Vortex banner

Sunday, April 14, 2013

Visi dan Misi


KSET sedang giat menaikkan nama Taiping, Perak dan Malaysia untuk diketahui oleh seluruh dunia
KSET juga telah didaftarkan dengan SSM dengan ID Kuala Sepetang Eco Track (K-SET) IP0373243-P.
Menjalankan perniagaan Program Kesedaran Alam, Komisyen Am, Penginapan, Penyediaan Makanan dan lain-lain. 

Oleh kerana masih baru dan kekurangan modal kami masih belum memohon kelulusan Kementerian Pelancongan. Usaha ke arah itu sedang giat dijalankan dan matlamat kami mencapainya pada tahun 2015.
Pihak kami tiada  masalah menggugurkan penggunaan logo KSET sekiranya pihak MPT membenarkan penggunaan logo MPT serta menyelia program yang dijalankan.

Pihak kami mendapatkan khidmat Pusat Biodiversiti untuk program mendaki dan khidmat TTA untuk Taiping Heritage Trail serta bekerjasama rapat dengan Kilang Arang Chuah, Koperasi AZAM Kg Dew dan Pejabat Hutan Daerah untuk program menyemai benih bakau dan menanam anak bakau di Kuala Sepetang.

Ahli kami juga sudah mempunyai bot berdaftar, Lesen Jurumudi Domestik Terhad dan Green Badge Nature Guide

Kami telah memasukkan program pelancongan yang terdapat di Taiping, Lenggong, Kuala Kangsar, Kuala Sepetang dan Bukit Merah dalam nota kepada para pelanggan dan pada masa hadapan telah mendapat tempahan berdeposit 3 lagi program mendaki Bukit Larut & Gunung Hijau.

No comments:

Post a Comment