Thursday, July 11, 2013

KAJIAN / PENGUMPULAN STATISTIK PELANCONG KE NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN BAGI BULAN JANUARI – JUN 2013

PRODUK PELANCONGAN: …Kuala Sepetang Eco Tourism…

BULAN
BILANGAN / NEGARA
BILANGAN
DALAM NEGARA
LUAR NEGARA
JANUARI
131
100
31
FEBUARI
125
100
25
MARCH
100
80
20
APRIL
355
300
55
MEI
188
160
28
JUN
308
200
108

2012 JUMLAH 2191
Jan-Jun 2013 JUMLAH 1207
Semua Pengusaha Produk Pelancongan Negeri Perak Darul Ridzuan
Semua Pengusaha Hotel / Resort / Homestay Negeri Perak Darul Ridzuan
(Senarai Edaran Seperti Lampiran)
Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan,
KAJIAN / PENGUMPULAN STATISTIK PELANCONG
KE NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN BAGI BULAN JANUARI – JUN 2013
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Berhubung dengan perkara ini, sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan melalui Tourism Perak sedang berusaha untuk mengemaskini semua data kedatangan pelancong ke Negeri Perak Darul Ridzuan bagi bulan januari hingga jun tahun 2013. Tujuan utama penyusunan data ini adalah untuk memantau, mengkaji, menilai prestasi serta perkembangan industri pelancongan dan seterusnya merangka dasar atau program untuk memajukan lagi industri tersebut bagi faedah bersama.
3. Sehubungan dengan itu, dipohon jasa baik Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan agar dapat mengemukakan Laporan Statistik Kedatangan Pelancong ke Produk / Destinasi Pelancongan / Hotel / Resort / Homestay di bawah pengendalian Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan bagi setiap bulan mulai Januari hingga Jun 2013 untuk tindakan pihak pejabat ini selanjutnya. Laporan tersebut dipohon agar dapat dihantar ke pejabat ini sebelum atau pada 19 Julai 2013.

4. Sukacita bersama-sama ini dilampirkan format Borang Laporan Statistik Kedatangan Pelancong (LAMPIRAN A) untuk tindakan pihak Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan selanjutnya. Mohon kerjasama dari pihak Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan untuk mengembalikan borang tersebut kepada pejabat ini melalui talian faksimili 05-2410671. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan bolehlah menghubungi pejabat Tourism Perak di talian 05-2531957 

5. Perhatian, kerjasama serta maklumbalas secepat mungkin dari pihak Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Sekian, terima kasih.
1 MALAYSIA. RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’
JOM TEROKAI PERAK’

Saya yang menurut perintah,
Ketua Pegawai Eksekutif
Tourism Perak
s.k 1. 
Setiausaha Kerajaan Negeri
Perak Darul Ridzuan
Merangkap,
Ahli Lembaga Pengarah
Perak Tourism Management Berhad
2. 
Pegawai Kewangan Negeri
Perak Darul Ridzuan
Merangkap,
Ahli Lembaga Pengarah
Perak Tourism Management Berhad

No comments:

Post a Comment