Vortex banner

Monday, January 19, 2009

Kelipan kelip-kelip

Maksud Kelipan

Kelip-kelip biasanya dijumpai pada waktu senja iaitu pada lalang ataupun daun pokok. Pengelipan berlaku selepas sejam matahari terbenam. Kadar kelipan adalah 3 kali sesaat. Pada permulaannya, kelip-kelip akan mengambil masa 15-20 minit untuk 'memanaskan badan' (warm up) sebelum mengelip. 2 hingga 3 jam pertama pengelipan adalah terang dan berterusan. Selepas itu, kadar pengelipan akan menjadi rendah. Pengelipan ini akan berhenti setelah matahari terbit.

Kelip-kelip baru atau pada pokok bersebelahan akan meniru antara satu sama lain untuk mendapatkan kadar pengelipan cahaya yang sama. Akhirnya, rentak dan kadar pengelipan pokok-pokok berdekatan akan menjadi sama dan menarik.

Pengelipan adalah bertujuan untuk menarik pasangan untuk mengawan. Selalunya kelip-kelip betina hinggap pada hujung daun pokok dan mengelip dengan merendahkan abdomen dekat dengan daun.

Tahukah anda ?
Jika 6000 ekor kelip-kelip dimasukkan dalam satu botol kaca, kecerahan cahaya yang dihasilkan seakan sebatang lilin.

Kelip-kelip dapat menukar 100% tenaganya kepada cahaya. Manakala mentol hanya menukar 10% daripada tenaga elektrik kepada cahaya! 90% tenaga dibazirkan sebagai haba.
Kelip-kelip Kg Sg Dew yang bersempadanan dengan Daerah Kerian, Kamunting, Taiping, Perak.

2 comments:

  1. salam...saya tertarik dengan aktiviti melihat kelip2...tapi saya belum berkesempatan ke sana..:)

    memang dah ramai ke yang tahu kelip2 kat kg tu?

    ReplyDelete
  2. saya sedang berusaha untuk memajukan pelancongan kawasan ini. Banyak aktiviti boleh dilakukan. nak tinggal di homestay pun boleh. datanglah ke sini.

    ReplyDelete