Sunday, July 26, 2015

Program Kesedaran Alam Hutan Paya Laut Matang


Pakej dan Program lawatan, penerangan dan aktiviti kepada rombongan sekolah, universiti dan swasta. Lepasan UPSR, PMR, SPM, Biology Trip.

Pakej A: Program Kesedaran Alam Hutan Paya Laut Matang. 1 jam
1. Taklimat dan praktikal pokok bakau
2. Taklimat dan praktikal hutan paya laut
3. Taklimat dan praktikal pengurusan Hutan Paya Laut Matang Jabatan Perhutanan Negeri Perak.
4. Mangrove forest walk 1.5km
5. Pemerhatian Haiwan dan Burung di Hutan Bakau
6. Melawat Tapak Semaian


Pakej B: Program Kesedaran Alam Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang. 3 jam                                                 
1. Pengenalan Hutan Pusat Eko Pelajaran.  
2. Taklimat dan praktikal hutan paya laut.  
3. Taklimat dan praktikal pokok bakau. Dari spesis Avicennia, Soneratia, Rhizophora dan Brugeria di lokasi pokok berkenaan.
4. Taklimat dan praktikal pengurusan Hutan Paya Laut Matang.
5. Mangrove forest walk 1.5km. Peserta boleh mengumpul spesimen yang terjatuh dari pokok. Bunga, buah bakau dan lain-lain.  
6. Pemerhatian Haiwan dan Burung di Hutan Bakau  
7. Aktiviti mencari benih bakau di kawasan Hutan Pendidikan. Kasut Wellington akan disediakan.  
8. Aktiviti menyemai benih bakau di tapak semaian  
9. Aktiviti Melawat kilang arang kayu. Peserta mempelajari bagaimana proses pembikinan arang kayu yang mengambil masa sebulan untuk siap. 10. Sijil Penyertaan dan sessi fotografi.

Pakej C: Program Kesedaran Alam (telah ditamatkan 2019)
Pakej ini merupakan penambahbaikan kepada pakej sedia ada.
Aktiviti akan ditambah dan peserta akan diberikan satu passport. Kali ini peserta boleh mengambil laluan masing masing dan pergi ke stesen yang dipilih. Di setiap stesen akan ada stesen cop dan peserta mendapat cop.
(PAKEJ PALING AWESOME) 1. Taklimat dan praktikal pokok bakau
2. Taklimat dan praktikal hutan paya laut
3. Taklimat dan praktikal pengurusan Hutan Paya Laut Matang 
4. Mangrove forest walk 1.5km

Pemberian Passport Mangrove di stesen 4 dan selepas taklimat peserta pergi mendapatkan cop
5. Pemerhatian Haiwan dan Burung di Hutan Bakau
6. Melawat Tapak Semaian
7. Aktiviti mencari dan menyemai benih bakau
8. Aktiviti Melawat kilang arang kayu
9. Sijil Penyertaan


Di Taiping Perak.
Setiap peserta dikehendaki membawa buku nota. Buku skrap lagi bagus kerana boleh kumpul sampel dan lekatkan. 
Tajuk Nota & Muka surat
1. Pusat Eko Pelajaran.
2. Hutan Paya Laut
3. Pokok bakau
4. Bakau Minyak @ Rhizophora
5. Bakau Tumu @ Bruguiera
6. Bakau Gedabu @ Sonneratia
7. Bakau Api-api @ Avicennia
8. Hutan Paya Laut Matang
9. Pengurusan Hutan Paya Laut Matang.
10. Penanaman bakau
11. Jarangan 1.
12. Jarangan 2.
13. Tebangan
14. Dari hutan ke kilang arang
15. Cara buat tanur arang
16. Masuk kayu
17. Api besar
18. Api kecil
19. Tutup api
20. Keluar arang
21. Kedai cenderahati arang

Stesen 1 Bas A muka surat 1-7. Nama guide:
Stesen 2 Bas B muka surat 8-14. Nama guide:
Stesen 3 Bas C muka surat 15-21. Nama guide:

Sila bawa baju persalinan dan peralatan membersihkan diri.

Program ini juga sesuai untuk syarikat dan badan koporat menjalankan CSR Khidmat masyarakat. Syarikat kami telah berjaya menjalankan program dengan Kerajaan Myanmar, J-Corp, Selangor Dredging, Tradewind Corporation, DBKL, PKNS, KLCC

Syarat-syarat dan caj kemudahan di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang.
1. Dilarang membuang sampah merata-rata. Sampah yang dibawa masuk perlu dibawa keluar. Tong sampah terletak di hadapan Muzium Matang.
2. Hendaklah menjaga kebersihan dan guna dengan cermat segala kemudahan yang disediakan.
3. Ganti rugi akan dituntuk terhadap apa-apa kerosakan yang berlaku pada kemudahan yang disediakan.
4. Penggunaan bahan api hendaklah dikawal bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
5. Tidak dibenarkan menebang dan memusnahkan pokok atau merosakan anak-anak pokok.
6. Keselamatan diri para peserta, harta benda adalah menjadi tanggungjawab tuan sendiri dan bukan dibawah tanggungjawab jabatan.
7. Jimatkan "Penggunaan" air dan elektrik.
8. Pastikan suis lampu/peralatan elektrik dan paip air ditutup sebelum meninggalkan chalet/ kemudahan lain yang telah digunakan.
9. Waktu masuk "check-in 2:00 petang dan waktu keluar "check-out" 12:00 tengahari.

Terima kasih Pelajar dan Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh




Penerangan untuk aktiviti menyemai benih bakau

Aktiviti menyemai benih bakau
Treking 1.5km
Anak bakau yang dah besar

Contoh Sijil Penyertaan
Aktiviti di Kilang Arang Kayu.

Urusan pengangkutan seperti bas rombongan ETS dan KTM boleh diuruskan.
Penginapan seperti di asrama, chalet, homestay ataupun hotel.
Makanan dan minuman juga boleh ditempah melalui kami.

Tuesday, June 30, 2015

Fabulous Fireflies

“Fabulous Fireflies!”
4 of 5 stars Reviewed 6 May 2015
We arranged our booking over the phone as I had found a number for Khairul on the kualasepetang.com website whilst doing some research. As far as I could find, this was the only way to pre-book so hesitantly went ahead. No pre-payment necessary, but it was a bit more costly as there were only 2 of us to split the cost between. However, it was totally worth it-to see these amazing creatures in the wild and to be shown by someone local, who truly has a passion for these wonderful little creatures, and the environment around. Despite my reservations to begin with, the tour was very well organised and we were met at the toll plaza and shown the way to go. It is amazing how close you are to amazing wildlife when only a few minutes before were on a very busy motorway!

As far as the amount of fireflies is concerned (I know a number of reviews i read commented on low numbers in other places) the were trees full - twinkling away, whilst Khairul told us all about them!

A wonderful way to spend an evening - and even better to support local people with a great attitude to the environment :)
Visited April 2015
Thank you for your vote

Saturday, June 20, 2015

Zoo Taiping Explorace

Zoo Taiping Explorace
Pihak Kuala Sepetang Eco Track menawarkan perkhidmatan pengurusan Zoo Taiping Explorace kepada rombongan lawatan sambil belajar dan ipta/ipts yang berminat.
Dengan menyertai aktiviti ini semua peserta akan mendapat manfaat dan lebih meneliti maklumat yang diberikan melalui papan tanda yang disediakan.
Pengendalian.
Satu taklimat ringkas berkenaan Zoo Taiping Explorace dan keselamatan akan diadakan di Zoo Taiping Central Point,
Peserta akan dibahagikan mengikut kumpulan kecil.
Setiap kumpulan akan diberikan tugasan mengikut zon-zon yang telah ditetapkan.
Setelah kumpulan menyelesaikan aktiviti Zoo Taiping Explorace dalam zon mereka akan diberikan cop pengesahan dan soalan lain.
Aktiviti diteruskan sehingga semua kumpulan menyelesaikan semua tugasan yang diberikan mengikut zon yang ditetapkan.








Saturday, June 13, 2015

Nelayan Udang Kuala Sepetang

Kuala Sepetang terkenal dengan mee udang, tapi tahukah anda bagaimana udang ditangkap. Nelayan udang Kuala Sepetang menggunakan bot kayu berenjin diesel. Sebenarnya enjin lori yang diubahsuai menjadi enjin bot. Seperti nelayan pantai di Melaka yang menangkap udang geragau, nelayan udang di Kuala Sepetang juga menggunakan dua batang buluh besar yang panjang.  Satu jaring dipasang pada kedua-dua batang buluh ini. Semasa menangkap udang bot akan menolak dua batang buluh panjang ini. Bagi memastikan sampah tidak masuk ke dalam jaring, hujung buluh dan jaring tidak menyentuh dasar laut. Biasanya nelayan udang akan keluar lewat petang, menjalankan kerja menangkap udang pada waktu malam dan balik sebelum subuh. Antara udang yang biasa terdapat di sini ialah udang kertas di selang-seli dengan udang rotan dan kalau bernasib baik dapat udang harimau.
Adalah menjadi bonos jika dapat menangkap ketam dan ikan kerana tangkapan ini menjadi milik nelayan itu dan dijual kepada peraih lain.





Wednesday, May 27, 2015

Harga Baru Zoo Taiping dan Night Safari

Berikutan penguatkuasaan GST Harga Baru Zoo Taiping dan Night Safari adalah seperti berikut

Zoo Taiping
Dewasa RM17.00
Kanak-kanak RM8.50

Night Safari
Dewasa RM21.20
Kanak-kanak RM10.60