Vortex banner

Saturday, February 15, 2014

Ibadah Korban Di Perkampungan Nelayan Kuala Sepetang.

Penduduk kampung mengambil upah mengopek kerang
Assalamualaikum,
Saya dari Kuala Sepetang Eco Tourism merancang untuk mendapatkan bantuan anda semua menjalankan ibadat korban di perkampungan Nelayan Kuala Sepetang. Sambil merasai suasana perkampungan nelayan dan melayan kerenah anak-anak kecil melalui acara sukaneka yang boleh dijalankan. Bawalah ahli keluarga anda ke Kuala Sepetang Taiping untuk menjalankan ibadah ini di samping melawat tempat-tempat menarik yang ada di Taiping.
Secara amnya penduduk Melayu di Kuala Sepetang bekerja sebagai nelayan dan pekerja kilang arang.
Bila menonton rancangan TV mengenai ibadat korban di Kambodia, saya berkata ada insan lain di perkampungan nelayan ini yang memerlukan bantuan yang sama seperti mereka.

No comments:

Post a Comment