Friday, June 20, 2014

Pelbagai kes kemalangan bot kebelakangan ini. Bermula dari feri penumpang Korea dan yang terkini di perairan Selat Melaka di Selangor.
Pihak Kuala Sepetang Eco Tourism telah membuat garis panduan demi keselamatan pelanggan yang amat kami pentingkan.



KESELAMATAN SEBELUM MENAIKI BOT.
1. Bot mesti ditambat kemas dan stabil.
2. Bot hanya boleh belayar dalam keadaan cuaca yang baik. 
3. Pengemudi bot mesti memahami keadaan pasang surut, arus dan beting lumpur terutamanya pada waktu malam.
4. Menyambut kedatangan pelancong dengan ucapan Selamat Datang dan berkenalan.
5. Penumpang mesti menaiki bot dan turun dari jeti terapung.
6. Memastikan keadaan jeti tidak sesak dan selamat untuk dituruni serta naik ke bot.
7. Bot hanya boleh membawa bilangan penumpang seperti dalam lesen.
8. Bot dalam keadaan bersih dan minyak mencukupi dalam tangki.
9. Peralatan merbahaya disimpan dengan rapi.
10. Lampu kemudi mesti berfungsi.
11. Mesti memilik peralatan keselamatan yang dikehendaki lesen.
12. Memberikan taklimat keselamatan.

KESELAMATAN SEMASA PELAYARAN
1. Semua penumpang mesti duduk dalam kedudukan seimbang.
2. Semasa berselisih dengan bot lain mesti ambil jarak yang bersesuaian.
3. Mengamalkan kelajuan yang sederhana dan perlahan ketika belayar hampir dengan tebing.
4. Awak-awak sentiasa berada di depan bot bagi mengawasi penumpang.
5. Penumpang tidak dibenarkan meletakkan kaki pada birai bot atau duduk di atas birai bot.
6. Kelajuan bot dipertingkatkan secara perlahan-lahan dan sebaiknya beritahu penumpang bahawa kelajuan bot akan dipertingkatkan.
7. Jurumudi mesti memberi sepenuh perhatian semasa pelayaran. Memerhati sebarang keadaan untuk diterangkan kepada penumpang.
8. Mengarahkan penumpang duduk dengan tangan di dalam bot ketika bot merapat ke jeti.
9. Hanya boleh beri arahan keluar setelah bot diikat kemas dan stabil.
10. Membantu penumpang turun sehingga selamat di atas daratan.
11. Mengucapkan selamat tinggal kepada penumpang.
SELEPAS PELAYARAN
1. Bersihkan bot.
2. Memastikan life jacket kering dan sedia digunakan semula.

No comments:

Post a Comment