Sunday, April 14, 2013

Pakej perkhemahan dan lawatan ke Ladang Kurau Stone


Untuk meninjau aktiviti perkhemahan anjuran PERDA. Keadaan kawasan perkhemahan sunyi sepi sahaja walaupun jam di tangan menunjukkan 10:00 am. Mungkin mereka kepenatan dengan aktiviti malam tadi. Sebenarnya mereka sedang mengikuti aktiviti jungle tracking di hutan. Kesempatan ini aku ambil untuk meninjau Sazalis Farm di puncak bukit. Di sini terdapat kebun sayur-sayuran seperti bendi, kacang panjang dan petola. Terdapat sebuat kandang kambing besar dan jumlah kambing yang ada dianggarkan lingungan 100 ekor. Dua ekor kuda yang diternak telah melahirkan tiga ekor anak dan terkini dilahirkan pada bulan Feb 2013. Kini para pengunjung dan rombongan yang menjalankan aktiviti di Kurau Stone dapat merasai pengalaman bekerja di kebun sayur, membelai anak kambing dan menunggang kuda. Jadi apa lagi moh kie ke Kurau Stone. Kawasan perkhemahan yang amat sesuai dengan lindungan daun kelapa sawit (Tak perlu takut dahan patah) dan hamparan rumput hijau bagai tilam semula jadi. Kawasan perkhemahan ini diterangi lampu dan bilik air hanya beberapa langkah sahaja.







No comments:

Post a Comment