Vortex banner

Monday, March 26, 2012

Jeti Awam Kuala Sepetang


Jeti awam dan tandas gantung ikon pelancongan
Pandang belakang Gerai Norehan
 Jeti Awam Kuala Sepetang tempat saya membawa pelancong berkeadaan daif sekali tetapi mempunyai potensi yang sangat strategik dari segi pelancongan.
Biasanya para pengunjung meletak kenderaan di depan balai polis dan berjalan di satu laluan yang saya namakan sebagai (Kuala Sepetang Heritage Trail) meliputi pekan K Sepetang, Tanda stesyen Port Weld, perkampungan nelayan dan restoran makanan laut. 
Gerai makan Pn. Norehan merupakan satu lokasi yang perlu dibangunkan sebagai restoran terbuka mengadap laut, boleh juga dijadikan pusat penerangan pelancongan. Sehingga sekarang tiada lagi pengusaha Melayu mempunyai restoran makanan laut yang menghadap ke laut.

Saya berkesempatan berbual dengannya untuk membuat pemasaran sebagai "Restoran Makanan Laut 1 Malaysia" pada cuti sekolah bulan Jun 2012 tetapi memintanya memperkemaskan gerainya terlebih dahulu. Saya bercadang untuk menawarkan menu restorannya kepada tetamu saya terutama rombongan bas sekolah.




No comments:

Post a Comment