Tarikh: 24 Julai 2011 Kawasan Parlimen Bukit Gantang meriah dengan dua peristiwa serentak iaitu Pesta Makan Durian di Dataran Bukit Gantang dan Pesta Kelip-Kelip di Kampung Dew.
Hasil kerjasama erat bersama MNS, MPT dan agensi kerajaan lain majlis yang julung kalinya telah berjaya dilangsungkan dengan begitu meriah sekali.
b
Penduduk kampung memulakan langkah pertama dengan melakukan gotong-royong membersihkan kawasan Pesta pada 17 Julai 2011. Kesungguhan penduduk kampung menjalankan gotong-royong amat membanggakan, nasihat Yb Dato Hamidah Osman semasa lawatan beliau pada 28 April 2011 diterima dan diterjemahkan pada hari tersebut.
Syarikat pengeluar air mineral Spritzer pula menyumbangkan 8 papan tanda besar bagi memudahkan pengunjung sampai ke tempat ini. Tiga pada tahun 2010 manakala 5 lagi sejurus sebelum pesta berlangsung.
Acara pertama dimulakan dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak 6 hingga 11 tahun. Semuanya bersungguh-sungguh memberikan sentuhan terbaik masing-masing. Hubungan yang baik apabila sanggup berkonsi warna yang dibawa dengan rakan-rakan yang lain. Seramai 30 kanak-kanak mengambil bahagian dan sebanyak 15 hadiah telah diagih-agihkan kepada pemenang.
Ketibaan tetamu kehormat penyelaras DUN Kuala Sepetang Dato See Tian Seng disambut dengan paluan kompang. Beliau telah diiringi oleh Pengerusi Kecap En. Mohd Noor b Salleh, Pengarah Zoo Taiping & Night Safari serta Presiden MNS Prof. Dr. Makateb Mohamad. Ucapan dari Pengerusi Kecap, Prof Dr maketab dan Dato See Tian Seng
berkisar kepada ekopelancongan yang bakal menjana pendapatan tambahan
kepada penduduk kampung, pemuliharaan alam sekitar dan kemajuan yang
bakal dilaksanakan di Kampung Dew.
Selepas upacara pelancaran pesta dan pelancaran logo Kecap, semua tetamu dibawa melawat pameran yang disediakan oleh Kecap, MNS, Zoo Taiping dan Sahabat Hutan Bakau. Acara berakhir dengan jamuan makan dan melihat kelip-kelip di sebelah malamnya.
Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan semasa pengurusan. Tahun depan kita akan berjumpa lagi dengan acara pesta yang lebih meriah lagi.
No comments:
Post a Comment