Wednesday, September 4, 2013

Menyemai Benih Bakau


 
Aktiviti menyemai benih Bakau Minyak Rhizophora apiculata Family Rhizophoraceae atau dalam istilah di Kuala Sepetang dipanggil menabung. Para peserta akan diberikan penerangan menyeluruh mengenai proses vivipari iaitu menjaga benih dari atas pokok lagi. Setelah benih sudah cukup matang barulah benih dijatuhkan dan menjadi pokok baru. Peluang bagi sesuatu benih itu membesar melalui pelbagai halangan dan bagi memudahkan pertumbuhan biji benih perlu disemai atau ditabung. Setiap polybag bernilai RM3 sahaja, benih akan di tempatkan ditapak semaian dan apabila mencapai umur yang sesuai akan dipindahkan ke kawasan hutan bakau yang telah ditebang bagi tujuan penanaman semula




Tuesday, September 3, 2013

Charcoal straight up

 Anis Ramli | September 3, 2013
And you thought it’s only for barbeques!
FEATURE
Once the domain of filters and air purifiers, charcoal has become an essential ingredient in beauty products quite a lot these days. If you think it’s weird, let us give you a brief history of it. Activated charcoal has long been used in ERs and hospitals to treat poisoning. You may have also heard of activated charcoal being used traditionally to treat stomach upsets and intestinal gas.
A charcoal is ‘activated’ through heating it in high temperatures. This allows for a larger surface area – the honeycombed structure – that then attracts gas, toxins and whatever else it comes in contact with. Translate that use to beauty and you get a wonderful product that pulls dirt and oil from your pores effectively.
Just because charcoal is trending right now does not mean all products work the same. For charcoal products to produce results, it needs to attach itself to the skin so that dirt and grime actually stick to it. This won’t work if you’re using charcoal cleansers. Because it gets cleansed almost immediately, the carbon will not have time to get to work effectively.
Masks are great to savour charcoal’s effectiveness as they come in physical contact with the skin long enough to bear results.  Freeman Facial Polishing Mask makes use of charcoal and black sugar that does double duty. It exfoliates skin as well as draws impurities out when the product is left to dry. Another to try is Origins Clear Improvement Charcoal Mask that has won rave reviews among those with combination skin, particularly those prone to blackheads.
Similarly, bamboo charcoal products work in the same manner. They are made by burning bamboo pieces at high temperatures and prized for thier ability to absorb odour and reduce skin’s acidity. In shampoos, bamboo charcoal is great to cleanse hair and scalp of dirt and pollution. It also improves blood circulation for a healthier scalp.

Monday, September 2, 2013

NCIA Peroleh Pelaburan RM400 Juta Di Perak Utara


EKONOMI › BERITA

TAIPING, 2 Sept (Bernama) -- Lembaga Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) menantikan pelaburan berjumlah RM400 juta lagi menjelang akhir tahun dalam sektor perkilangan, pelancongan, pertanian dan logistik di Kamunting Perak.

Berdasarkan laporan setengah tahun yang diumumkan minggu lepas, Taiping sahaja telah menjana pelaburan berjumlah RM166.5 juta bagi enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Eksekutif NCIA, Redza Rafiq, berkata pelaburan akan mula mengalir dari sekarang hingga akhir tahun.

"Kami mempunyai beberapa syarikat yang melabur, tetapi pelaburan besar akan dibawa masuk oleh usaha sama sebuah entiti senaraian Malaysia dan rakan seniaganya dari Eropah.

"Kedua-dua entiti ini akan mula melabur dalam beberapa bulan akan datang," katanya dalam satu sidang akhbar di sini.

Redza berkata Perak Utara telah menyaksikan beberapa pembangunan besar dalam beberapa tahun lepas ekoran kebanjiran syarikat-syarikat multinasional, rangkaian logistik maju dan kewujudan prasarana berkualiti.

"Ia mempunyai persekitaran yang kondusif dan baik bagi pelaburan asing kerana ia terletak selesa dalam kalangan beberapa taman perindustrian utama, yang telah mewujudkan ekosistem sokongan yang mengupayakan bagi peserta-peserta industri" katanya.

Hari ini NCIA melancarkan Fasa 2 Pelan Pembangunannya di negeri Perak sempena perasmian pejabat baharunya di Taiping.

Redza berkata pelaburan dalam kawasan-kawasan ini bertujuan memastikan masyarakat setempat di Perak Utara mendapat manfaat daripada pewujudan pekerjaan.

Projek-projek itu dijangka mewujudkan kira-kira 3,650 pekerjaan dan peluang perniagaan menjelang akhir tahun depan.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir.

Zambry berkata dengan momentum berterusan daripada NCIA dalam pembangunan Koridor Utara, enam kawasan strategik bagi pembangunan, termasuk Greater Kamunting, telah dikenal pasti.

Tiga puluh empat projek permulaan berpotensi dalam kawasan-kawasan ini yang bernilai RM18 bilion dan akan dilaksanakan dari 2013 hingga 2030, kata beliau.

-- BERNAMA

34 Projek Permulaan Bernilai Rm18 Bilion Bakal Dilaksana Di Greater Kamunting

EKONOMI › BERITA


TAIPING, 2 Sept (Bernama) -- Sebanyak 34 projek permulaan yang bernilai RM18 bilion akan dilaksanakan melalui pembangunan fasa kedua Koridor Utara di kawasan perindustrian yang dikenali sebagai 'Greater Kamunting' pada tahun ini hingga 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan bersama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) mengenai jenis perindustrian yang akan disediakan di kawasan itu.

"Kita harap pembangunan ini dapat dijadikan seperti Taman Teknologi Tinggi di Kulim, yang mana projek ini juga antaranya akan memberi penekanan kepada industri-industri yang berasaskan kepada teknologi hijau," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baharu Koridor Utara di sini, Isnin.

Pejabat baharu yang menyediakan perkhidmatan bersepadu bagi pelabur luar dan tempatan, syarikat-syarikat tempatan yang berpusat di Perak Utara itu bertindak sebagai pembolehubah, pemudah cara dan rakan kongsi perniagaan serantau kepada sektor swasta serta akan menjadi rakan kepada masyarakat setempat.

Kawasan perindustrian baharu ini akan menjadi tarikan kepada pelabur di seluruh dunia sekaligus merancakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pendapatan di Perak, katanya.

Beliau berkata kawasan Kamunting menjadi pilihan agensi itu kerana merupakan kawasan yang kondusif dan sesuai untuk menarik masuk penyertaan sektor swasta.

"Kawasan ini dilengkapi dengan tenaga kerja mahir dan setia, ekosistem sokongan yang matang bagi memudahkan urusan perniagaan serta elemen sesuai untuk tinggal yang baik kerana mempunyai persekitaran yang lengkap," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata NCIA berjaya membawa masuk sebanyak RM166.5 juta pelaburan ke kawasan Taiping dan Kamunting pada enam bulan pertama tahun ini.

"Antara projek-projek yang sedang giat dijalankan di Perak Utara adalah seperti Hotel empat bintang Novotel dan pusat beli-belah yang dijangka siap pada tahun 2014. Projek baru ini bakal mewujudkan 3,650 peluang pekerjaan di Perak," katanya.

Beliau berkata terdapat pelaburan baharu yang dianggarkan sebanyak RM400 juta akan di bawa masuk ke kawasan Taiping dan Kamunting sebelum akhir tahun ini.



-- BERNAMA

Sunday, September 1, 2013

Apa Khabar Jepun?

En Khairul Salleh,
 
Apa khabar?
Saya Hemmi Dai di Tokyo.
Julai dan Ogos di Jepun, musim panas.
Jepun panas terik, suhu udara 35-38 darjah celsius hampir saban hari!
 
Hemmi Dai