Friday, November 25, 2011

Homestay Pak Long Din Sempeneh Batu Kurau RM20



Homestay dari seberang sungai

Pak Long Din & Pn Miah Yakin
En. Samsudin bin Mat dan Puan Miah bt Yakin (sudah arwah) tinggal berdua di sebuah rumah kecil berhampiran kawasan perkelahan terkenal di Sempeneh Batu Kurau. Kunjungan ku ke rumah mereka disambut dengan begitu ramah sekali. Mempunyai 3 orang anak yang semuanya sudah mempunyai keluarga sendiri.

Pesara Kementerian Kesihatan ini bahagia bersama isteri tersayang. Kunjungan anda yang ingin bertandang ke rumah mereka pasti menambah seri rumah kecil ini. Mempunyai dusun buah-buahan dan getah di belakang rumah. Anda boleh mencuba belajar menoreh getah sementara isteri anda memetak ulam-ulaman yang ada di sekeliling rumah.
Kawasan parking yang luas memudahkan para pengunjung.
Sesiapa yang ingin bertandang ke h ini amat di alu-alukan. Isilah bekas sejuk anda dengan bahan mentah dan masaklah di rumah mereka.
Terdapat sebuah kem rimba rekreasi sempeneh di seberang sungai dari Homestay Pak Long. Budak-budak kampung dengan beraninya terjun dari jambatan besi yang merentasi sungai.
Anak-anak pula seronok bermain di sungai tetapi awas dan sentiasa berwaspada dengan arus deras dan batu yang licin. Kanak-kanak perlu sentiasa diawasi oleh penjaganya.

Dalam perjalanan ke h Pak Long anda akan disajikan dengan keindahan sawah padi dan dusun buah-buahan yang sudah termasyhur dengan durian Batu Kurau.

Pengunjung berilah kepadanya berapa yang dirasakan patut bagi melayan kerenah anda semua. Saya cadangkan xx bagi aktiviti sehari. Kalau bermalam kena tambah lagilah.


Kem Rimba Rekreasi Sempeneh Batu Kurau, Taiping, Perak
Air Terjun Sempeneh sudah terkenal dikalangan penduduk daerah ini. Hasil kunjungan saya baru-baru ini mendapati satu kem rekreasi sudah wujud di sini. Terdapat banyak kemudahan seperti dewan, surau, chalet dan halangan seperti jungle tracking serta flying fox.




1 comment: