Kuala Sepetang dalam peta pelancongan Malaysia tidaklah sehebat mana, ini kerana tidak ada syarikat pelancongan yang beroperasi dan menjalankan perniagaan di sini. Namun sumber yang terdapat di sini terutamanya hutan paya laut menghidangkan pelbagai bentuk produk pelancongan yang belum diterokai.
Dengan berbekalkan produk pelancongan hutan paya laut Kuala
Sepetang Eco Tourism mempelawa Gerai Norehan untuk bersama membentuk rangkaian
pelancongan dan Restoran Makanan Laut bermula 2013 dengan
1.
Membuat tembok jaring dan batu dan menambak
tapak restoran.
2.
Membuka dinding restoran bagi membuat konsep
restoran terbuka.
3.
Dengan papan dinding: Membuat bilik penginapan
keluarga.
4.
Menambah kerusi dan meja
Anggaran perbelanjaan RM10,000 mohon dari TEKUN/AIM mohon
terus dengan ADUN Trong Dato Rosli Husin.
Tahun 2014- Membeli bot fiber enjin 60hp panjang 20 kaki
yang boleh mengisi 10 pelancong.
Tahun 2015- Membuat restoran baru yang lebih tinggi
mengganti bumbung dan memasang jubin.
Tahun 2016- Membeli bot fiber enjin 80hp panjang 30 kaki
yang boleh mengisi 20 pelancong.
Tahun 2017-Menanam cerucuk dan membuat lantai konkrit yang
menganjur ke laut bagi meluaskan tapak restoran dengan ruang terbuka.
Tahun 2018- Memasang tiang dan bumbung restoran terapung.
Tahun 2019- Memasang jubin dan hiasan kayu bagi mewujudkan
suasana tradisional.
Tahun 2020- Membina pelantar terapung dan Membeli bot bot
fiber enjin 80hp panjang 30 kaki yang boleh mengisi 20 pelancong. Sekarang anda ada 2 bot besar dan satu bot
kecil
No comments:
Post a Comment