Saturday, November 26, 2011

Pasar Barang Lusuh Kamunting

Tarikh: Setiap pagi Sabtu & Ahad
Masa: 8.00-12.00 tengahari
Lokasi: Tapak Pasar Malam Kamunting berhampiran Stesen Bas Kamunting.





Aku dapati pasar barang lusuh di Kamunting sedang berkembang dengan baik.
Pastinya pulangan ekonomi yang memberangsangkan menyebabkan pasar ini terus membesar dengan lebih penjual mempamerkan barangan masing-masing. Alunan lagu-lagu lama berkumandang dari corong alat audio yang dijual.

 Peminat barangan antik dan tembaga pastinya tidak melepaskan peluang membelek dan bertanyakan harga barang yang diminati. Tawar-menawar adalah sesuatu yang mesti dalam berurusan. Bagi aku sekiranya barang yang dibeli itu tidak mahal, bayar sajalah. Berapa sangat untungnya. Jika yang berharga beratus-ratus tu memang patut tawar-menawar.
 Barangan yang dijual pula tidak ada stok. Jika meminati sesuatu barang janganlah tunggu lama. Jika sudah terjual kepada orang lain maka telan air liur sajalah, maklumlah barangan antik.
Antara barangan yang dijual pinggan-mangkuk lama, radio lama, pakaian lama, cincin batu, barangan elektrik lama, barangan komputer lama, peralatan kebun lama, peralatan kereta lama, atau apa saja yang antik dan lama seperti buku lama dan duiy syiling dan kertas lama.







No comments:

Post a Comment