Vortex banner

Saturday, April 23, 2011

Dapur Arang Kampung Dew, Kuala Sepetang Eco-Challenge

Kelip-kelip Cahaya Alam Perak, Kampung Dew, Kuala Sepetang mengalu-alukan kedatangan 150 murid dan guru dari Kelab Pecinta Alam, Persatuan Pecinta Alam (MNS) 11 JUN 2011. Kami amat berbesar hati menyambut kedatangan anda semua dan persiapan rapi sudah mula diatur. Sila pastikan anda memakai pakaian yang buruk, sesuai dan jangan lupa bawa penutup muka @ sapu tangan

Berikut ialah program untuk anda semua.

Dapur Arang Kampung Dew, Kuala Sepetang Eco-Challenge.

Ianya merupakan pekerjaan biasa bagi pekerja Dapur Arang. Peserta merasai sendiri pengalaman bekerja di Dapur Arang.

Seorang renjer akan membuat tunjuk cara. Bagi tujuan keselamatan aktiviti ini dijalankan secara bergilir (relay) dan diawasi oleh seorang renjer. Sesuatu kumpulan itu dianggap selesai menjalankan tugasnya setelah semua pasangan siap menjalankan tugasan masing-masing.

Stesen 1

Secara berpasangan peserta dikehendaki membawa kayu bakau dari tepian sungai hingga ke Dapur Arang.

Stesen 2

Secara berpasangan peserta dikehendaki membuang kulit kayu bakau.

Stesen 3

Secara berpasangan peserta dikehendaki tinggal di dalam Dapur Arang selama 2 minit dan merasai pengalaman seperti di SPA @ SAUNA.

Stesen 4

Secara berpasangan peserta dikehendaki mengasingkan kayu arang dari timbunan sisa kulit kayu dan abu. Setiap pasangan 300 gram arang @ penuh satu tin yang disediakan.

Stesen 5

Secara berpasangan peserta dikehendaki membuat satu atap nipah.

Stesen 6

Secara berpasangan peserta dikehendaki menyediakan ais kacang dan roti bakar. Peserta boleh memilih untuk makan segera ataupun dibungkus.

Rumah Bertandang

Semua kumpulan yang telah menyelesaikan tugasan akan ditempatkan di rumah bertandang. Di sini peserta boleh berehat, mandi dan sembahyang. Peserta juga akan dihidangkan dengan jamuan ringan.

Jamuan Makan Malam

Sila nyatakan menu dan kami akan membuat anggaran harga.

Semasa makan malam peserta akan diberi taklimat berkenaan Eko-Pelancongan Kelip-Kelip Kampung Dew dan sudah tentunya pengumuman kumpulan terbaik dan penyampaian hadiah.

Lawatan Kelip-kelip

Sila pastikan life jaket yang anda gunakan diikat dengan kemas dan mematuhi segala arahan keselamatan yang diberikan.

1 comment:

  1. Salam Encik Khairul,

    terima kasih kerana menerima kunjungan kumpulan TM Earth Camp tempoh hari - kami amat terharu dengan layanan dan sambutan yang amat mesra oleh semua di Kampung Dew sepanjang lawatan singkat kami ke sana.
    Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat, dan Insya Allah jika ada kesempatan, pastinya akan berkunjung lagi ke sana.

    Sekali lagi, ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat, termasuklah pasangan-pasangan pengantin dan keluarga, tuan rumah di rumah-rumah bertandang, abang-abang yang membawa kami melihat kelip-kelip dan lain-lain pihak yang telah bertungkus lumus menyambut kehadiran kami.

    Sesungguhnya pengalaman yang dilalui pastinya akan menjadi kenangan sampai bila-bila.

    - Fina, TM

    ReplyDelete