Vortex banner

Wednesday, May 9, 2012

Aktiviti Menyauk Kerang Kuala Sepetang

Industri peternakan kerang merupakan industri yang menjana pendapatan lumayan nelayan Kuala Sepetang.
Kawasan muka laut berhampiran Kuala Sanggar menjadi pusat peternakan kerang. Dari jauh kelihatan kayu pancang ditanda di kawasan peternakan kerang. Kawasan ini merupakan kawasan yang mempunyai hak milik dan peternak membayar hasil cukai tanah di kawasan laut ini.
Kerang hidup di permukaan lumpur. Dengan menggunakan sangkar kecil dan sebatang kayu panjang. Bot nelayan berputar di kawasan kerang untuk menuai hasilnya.

Che Kamarul seorang pengacara rancangan On Air ASTRO berkesempatan membuat tugasan menyauk kerang bagi episod Astro.

Che Kamarul host rancangan On Air membuat tugasan pelancongan menyauk kerang di Kuala Sepetang. Jangan lepaskan peluang menyaksikan Che Kamarul dan saya beraksi dalam rancangan tersebut. Bila akan on air janganlah tanya saya. Apa yang penting rancangan sebegini akan memberikan promosi untuk sektor pelancongan di Kuala Sepetang


 

Kerang dimasukkan ke dalam mesin pencuci yang berpusing dan mengeluarkan kulit dan kerang saiz kecil (dalam bakul kuning) Kerang kecil ini akan dilepaskan semula untuk mencapai saiz yang dikehendaki.





Tauke kerang sedang meneliti hasil akhir pencucian kerang

No comments:

Post a Comment