Monday, January 19, 2009

Kelip-kelip Kg. Dew Taiping



Kitar Hidup
Kelip-kelip sering hinggap pada pokok'Barembang' yang banyak terdapat di tebing Sungai Kg. Dew. Ia adalah sejenis pokok bakau. Nama saintifik Barembang ialah Sonneratia caseolaris.
Kitar hidup kelip-kelip ialah 6 bulan bermula dari
telur 2 minggu kepada
larva 4 1/2 bulan dan dari larva bertukar menjadi
pupa 2 minggu dan akhirnya menjadi
kelip-kelip dewasa 2 minggu.
Larva kelip-kelip boleh hidup tanah atau air. Larva mempunyai mandibles beracun yang menjadi organ pertahanan dan alat membantu mencari makanan (mangsa). Makanan larva adalah nematod, copepod dan larva midge. Ia akan megeluarkan bendalir beracun yang akan membunuh mangsa dan menjadikannya separa cecair.
Jatina kelip-kelip mudah dibezakan melalui organ pengcahaya yang terletak di bahagian abdomen. Kelip-kelip dewasa boleh hidup tanpa makan sehingga lebih kurang 15 hari. Makanan utama kelip-kelip adalah daun tumbuh-tumbuhan.
Tahukah anda ?
Buah Barembang boleh dimakan tetapi berasa masam.

Kelip-kelip akan pupus dalam jangka masa 10 tahun lagi jika tiada tindakan pemuliharaan yang cekap.

Saturday, January 10, 2009

Udang Galah Kg Dew, Taiping



Musim udang galah sudah kembali. Sungai Kg Dew, Kamunting, Taiping, Perak yang menjadi sempadan untuk daerah larut matang dan selama dan kerian ini sudah cukup terkenal dengan bot kayu arangnya kini semakin sibuk pula dengan sampan-sampan pemancing. Kebanyakan pemancing yang ditemui membawa pulang sejumlah besar udang galah yang galak memakan umpan terutamanya perumpun nipah,cacing ataupun udang pasar sahaja. Saiznya pula pelbagai ada yang ranggah (sepit biru) dan ada pula saiz yang cukup enak untuk dimakan. Pemancing pula biasanya turun memancing pada waktu petang hari yang panas. Sebagai persediaan, pemancing diingatkan membawa 3 atau 4 set pancing ringan, batu ladung saiz 3 dan sejumlah mata kail yang siap diikat.
Budakpun boleh dapat udang galah

Sekali bawa pergi memancing udang galah, terus tersenyum riang.


Bulan November hingga Disember 2009 ini saiz udang akan meningkat besar. Pemancing yang ingin menempah sampan boleh menghubungi
Terkini Feb 2014  Musim udang galah telah kembali. Sampan saya telah hilang jadi sesiapa yang ingin menyewa sampan di Kampung Dew, Kg Dew bolehlah berhubung dengan
Nordin 0194443505 atau 0175738217
Chen 0125971181
Rosli 0194483171

Wednesday, December 31, 2008

Kuala Gula @ Firefly Sighting


Permandangan air surut di Resort Kuala Gula.

Permandangan Kuala Gula Dari Jetty

Wednesday, December 10, 2008

Pulau Kapas Terengganu


Aku bersama keluarga bergambar di depan chalet sebelum berangkat pulang. Pengalaman berenang di Pulau KAPAS DAN SNORKLING HINGGA TERJUMPA DENGAN CLOWNFISH BERSAMA ANAK-ANAKKU MERUPAKAN PENGALAMAN ANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN.

Tuesday, November 4, 2008

Tenggiri Yan Kedah


Satu trip ke Yan Kedah bersama geng Kamunting.
Tenggiri terjerat dengan kaedah casting.