Friday, August 23, 2013

Kuala Sepetang Eco Tourism

Kuala Sepetang Eco Track merupakan entiti perniagaan yang berdaftar dengan SSM.
Terlibat dalam program kesedaran alam sekitar di Kuala Sepetang.
Matlamat kami ialah menaikkan nama Kuala Sepetang di sektor pelancongan ke peringkat antarabangsa menjelang 2015.
Fokus utama perniagaan ialah memberi pendidikan kesedaran alam terutamanya mengenai, hutan paya laut dan ekosistem flora dan fauna di dalamnya.
Para peserta yang mengikuti program kami akan diberikan informasi pendidikan mengenainya.
Kuala Sepetang Eco Track juga bekerjasama rapat dengan pemilik bot pelancongan, pemilik kilang arang, renjer jabatan hutan, pemilik seafood restoran, pemilik restoran mee udang. pemilik hotel dan travel agent untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada semua peserta kami.
Kami mengambil kesempatan ini untuk menghulurkan tangan agar dapat bekerjasama dengan semua pemain pelancongan di Taiping dalam memastikan VMY2014 berjaya di Perak.
Kami juga memohon agar MPT, Jabatan Hutan ,NCIA dan para pelabur


memajukan infrastruktur pelancongan yang sangat berdaya maju di Kuala Sepetang.
Semua program yang kami jalankan dimuatkan dalam laman web www.kualasepetang.com

No comments:

Post a Comment