Vortex banner

Friday, November 15, 2013

SK Sg Binjai Meru Kelang

Assalamualaikum,
Dijangka kami akan bergerak jam 7.30 pagi dari Klang. Dijangka akan sampai sampai ke Taiping pada jam 11.30 pagi, in sya Allah.
Tentatif kami:
Sabtu, 23/11:
1. Sesampainya kami ke Taiping, kami akan terus ke Kuala Sepetang utk ke Hutan eko pendidikan.
2. Kami akan makan tghari digerai mee udang banjir.
3. Petang, kami akan menaiki bot perkampungan nelayan, burung dolfin dan lain2.
4. Seterusnya kami akan ke Taiping, ke Kolam Renang Kemahkotaan. Kemudian baru cek in ke homestay.
Ahad, 24/11:
1. Sarapan di Taman Tasik Taiping, kemudian ke Taiping Heritage Trail dan dan Zoo Taiping.
2. Kemudian kami akan ke Kuala Kangsar, untuk ke Galeri Sultan Azlan Dan Masjid Ubudiah.
3. Kemudian kami akan terus balik ke Klang dijangka pada jam 4 ptg.
Berkaitan dgn makanan, utk makan malam kami ambil set RM 6 (nasi putih, kurma ayam, sayur campur dan air) 70 orang makan. Makanan tu kalau boleh sudah siap dibungkus dalam polisterin, memandangkan kami tinggal di 2 tempat yang berasingan.
Makan tengahari, pada hari Ahad, kami akan ambil set nasi ayam, buah dan air untuk 70 orang. Kalau boleh makanan tu dah siap dibungkus dalam bekas polisterin.
Buat masa ini, ini lah sebahagian  dari perancangan kami. Sebarang perubahanakan kami beritahu sebelum 20hb akan diberitahu.

No comments:

Post a Comment