Sunday, June 15, 2014

Lawatan kerja J-Corp


Tarikh 9 Jun 2014
Ketua: En Harzamir
Ahli Hj Bukhari, En Rahim, En Shamsul dan En Nik
Aktiviti: Taklimat pengurusan, pembangunan, pengoperasian HPL dan Eko pelancongan Kuala Sepetang dan Kuala Gula

Salam En. Khairul,

Merujuk kepada perbualan telefon sebentar tadi, dimaklumkan bahawa pihak kami akan check-indi Hotel Taiping Perdana dalam jam 2 petang pada hari Isnin, 9 Jun 2014 (lebih awal berbandingitinerary).
Diharap pihak tuan dapat memaklumkan kepada pihak hotel.

Selain itu, kami ingin mohon bantuan pihak tuan untuk menyediakan maklumat seperti berikut:

§  Industri Kayu Arang

1.     Maklumat industri arang kayu di Kuala Sepetang/ Matang
2.     Harga kos bagi pengeluaran arang kayu di sekitar Kuala Sepetang/ Matang
3.     Jangka masa yang diperlukan bagi pengeluaran kayu arang bermula dari proses penebangan sehingga kayu arang siap untuk dijual.

§  Eko Pelancongan Kuala Sepetang

1.     Anggaran jumlah kehadiran pelancong ke Kuala Sepetang dari tahun 2011 – 2013
2.     Anggaran jumlah pendapatan yang dijana dari 2011 – 2013

Kami berharap pihak tuan dapat membantu dalam menyalurkan maklumat yang dipohon dalam membantu pihak kami membuat kajian berkenaan industri pelancongan/ arang kayu di kawasan hutan bakau.

Kerjasama pihak tuan amat kami hargai dan terima kasih diucapkan.

Sekian.

Mohd 

No comments:

Post a Comment