Saturday, January 7, 2012

The idea to make a petition about Saving Our Fireflies

Thank you my value guest: Mr Phil Marshall, Timothy Marshall, David Marshall, Mr & Mrs Choy and Benjamin Choy. Thank you for the great idea.

Homestay Chalet No 14 Intan Fatima


 Homestay Chalet No 14 Intan Fatima
Kurau Stone, 34500 BATU KURAU, Perak.

Satu bilik Chalet berkeluasan 225 kaki persegi.

1 Super Single bed
1 Single bed

Air Condition
Tv warna
Meja Solek dan Kerusi
Sejadah dan ampaian
Tuala, sabun, Toilet Tisu dan shampoo
Tandas duduk & mandi pancur
Jug elektrik dan 2 gelas
Verandah: 1 Chair & ashtray

Check in 3.00pm Check out 12.00 noon

Hanya 1km dari Pekan Batu Kurau. Gugusan homestay chalet Kurau Stone ini
mempunyai 14 chalet, satu asrama dorm yang boleh memuatkan 150 peserta, satu
dorm VIP yang boleh memuatkan 20 peserta, bilik serbaguna, surau, restoran,
ATV dan 3 kolam pancing serta wakaf-wakaf untuk bersantai.

Kurau Stone boleh menganjurkan pelbagai aktiviti seperti mesyuarat dan motivasi,
rombongan sekolah, IPTA/IPTS, aktiviti bina semangat, majlis perkahwinan &
hari keluarga.

Setiap malam minggu ada live band.

Berdekatan dengan tempat pelancongan mandi manda air terjun Air Itam, JELAI
8km.
Berdekatan dengan Sekolah Berasrama MRSM, SERATAS, Tunas Bakti. 20km

Berdekatan dengan tempat pelancongan menarik di Taiping seperti Zoo Taiping
Night Safari, Muzium Perak, Taman Tasik Taiping, Bukit Larut dan Bandar
Warisan.

Penginapan untuk keluarga sahaja.
Hormati jiran tetangga.

Tidak dibenarkan membawa masuk barangan yang menyalahi undang-undang.


Homestay Chalet No 5 Bukit Berapit.



Homestay Chalet No 5 Bukit Berapit.
Kurau Stone, 34500 BATU KURAU, Perak.
(Berdekatan Restaurant)

Satu bilik Chalet berkeluasan 100 kaki persegi.
RM75 weekday  RM85 weekend and school holidays  RM95 Public Holiday

1 Double bed
1 Single bed

Air Condition
Tv warna
Meja Solek dan Kerusi
Sejadah dan ampaian
Tuala, sabun, Toilet Tisu & shampoo
Tandas duduk dan mandi pancur
Jug elektrik dan 2 gelas
Verandah: 1 Chair and ashtray

Check in 3.00pm Check out 12.00 noon

Hanya 1km dari Pekan Batu Kurau. Gugusan homestay chalet Kurau Stone ini
mempunyai 14 chalet, satu asrama dorm yang boleh memuatkan 150 peserta, satu
dorm VIP yang boleh memuatkan 20 peserta, bilik serbaguna, surau, restoran,
ATV dan 3 kolam pancing serta wakaf-wakaf untuk bersantai.

Kurau Stone boleh menganjurkan pelbagai aktiviti seperti mesyuarat dan motivasi,
rombongan sekolah, IPTA/IPTS, aktiviti bina semangat, majlis perkahwinan dan hari keluarga.

Setiap malam minggu ada live band.

Berdekatan dengan tempat pelancongan mandi manda air terjun Air Itam, JELAI 8km.
Berdekatan dengan Sekolah Berasrama MRSM, SERATAS, Tunas Bakti. 20km

Berdekatan dengan tempat pelancongan menarik di Taiping seperti Zoo Taiping
Night Safari, Muzium Perak, Taman Tasik Taiping, Bukit Larut dan Bandar
Warisan.

Penginapan untuk keluarga sahaja.
Hormati jiran tetangga.

Tidak dibenarkan membawa masuk barangan yang menyalahi undang-undang.

Friday, January 6, 2012

Homestay Seri Taiping 2


Rumah Teres Tiga Bilik End Lot
No 543, Jalan 16, Taman Desa Jana,
34600 Kamunting Perak.
(Mercu tanda: Hotel SSL Kamunting, Kompleks  Rakan Muda & SK Taman Jana)

1 master bedroom 1 double bed (Aircond)
1 bilik kedua 1 double bed
1 bilik ketiga 1 single bed + extra bed
1 ruang makan
1 ruang tamu

Check in 3.00pm Check out 12.00 noon

Jug elektrik
Seterika
Sejadah
Pinggan Mangkuk

Kawasan dapur
Bilik mandi

Berdekatan dengan Hotel SSL Kamunting 1km.
Berdekatan dengan SK Taman Jana, Kamunting 500M.
Kedai makan & kedai serbanika 500M
Berdekatan dengan Sekolah Berasrama MRSM, SERATAS, Tunas Bakti. 5km
Berdekatan dengan tempat pelancongan mandi manda air terjun Bukit Jana 1km.
Berdekatan dengan tempat pelancongan menarik di Taiping seperti Zoo Taiping 
Night Safari, Muzium Perak, Taman Tasik Taiping, Bukit Larut dan Bandar
Warisan 5km.

Penginapan untuk keluarga sahaja.
Hormati jiran tetangga
Tidak dibenarkan sebarang majlis diadakan sepanjang penginapan.

Tidak dibenarkan membawa masuk barangan yang menyalahi undang-undang.

Monday, January 2, 2012

Homestay Seri Taiping 1


Rumah Teres Tiga Bilik RM150
No 8, Jalan 5, Taman Jana Setia 2,
34000 Kamunting Perak.
(Mercu tanda: Hotel SSL Kamunting & SK Taman Jana)
1 master bedroom 1 double bed
1 bilik kedua 1 double bed
1 bilik ketiga 1 single bed
1 ruang makan
1 ruang tamu
Tel: Khairul 0125145023
Check in 3.00pm Check out 12.00 noon
3 Tilam Extra
Jug elektrik


Seterika
Sejadah
Pinggan Mangkuk

Kawasan dapur
Bilik mandi

Berdekatan dengan Hotel SSL Kamunting 200M.
Berdekatan dengan SK Taman Jana, Kamunting 30M.
Kedai makan & kedai serbanika 50M
Berdekatan dengan Sekolah Berasrama MRSM, SERATAS, Tunas Bakti. 5km
Berdekatan dengan tempat pelancongan mandi manda air terjun Bukit Jana 2km.
Berdekatan dengan tempat pelancongan menarik di Taiping seperti Zoo Taiping & Night Safari, Muzium Perak, Taman Tasik Taiping, Bukit Larut dan Bandar Warisan 5km.

Penginapan untuk keluarga sahaja.Hormati jiran tetangga
Tidak dibenarkan sebarang majlis diadakan sepanjang penginapan.
Tidak dibenarkan membawa masuk barangan yang menyalahi undang-undang.

Sunday, January 1, 2012

Pakej Dolphin Kuala Sepetang

Pakej Mencari Ikan Lumba Lumba

RM100 seorang

atau RM500 sebuah bot.

Masa +3jam


RENCANA UTAMA KOSMO 1 JANUARI 2012

Berlumba dengan bot nelayan





PADA pandangan mata kasar, perairan Kuala Sepetang di Perak yang menghadap ke Selat Melaka tiada bezanya dengan kuala sungai lain yang ada di negara ini.
Panorama perkampungan nelayan berlatarbelakangkan hutan paya bakau yang sangat luas ini memang cukup indah untuk dinikmati, apatah lagi apabila disimbah sinaran merah matahari di ufuk barat.
Namun, di sebalik kekayaan alam yang dimilikinya, Kuala Sepetang turut mempunyai keunikan tersendiri kerana ia sering menjadi tumpuan ikan dolfin atau ikan lumba-lumba.
Kehadiran mamalia yang boleh hidup di laut dan sungai ini secara tidak langsung menjadikan Kuala Sepetang sebagai lokasi ekopelancongan yang menarik untuk dilawati.
"Ikan dolfin memang kerap dijumpai di sini. Ia suka mengekori bot nelayan yang pulang dari laut menuju ke kuala.
"Ikan-ikan ini tidak mengganggu kami, malah kami menganggapnya sebagai rakan hingga ada yang memberi makan kepada dolfin yang menghampiri bot," ujar nelayan udang, Mohd. Adam Hassan, 40.
Beliau yang sudah 30 tahun turun ke laut memberitahu sering terserempak dengan ikan dolfin sejak berusia 10 tahun lagi.
"Dolfin memang ada di kawasan ini, terutamanya di Kuala Sepetang dan Kuala Sanggar.
Tepuk tangan


DOLFIN akan menjadi lebih tangkas jika pengunjung bertepuk tangan dan bersorak kepadanya.



"Ia biasanya datang secara berkumpulan, namun pernah juga saya jumpa hanya seekor ikan dolfin yang berani mendekati bot saya," katanya.
Gemar memakan ikan duri, mamalia yang aktif dan gemar bersosial ini sangat sukakan belahan air dan buih-buih putih yang terhasil setiap kali bot melalui kuala.
"Biasanya ikan ini akan ekori bot dari jauh. Apabila ia merasakan persekitaran tersebut selamat, baru ia menimbulkan badannya di permukaan air sedikit demi sedikit.
My Photo"Malah, kalau kita tepuk tangan dan bersorak, ia akan melompat ke atas. Kalau bernasib baik, dolfin akan senyum pada kita," katanya yang belum pernah mendengar ada dolfin yang dijumpai mati di Kuala Sepetang.
Menurut pemandu pelancong, Khairul Salleh Ahmad, 40-an, dia pernah terserempak dengan sekumpulan 10 ekor dolfin tidak lama dahulu.
"Dolfin memang sering bermain di kawasan ini, tetapi untuk berjumpa dengannya, itu bergantung kepada nasib juga.
"Ada masanya memang mudah untuk kita nampak ikan ini, tapi pernah juga pelancong pulang kehampaan kerana kelibat dolfin langsung tidak kelihatan walaupun sudah berjam-jam bot menyusuri kuala," katanya yang juga merupakan individu bertanggungjawab memperkenalkan dolfin Kuala Sepetang sebagai produk pelancongan melalui laman blognya, fireflyzone.blogspot.com.
Baru-baru ini, Jurnal berkesempatan menjejaki dolfin di Kuala Sepetang bersama bantuan Khairul dan Adam.
Bermula pada pukul 4 petang, kami menyusuri Kuala Sepetang menghilir ke Selat Melaka yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan dengan menaiki bot.






Mencari kelibat dolfin di dalam hujan bukanlah perkara mudah. Setelah sejam meninjau, pencarian kami masih belum berhasil.
Adam mengesyorkan kami bergerak ke Kuala Sanggar kerana dia sering melihat dolfin di situ.
Kira-kira 25 minit mencari, kami akhirnya tersenyum melihat dari jauh sirip dan muncung dolfin di permukaan air.
Rasa ingin tahu menyebabkan kami nekad mendekati kumpulan empat ekor dolfin ini. Ketika itu hati tidak putus berdoa supaya kehadiran kami tidak menakutkan keluarga mamalia ini.
Main sorok-sorok
Dengan masa yang agak terhad, jurufoto Fauzi Baharudin bergelut untuk mengambil gambar dolfin yang tangkas melompat ke udara sebelum hilang di balik air keruh.
Seolah-olah bermain sorok-sorok, ikan dolfin ini akan tenggelam di tempat berbeza untuk menarik perhatian kami sebelum terus hilang, dipercayai untuk kembali semula ke laut.
Menyifatkan dolfin berpotensi menjadi produk ekopelancongan berjaya di Kuala Sepetang yang juga popular dengan penghasilan kayu arang dan kelip-kelip di Kampung Dew, Khairul sering mendapat reaksi positif daripada pelancong.
"Mereka sangat menghargai keindahan alam di sini dan mengharapkan ia mampu dipertahankan pada masa akan datang," katanya yang sudah mengendalikan ribuan pelancong yang datang untuk melihat dolfin di Kuala Sepetang.
Sementara itu, pakar Biologi Marin, Dr. Louisa Ponnampalam dari Institut Sains Lautan dan Bumi, Universiti Malaya berpendapat jika ingin menggalakkan dolfin sebagai tarikan, penting untuk pengendali pelancongan dan orang awam mempunyai pengetahuan mencukupi mengenai ikan itu.
"Ia adalah satu keperluan kerana jika inisiatif ekopelancongan tidak diuruskan dengan baik, ia boleh menjadi penyebab dolfin yang ada itu berhijrah ke tempat lain," katanya.
Tambah Louisa, masyarakat sering menganggap ikan jenis ini mudah mesra namun realitinya ia termasuk dalam golongan haiwan pemangsa teratas dalam rantaian haiwan laut.
"Apabila ada dolfin, sudah tentu terdapat banyak hidupan lain seperti ikan dan sotong yang menjadi makanannya di situ.
"Justeru, pemuliharaan optimum ekosistem di sini sangat penting bagi memastikan mamalia ini terus ada di sini," ujarnya.
Jelasnya, cara terbaik untuk meninjau ikan dolfin ialah dengan menggunakan bot kecil yang lebih senyap enjinnya.




KUALA Sepetang terletak 18 kilometer dari bandar Taiping.


Mengulas perkara sama, Ketua Komunikasi Persatuan Alam Sekitar Malaysia (MNS), Andrew Sebastian mengharapkan lebih banyak kajian ke atas tingkah laku dolfin dilakukan supaya orang ramai boleh dididik mengenai cara untuk berdepan dengan mamalia ini.
"Pendedahan ini perlu supaya ia tidak mendatangkan persekitaran bahaya kepada ikan dolfin.
"Ikan jenis ini adalah makhluk yang pandai bergaul namun keramahannya itu tidak boleh dijadikan kesempatan yang boleh mengundang risiko," kata Andrew.