Batu Kurau Perak
Itinerary:
1. Introducing to Kampung Family, house and hospitality
2. Introducing to kampung yard, orchard, plants, insects.
3. Introducing to kampung lifestyle.
4. Experience the kampung boy lifestyle: swimming in the river, gathering fruits & vegetable.
5. Cooking your own food: Lemang, nasi buluh. Making tempoyak sauce
6. Campsite activities: Camping, Kayaking, river scuba diving, jungle tracking, hill top view, hiking, team building, flying fox, absailing, spider web and family day










Makan Durian Dan Pulut Durian.
Aku mengikut sepenuhnya penerangan bapa angkat cara menikmati pulut durian. Kesemua bahan termasuk durian perlu diramas dan digaul sepenuhnya hingga keluar dari celah jari. Setelah siap rasanya memang amat memuaskan dan lazat sekali. Pada masa itu tangan tidak dapat memegang kamera tetapi orang lain ada mengambil gambarku.

Ini ialah catatanku Tarikh: 17 April 2011
Tempat: Camp Pelangi Adventure & Training Centre, Kampung Simpang Empat, Anak Kurau, Batu Kurau Perak


Aktiviti FlyingFox (150meter)
Bagi yang pertama kali mencuba, ianya agak mencabar dan melucukan juga. Ada antara mereka yang menjerit ketakutan, menutup muka sepanjang penerbangan dan merangkak rapat ke bumi setelah selesai aktiviti tersebut. Aku yang sudah beberapa kali melakukan aktiviti ini sempat merakam beberapa gambar semasa penerbangan.

Memasak menu ala-kampung.
Peserta akan diperkenalkan dengan ulum-ulaman yang terdapat di sekitar rumah keluarga angkat. Membuat sambal tempoyak dan membakar ikan pari. Menu makan aku pada tengah hari itu amat menyelerakan sekali kerana sememangnya ketika itu aku sedang kelaparan.












Aktiviti berakit
Air sungai yang jernih dan sejuk yang mengalir dari banjaran bintang diempang menjadikan anak sungai meningkat parasnya hingga ke dada. Kami telah disediakan rakit buluh yang kecil dan sesuai untuk tiga orang saja. Setiap kumpulan dikehendaki menyusuri sungai dan memunggut riben yang diikat melewati capaian tangan. Peserta bekerjasama bagi mendapatkan riben-riben tersebut mengikut cara masing-masing tetapi tidak dibenarkan menggunakan peralatan.

























I

Permandangan biasa di Batu Kurau, Scrembler, bakul buah, golok, boot hitam dan no helmet





Aktiviti:
1. Berkunjung ke rumah keluarga angkat.
Peserta dibahagi kepada 10 orang satu kumpulan dan diperkenalkan dengan ahli keluarga angkat masing-masing. Peserta dihidangkan dengan sarapan pagi dan berbual-bual dengan ahli keluarga angkat serta memperkenalkan diri.

Para peserta tekun mendengar taklimat dari En Sabri.










2. Peserta diberi taklimat mengenai aktiviti yang akan dilakukan sepanjang hari dan dimulai dengan membuat lemang, berkenaan dengan denai (laluan) di dalam kebun buah-buahan dan diperkenalkan dengan pacat iaitu haiwan tidak bertulang yang sentiasa dahagakan darah segar serta cara menghindarinya.








3. Peserta akan merasa sendiri pengalaman mengembara dalam dusun buah-buahan dan diperkenalkan dengan beberapa jenis buluh. Peserta diperkenalkan dengan buluh lemang dan memilih buluh muda yang bersesuai untuk dijadikan buluh lemang. Peserta kena mencari rumpun buluh lemang lain dan mendapatkan 10 ruas untuk dibawa pulang. Selepas itu peserta akan diajar cara membuat sarung daun pisang dan memasukkan daun pisang muda ke dalam buluh lemang. Peserta akan membuat sendiri aktiviti seterusnya sehinggalah lemang siap dimasak.


Thursday, April 14, 2011

Dusun Buah-buahan Southern Air Puteh

Gerai buah-buahan Southern Air Putih terkenal dengan jambu batu, jambu air dan buah-buahan tempatan lain.






Buah jambu ini akan menjadi merah apabila matang nanti.







Tak lama lagi buah jambu air ini perlu dibungkus bagi mengelakkan jangkitan penyakit dan gangguan lalat buah.






Yang ini baru bercerai susu.







Pasu bunga pun ada dijual.







Pelbagai jenis tanaman hijau.







Papan tanda dusun buah-buahan southern air puteh kamunting taiping perak