Tuesday, February 11, 2014

Kelip-kelip Sungai Sepetang Kg Dew,

Kelip-kelip Sg Sepetang Foto: Arild Hagen
Setelah berkecimpung sekian lama dalam aktiviti memerhati kelip-kelip. Inilah kali pertama aku dapat seorang tetamu yang datang khusus hanya untuk mengambil gambar kelip-kelip Sg Sepetang. Bermula awal dengan membawa 2 kayu panjang sebagai tambatan bot, kami bergerak ke lokasi terbaik pokok berembang. Keadaan air mati menyebabkan air tenang dan tidak berarus. 5 orang di atas satu bot agak ramai dan bila seorang membuat sedikit pergerakan maka nilai gambar tiada. Dengan masa 30 saat untuk satu gambar kami semua terpaksa duduk diam dan membiarkan diri dijamah nyamuk. Hasilnya lihatlah betapa indahnya kelipan dan pergerakan kelip-kelip yang dapat dirakam dalam 30 saat.

No comments:

Post a Comment