Kepelbagaian Biologi Kepelbagaian Pelancongan
Di hulu Kg Dew, sungai ini mengalir ke tanah lembab air tawar. Pohon nipah yang tumbuh subur di kawasan ini menyumbang kepada sektor ekonomi penduduk kampung dengan mengusahakan perusahaan atap dan minuman air nira nipah yang sangat diminati kerana kemanisan dan rasanya yang unik. Pelbagai ikan air tawar juga terdapat di sini seperti patin, keli, jelawat, terubol, lampam dan duri.
Satu kilometer hingga 10 km dari Kg Dew pula Sungai Sepetang mula dipengaruhi oleh pasang surut air laut. Keadaan air yang mula payau kerana bercampur dengan air masin pula mula menukar ekosistem sungai ini. Keadaan ini amat sesuai untuk kehidupan udang galah dan kelip-kelip. Penduduk kampong kebanyakannya bekerja sebagai pekerja kilang arang dan bersawah padi mencari rezeki tambahan sebagai nelayan sungai dengan menjalankan aktiviti menjala udang galah dan menyewa sampan kepada pemancing. Selain udang galah, sembilang, siakap dan siakap merah menjadi idaman pemancing untuk mendapatkannya. Pokok nipah mula berkurangan dan selangi oleh sejenis pokok bakau iaitu pokok berembang. Kawasan ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk kehidupan dan pembiakan kelip-kelip.
Kelip-kelip di sini terdiri dari 3 spesis iaitu . Dua yang hanya bersaiz sebutir beras berwarna keperangan tetapi dibezakan dari tempat berkumpul untuk mengawan. Spesis Pteroptyx tener berkumpul di pohon berembang dan hampir dengan air manakala satu spesis lagi pula berkumpul di pokok bakau yang lebih tinggi. Spesis Pteroptyx tener mendominasi 90 % populasi kelip-kelip di sini. Satu spesis lagi hinggap di puncak pokok berkelip terang dengan kadar 1 kelipan sesaat dan bersaiz biji kacang panjang.
No comments:
Post a Comment