Tuesday, June 21, 2022

Pakej Snorkeling & Memancing Tuas Pulau Perhentian Redang Terengganu, Mencari Kepah Setiu Wetlands & BBq Dinner.


RM1760 untuk 1-8 orang. Jika lebih dari 8 orang RM220 seorang.

Request for English speaking guide +RM200 

Call En Khairul 012-514 5023 

Jika datang sehari lebih awal.


1 bilik penginapan PERCUMA di Homestay Malaysia milik En Adnan Ghani. Lokasi 5.572832, 102.837542 Lorong Pandan 3, Kg Pandan Jaya.

Tapak perkhemahan PERCUMA di perkarangan Homestay Malaysia milik En Adnan Ghani. 


Kemudahan 1 tandas dan 3 pili air. Satu plug point. Pondok parking 2 kereta untuk BBq. Satu perigi air jernih.

(Bagi mereka yang tidak ikut aktiviti boleh tinggal di Homestay @ tapak perkhemahan dan buat aktiviti sendiri seperti jalan jalan cari makan dan berkelah)


Satu joran apollo untuk setiap peserta.

Satu snorkeling set untuk setiap peserta.

Satu life jacket untuk setiap peserta.

Maklumat CUACA akan dimaklumkan 24&12 jam sebelum pelayaran.

DEPOSIT 40% tarikh akan di BLOK untuk anda.

Aktiviti:-

6.30am Sarapan pagi di warung kampung pilihan. (bayar sendiri)


7.00am Ketibaan anda di jeti Adnan Ghani (Berhampiran Masjid Penarik) 


Pelayaran melalui Sg Setiu ke arah muara sungai di mana letaknya Setiu Wetlands. Peserta dapat melihat keindahan wetlands dengan barisan pokok nipah, rhu, bakau dan api-api. Nilai biodiversiti dan kegiatan ekonomi yang dijana olehnya.

8.00am Di Muara Sg Setiu kelihatan gunung pasir dari kerja-kerja mendalamkan muara. Kemudian kita memasuki Laut Cina Selatan dan berhenti memancing di tuas Putus Tali. Paling hampir dengan pantai dan laut cetek. Tuas ialah struktur buatan untuk dijadikan tempat ikan-ikan kecil berkumpul dan berlindung dari ikan pemangsa. Bagi pemancing amatur anda boleh menggunakan teknik apollo untuk memancing ikan kecil. Bagi pemancing berpengalaman pula anda boleh jigging dan casting. Terdapat banyak tuas dan En Adnan telah menyimpan semua lokasi dalam gps. Anda akan dibawa memancing di tuas-tuas lain sehingga puas.

Makan tengah hari PERCUMA nasi dagang ikan aya di atas bot. Hanya air minuman 1 liter PERCUMA disediakan dan jika nak bawa minuman sendiri sila bawa peti sejuk sendiri.

1.00pm Tengah hari anda akan di bawa ke Pulau Lang @ Pulau Redang untuk sembahyang, rehat & Snorkeling.

Bayaran tambahan RM10 seorang untuk permit Taman Laut.

Di sini anda boleh membuat keputusan untuk sambung memancing @ sambung aktiviti pantai.

4.00pm Aktiviti patah balik. Pilihan utama ialah tuas yang memberi hasil lumayan pagi tadi.


6.00pm Bergerak ke Setiu Wetlands untuk aktiviti cari kepah. Ketika air paras dada cari kepah guna kaki, sepit kepah di antara ibu jari kaki dan simpan dalam poket. Ketika air paras lutut cari kepah guna tangan.

7.00pm Pulang ke jeti 


Di Homestay Malaysia En Adnan jiran tetangga sudah menunggu dengan pisau untuk menyiang ikan yang dipancing tadi. Semua sudah tahu dengan tugas masing-masing. 

Peserta boleh ambil masa ini untuk rehat dan sembahyang.


Hasil BBq akan dikongsi makan bersama dengan tetangga yang membantu dan jika ada rezeki lebih boleh dibawa pulang.


10.00pm Acara selesai.

No comments:

Post a Comment