Monday, January 19, 2009

Kelip-kelip Kg. Dew Taiping



Kitar Hidup
Kelip-kelip sering hinggap pada pokok'Barembang' yang banyak terdapat di tebing Sungai Kg. Dew. Ia adalah sejenis pokok bakau. Nama saintifik Barembang ialah Sonneratia caseolaris.
Kitar hidup kelip-kelip ialah 6 bulan bermula dari
telur 2 minggu kepada
larva 4 1/2 bulan dan dari larva bertukar menjadi
pupa 2 minggu dan akhirnya menjadi
kelip-kelip dewasa 2 minggu.
Larva kelip-kelip boleh hidup tanah atau air. Larva mempunyai mandibles beracun yang menjadi organ pertahanan dan alat membantu mencari makanan (mangsa). Makanan larva adalah nematod, copepod dan larva midge. Ia akan megeluarkan bendalir beracun yang akan membunuh mangsa dan menjadikannya separa cecair.
Jatina kelip-kelip mudah dibezakan melalui organ pengcahaya yang terletak di bahagian abdomen. Kelip-kelip dewasa boleh hidup tanpa makan sehingga lebih kurang 15 hari. Makanan utama kelip-kelip adalah daun tumbuh-tumbuhan.
Tahukah anda ?
Buah Barembang boleh dimakan tetapi berasa masam.

Kelip-kelip akan pupus dalam jangka masa 10 tahun lagi jika tiada tindakan pemuliharaan yang cekap.

7 comments:

  1. Salam En.Khairul,

    Ada soalan yg saya ingin berkongsi bersama anda.

    Di mana lokasi kampung Dew? Saya berminta dgn 'fireflies watching' dan kebetulan saya ada datang bercuti dgn segerombolan pelajar-satu bas, cuma saya tdk tahu jln kat Perak ini. Rasanya kami akan menetap di satu resort di Sungai Siput.Ada kawasan yg sesuai utk fireflies watching?

    Pada masa yg sama, di kawasan Sg siput tu ada penempatan org Asli? Pada awalnya, pelajar2 medik berhajat utk memberi medical check secara percuma kpd penghuni di sana (community service utk lebih kurang 50 org) tetapi khuatir jika kami perlu support bahagian makanan/ berbelanja lebih utk penduduk di sana- semata- mata ingin mendptkan kerjasama mrk.

    Harap En.Khairul sudi berkongsi pengalaman anda.

    ChoyHH
    http://mylifecreation.blogspot.com/
    choy862003@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih (terlupa taip ..haha)

    ReplyDelete
  3. Rasanya di Malaysia ni hanya 2 kawasan melihat kelip-kelip. Kg Kuantan, di Kuala Selangor dan Di Kg dew Taiping. Kawasan melihat kelip-kelip di taiping ini hanya 1 km dari plaza to Kamunting, Taiping, Perak. saya sedang berusaha untuk memajukan pelancongan kawasan ini. Banyak aktiviti boleh dilakukan. Aktiviti yang mr choy hh nak buat di sg siput tu pun boleh buat di sini. Di taiping banyak hotel dan resort

    ReplyDelete