Monday, January 19, 2009

Kelipan kelip-kelip

Maksud Kelipan

Kelip-kelip biasanya dijumpai pada waktu senja iaitu pada lalang ataupun daun pokok. Pengelipan berlaku selepas sejam matahari terbenam. Kadar kelipan adalah 3 kali sesaat. Pada permulaannya, kelip-kelip akan mengambil masa 15-20 minit untuk 'memanaskan badan' (warm up) sebelum mengelip. 2 hingga 3 jam pertama pengelipan adalah terang dan berterusan. Selepas itu, kadar pengelipan akan menjadi rendah. Pengelipan ini akan berhenti setelah matahari terbit.

Kelip-kelip baru atau pada pokok bersebelahan akan meniru antara satu sama lain untuk mendapatkan kadar pengelipan cahaya yang sama. Akhirnya, rentak dan kadar pengelipan pokok-pokok berdekatan akan menjadi sama dan menarik.

Pengelipan adalah bertujuan untuk menarik pasangan untuk mengawan. Selalunya kelip-kelip betina hinggap pada hujung daun pokok dan mengelip dengan merendahkan abdomen dekat dengan daun.

Tahukah anda ?
Jika 6000 ekor kelip-kelip dimasukkan dalam satu botol kaca, kecerahan cahaya yang dihasilkan seakan sebatang lilin.

Kelip-kelip dapat menukar 100% tenaganya kepada cahaya. Manakala mentol hanya menukar 10% daripada tenaga elektrik kepada cahaya! 90% tenaga dibazirkan sebagai haba.
Kelip-kelip Kg Sg Dew yang bersempadanan dengan Daerah Kerian, Kamunting, Taiping, Perak.

Cahaya indah Kelip-Kelip

Cahaya Indah

Tarikan utama kelip-kelip adalah cahaya yang dihasilkan olehnya. Warna cahaya yang dihasilkan adalah mengikut spesis. Sebenarnya cahaya dihasilkan oleh tindakbalas yang berlaku di organ khas yang terletak di bahagian bawah abdomen.

Yang istimewa tentang cahaya ini adalah, ia tidak menghasilkan tenaga haba. Maka, tiada kehilangan haba yang berlaku.

Organ penghasilan cahaya bagi kelip-kelip yang terletak di bawah abdomen terbahagi kepada 3 lapisan, iaitu :-

Lapisan dalam
Lapisan ini mengandungi sel-sel mikroskopik krystal yang mengandungi asid urik (uric acid) yang bertindak sebagai pemangkin (reflectors).

Lapisan tengah
Lapisan ini kaya dengan saraf, mitokondrion dan trakeol yang berfungsi sebagai sel penghasilan cahaya.

Lapisan luar
Lapisan ini merupakan kulit lutcahaya yang bertindak sebagai kanta.
Berlainan dengan cahaya yang kita biasa nampak, cahaya yang dihasilkan oleh kelip-kelip tidak mengandungi infamerah ataupun ultraungu. Panjang gelombang, frekuensi kelipan, saiz dan paten cahaya yang dihasilkan pula bergantung kepada spesisnya.

Proses dan tidak balas penghasilan cahaya oleh kelip-kelip adalah seperti berikut :

Enzim Luciferase + Gas Oksigen + ATP + Luciferin ---> Cahaya



Tahukah anda ?
Cahaya dihasilkan oleh kelip-kelip kurang berkesan pada negatif filem biasa. Oleh itu, keindahan dan keajaiban ini hanya dapat dilihat oleh mata anda sendiri.

Lawatan Ke Habitat Kelip-Kelip

Lawatan

Kawasan sepanjang Sungai Sepetang di Kg. Dew telah menjadi sebuah tempat tujuan para peminat kelip-kelip. Sepanjang sungai merupakan tempat perlancongan kelip-kelip yang terletak berdekataan dengan jalan persekutuan dan lebuh raya.

Saya telah menyediakan sedikit maklumat mengenai tempat perlancongan kelip-kelip di sini.

Etika Lawatan

Lawatan sebaik-baiknya dibuat selepas 1-4 jam selepas matahari terbenam. Ini kerana pada jangka waktu tersebut merupakan masa paling aktif untuk kelip-kelip dan anda akan dapat melihat kelipan yang menakjubkan. Anda boleh berkunjung ke tempat lawatan selepas 7.30 petang.

Jangan memilih hari hujan atau hari bulan purnama penuh kerana kelipan kelp-kelip kurang jelas dilihat.

Pakai kasut kalis air kerana ia lebih sesuai untuk keadaan yang lembap dan licin di sekitar tebing Sungai Sepetang..

Pakaian lengan panjang disyorkan untuk mengelakkan gigitan nyamuk.

Jangan menggunakan camera 'flash' atau merokok atau melakukan sebarang tindakan yang boleh mengancam hidupan kelip-kelip.

Jaga kebersihan sungai kita.

Kelip-kelip Kg. Dew Taiping



Kitar Hidup
Kelip-kelip sering hinggap pada pokok'Barembang' yang banyak terdapat di tebing Sungai Kg. Dew. Ia adalah sejenis pokok bakau. Nama saintifik Barembang ialah Sonneratia caseolaris.
Kitar hidup kelip-kelip ialah 6 bulan bermula dari
telur 2 minggu kepada
larva 4 1/2 bulan dan dari larva bertukar menjadi
pupa 2 minggu dan akhirnya menjadi
kelip-kelip dewasa 2 minggu.
Larva kelip-kelip boleh hidup tanah atau air. Larva mempunyai mandibles beracun yang menjadi organ pertahanan dan alat membantu mencari makanan (mangsa). Makanan larva adalah nematod, copepod dan larva midge. Ia akan megeluarkan bendalir beracun yang akan membunuh mangsa dan menjadikannya separa cecair.
Jatina kelip-kelip mudah dibezakan melalui organ pengcahaya yang terletak di bahagian abdomen. Kelip-kelip dewasa boleh hidup tanpa makan sehingga lebih kurang 15 hari. Makanan utama kelip-kelip adalah daun tumbuh-tumbuhan.
Tahukah anda ?
Buah Barembang boleh dimakan tetapi berasa masam.

Kelip-kelip akan pupus dalam jangka masa 10 tahun lagi jika tiada tindakan pemuliharaan yang cekap.

Saturday, January 10, 2009

Udang Galah Kg Dew, Taiping



Musim udang galah sudah kembali. Sungai Kg Dew, Kamunting, Taiping, Perak yang menjadi sempadan untuk daerah larut matang dan selama dan kerian ini sudah cukup terkenal dengan bot kayu arangnya kini semakin sibuk pula dengan sampan-sampan pemancing. Kebanyakan pemancing yang ditemui membawa pulang sejumlah besar udang galah yang galak memakan umpan terutamanya perumpun nipah,cacing ataupun udang pasar sahaja. Saiznya pula pelbagai ada yang ranggah (sepit biru) dan ada pula saiz yang cukup enak untuk dimakan. Pemancing pula biasanya turun memancing pada waktu petang hari yang panas. Sebagai persediaan, pemancing diingatkan membawa 3 atau 4 set pancing ringan, batu ladung saiz 3 dan sejumlah mata kail yang siap diikat.
Budakpun boleh dapat udang galah

Sekali bawa pergi memancing udang galah, terus tersenyum riang.


Bulan November hingga Disember 2009 ini saiz udang akan meningkat besar. Pemancing yang ingin menempah sampan boleh menghubungi
Terkini Feb 2014  Musim udang galah telah kembali. Sampan saya telah hilang jadi sesiapa yang ingin menyewa sampan di Kampung Dew, Kg Dew bolehlah berhubung dengan
Nordin 0194443505 atau 0175738217
Chen 0125971181
Rosli 0194483171