IPOH - Perak perlu mengantarabangsakan produk pelancongan termasuk merangka pelbagai program dan memperkenalkan destinasi baharu bagi memastikan negeri ini terkenal di persada dunia, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata untuk itu pembangunan pelancongan di Perak bukan hanya daripada aspek menarik jumlah pelancong untuk makan angin ke negeri itu serta merangka program tahun melawat Perak dan sebagainya.
Katanya Perak kini mempunyai beberapa kawasan warisan dan pelancongan bertaraf dunia seperti Royal Belum, Pangkor Laut dan kawasan sekitarnya, kawasan hutan bakau di Kuala Sepetang dan terbaharu Lembah Lengggong yang diisytihar sebagai tapak warisan dunia oleh Unesco.
"Ini adalah kualiti yang kita ada yang perlu kita rancangkan sebaik mungkin supaya kita dapat mengantarabangsakan negeri Perak.
"Dalam konteks pelancongan, kita bukan sahaja mahu semata-mata membawa orang pergi ke satu-satu kawasan tetapi kita juga perlu merancang untuk memperkenalkan produk baharu," katanya dalam program Selamat Pagi Bersama Menteri Besar di PerakFM, di sini hari ini.
Program 90 minit itu dikendalikan oleh Ketua Bahagian Rancangan RTM Perak Faudzi Ramli, dan turut disertai Penolong Editor Bernama Hafizah Kamaruddin dan Ketua Biro Utusan Malaysia Perak Muin Sapidin.
Zambry berkata beliau melihat Perak mempunyai pelbagai tarikan yang berpotensi untuk diketengahkan di persada dunia yang mana tarikan-tarikan ini tidak perlu bersaing dengan tempat-tempat lain di dunia.
"Dalam konteks pengantarabangsaan ini, orang mahu melihat apakah keistimewaan satu-satu tempat. Perak ada Tapak Warisan Dunia Unesco, ada 'Perak Man', Royal Belum yang yang perlu kita tonjolkan bagi membolehkan lebih ramai pelancong datang ke negeri ini," katanya.
Menyentuh mengenai barisan Exco baru Perak, Menteri Besar berkata anggota Exco diharapkan dapat memperkenalkan produk baharu bukan sahaja dalam sektor pelancongan tetapi juga pelbagai aspek yang lain termasuk sukan.
"Sebagai contoh bidang sukan di mana golongan muda diberi keutamaan, apakah konsep sukan untuk rakyat, bagaimana prasarana sukan yang perlu dirancang," katanya.
Beliau berkata ini yang perlu dilakukan oleh setiap Exco, "saya beritahu kepada mereka keperluan merancang, mereka perlu turun ke bawah, saya tidak mahu mereka hanya duduk di bilik-bilik mereka untuk merancang."
Katanya apabila mereka turun ke bawah, mereka akan dapat merasai apa yang sebenarnya yang dikehendaki oleh rakyat.
"Barulah kita tahu apa yang kita rancang itu menepati sasaran," tambahnya.
Mengenai pelantikan dua Exco wanita buat pertama kali dalam barisan pentadbiran negeri, Zambry berkata wanita merupakan komponen penting dalam pembangunan bukan sahaja di Perak, tetapi juga dalam negara.
"Dari segi pelaksanaan dasar, tidak ada diskriminasi dari segi keupayaan. Kalau kita tahu wanita berupaya untuk melaksanakanan sesuatu dengan cemerlang maka jangan diskriminasi mereka. Itulah yang kita laksanakan di Perak," katanya.
Dua Exco wanita itu ialah Datuk Rusnah Kassim yang lantik sebagai Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Integrasi Nasional dan Nolee Ashilin Radzi yang dilantik sebagai Exco Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan. - Bernama

No comments:
Post a Comment