Saturday, June 21, 2014

Perkhemahan Alam Sekitar Di Kuala Sepetang

Salam Aman Perak Jaya,
Semua guru atau organisasi yang ingin membuat perkhemahan alam sekitar ataupun team building di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang.

Bersama ini disertakan profil syarikat untuk perhatian cikgu.
Pihak kami telah menempah tarikh di atas untuk sekolah cikgu.

Penginapan chalet atau khemah kami sediakan.

Setiap kumpulan 10 orang ahli dan 2 guru penyelia.
Jika dapat agihan 20 lelaki. 20 perempuan
Peralatan peribadi: Pakaian dan keperluan asas. Sila bawa pinggan dan gelas sendiri.
Keperluan kumpulan.
Sebelum perkhemahan kumpulan perlu bermesyuarat untuk pilih pemimpin.
2 tikar, bekas untuk nasi, air dan lauk-pauk; Persembahan

Hari Pertama.
Membina replika menara/jambatan dari lidi sate.
Memasak lauk makan malam sendiri. (Nasi, Peralatan dan bahan disediakan)

Hari Kedua
Sarapan buat sendiri (Air panas & Bahan untuk buat sandwich disediakan)
Aktiviti 1. Lawatan ke Hutan Pendidikan dengan renjer
Aktiviti 2. Lawatan ke Pusat Interpretasi dengan renjer
Aktiviti 3. Menyemai benih pokok bakau di tapak semaian
Aktiviti 4. Mencari lokan dan kerang untuk buat lauk.
Aktiviti 5. Lawatan ke Kilang arang kayu dengan renjer.
Aktiviti 6. Memasak lauk makan tengah hari.
Aktiviti 7. Memasak minum petang sendiri
Aktiviti 8. Persembahan budaya.
Aktiviti 9. Pemeriksaan khemah dan chalet
Aktiviti 10. Penilaian kumpulan terbaik.

Hari Ketiga
Buat sarapan sendiri.
Pemeriksaan khemah
Perhimpunan
Lawatan ke Pekan Kuala Sepetang dan perkampungan nelayan.

RM150 seorang termasuk semua yang di atas dan sewa tapak perkhemahan dan 6 chalet.
Sewa dewan lain harga.

Khairul Salleh
Pengurus





No comments:

Post a Comment