Camp Pelangi Adventure & Training Centre,
Kampung Simpang Empat, Anak Kurau, Batu Kurau Perak
Itinerary:
1. Introducing to Kampung Family, house and hospitality
2. Introducing to kampung yard, orchard, plants, insects.
3. Introducing to kampung lifestyle.
4. Experience the kampung boy lifestyle: swimming in the river, gathering fruits & vegetable.
5. Cooking your own food: Lemang, nasi buluh. Making tempoyak sauce
6. Campsite activities: Camping, Kayaking, river scuba diving, jungle tracking, hill top view, hiking, team building, flying fox, absailing, spider web and family day
Makan Durian Dan Pulut Durian.
Aku mengikut sepenuhnya penerangan bapa angkat cara menikmati pulut durian. Kesemua bahan termasuk durian perlu diramas dan digaul sepenuhnya hingga keluar dari celah jari. Setelah siap rasanya memang amat memuaskan dan lazat sekali. Pada masa itu tangan tidak dapat memegang kamera tetapi orang lain ada mengambil gambarku.
Tempat: Camp Pelangi Adventure & Training Centre, Kampung Simpang Empat, Anak Kurau, Batu Kurau Perak
Aktiviti FlyingFox (150meter)
Bagi yang pertama kali mencuba, ianya agak mencabar dan melucukan juga. Ada antara mereka yang menjerit ketakutan, menutup muka sepanjang penerbangan dan merangkak rapat ke bumi setelah selesai aktiviti tersebut. Aku yang sudah beberapa kali melakukan aktiviti ini sempat merakam beberapa gambar semasa penerbangan.
Memasak menu ala-kampung.
Peserta akan diperkenalkan dengan ulum-ulaman yang terdapat di sekitar rumah keluarga angkat. Membuat sambal tempoyak dan membakar ikan pari. Menu makan aku pada tengah hari itu amat menyelerakan sekali kerana sememangnya ketika itu aku sedang kelaparan.
Aktiviti berakit
Air sungai yang jernih dan sejuk yang mengalir dari banjaran bintang diempang menjadikan anak sungai meningkat parasnya hingga ke dada. Kami telah disediakan rakit buluh yang kecil dan sesuai untuk tiga orang saja. Setiap kumpulan dikehendaki menyusuri sungai dan memunggut riben yang diikat melewati capaian tangan. Peserta bekerjasama bagi mendapatkan riben-riben tersebut mengikut cara masing-masing tetapi tidak dibenarkan menggunakan peralatan.
I
Permandangan biasa di Batu Kurau, Scrembler, bakul buah, golok, boot hitam dan no helmet
Aktiviti:
1. Berkunjung ke rumah keluarga angkat.
Peserta dibahagi kepada 10 orang satu kumpulan dan diperkenalkan dengan ahli keluarga angkat masing-masing. Peserta dihidangkan dengan sarapan pagi dan berbual-bual dengan ahli keluarga angkat serta memperkenalkan diri.
Para peserta tekun mendengar taklimat dari En Sabri.
Para peserta tekun mendengar taklimat dari En Sabri.
2. Peserta diberi taklimat mengenai aktiviti yang akan dilakukan sepanjang hari dan dimulai dengan membuat lemang, berkenaan dengan denai (laluan) di dalam kebun buah-buahan dan diperkenalkan dengan pacat iaitu haiwan tidak bertulang yang sentiasa dahagakan darah segar serta cara menghindarinya.
3. Peserta akan merasa sendiri pengalaman mengembara dalam dusun buah-buahan dan diperkenalkan dengan beberapa jenis buluh. Peserta diperkenalkan dengan buluh lemang dan memilih buluh muda yang bersesuai untuk dijadikan buluh lemang. Peserta kena mencari rumpun buluh lemang lain dan mendapatkan 10 ruas untuk dibawa pulang. Selepas itu peserta akan diajar cara membuat sarung daun pisang dan memasukkan daun pisang muda ke dalam buluh lemang. Peserta akan membuat sendiri aktiviti seterusnya sehinggalah lemang siap dimasak.
Ada Contact? TQ
ReplyDeleteAir Jordan Retro 9
ReplyDeleteAir Jordan 4
Jordan Retro 11
Yeezy boost 350 v2
Kyrie Irving Shoes
Pandora Jewelry Outlet
Pandora Charms
Jordan 11
Air Max 270
Paul20180913