Friday, May 21, 2010

Hemmi Dai from Japanese to Malay man

Mr Hemmi Dai during Children Presentation at Pak Wahab Homestay 20 May 2010


Thursday, May 13, 2010

Sepetang di Sungai Sepetang



Lawatan Kerja Setiausaha Bahagian Sumber Air, Saliran dan Hidrologi ke Tapak Kajian


Pada 30 Mac 2010, En. Baba bin Hasan, Setiausaha Bahagian Sumber Air, Saliran dan Hidrologi (BSASH) telah mengadakan lawatan ke tapak kajian penerobosan air masin di Kuala Sepetang, Perak. Beliau telah diiringi oleh En. Othman bin Asmaon, Ketua Penolong Setiausaha BSASH dan dua orang pegawai di bahagian tersebut.


Perjalanan selama 4 jam dari Putrajaya telah membawa rombongan BSASH ke Pusat Eco Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang dan tiba di lokasi pada jam 12 tengah hari. Puan Hjh. Zalilah Selamat, Pengarah Pusat Kajian Sungai selaku wakil Ketua Pengarah NAHRIM dan pegawai‐pegawai dari Pejabat Hutan Daerah Larut Matang dan Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Larut Matang telah menyambut ketibaan rombongan tersebut.
Lawatan selama satu hari ini telah dimulakan dengan kata‐kata aluan dan pengenalan kajian yang telah disampaikan oleh Puan Hjh. Zalilah Selamat dan diikuti dengan taklimat penyelidikan penerobosan air masin oleh Cik Nurlailah Abdillah selaku ketua projek kajian tersebut. Ahli‐ahli rombongan telah dibentangkan dengan latar belakang kajian, status semasa dan kepentingan kajian tersebut kepada pemuliharaan ekosistem sungai.


Selesai sesi taklimat, rombongan telah dibawa melawat ke stesen aras air yang telah ditempatkan di Jeti Pejabat Hutan Daerah Larut Matang dan seterusnya dibawa menyusuri
Sungai Sepetang dengan menaiki bot yang telah disediakan oleh Jabatan Perhutanan Kuala Sepetang untuk melihat populasi pokok berembang di sepanjang sungai tersebut.


Penyelidikan penerobosan air masin di Kuala Sepetang ini merupakan projek kajian di bawah Rancangan Malaysia ke‐9 dan dijangka laporan kajian dapat dilengkapkan pada penghujung tahun ini. Kuala Sepetang dipilih sebagai lokasi kajian kerana ia telah dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan habitat kelipkelip iaitu pohon berembang yang tumbuh di tebing Sungai Sepetang. Atas faktor pemeliharaan kelipkelip yang mempunyai nilai estetika dan tarikan tersendiri kepada pelancong, pemeliharaan dan pemuliharaan terhadap ekosistem di sungai tersebut perlu diberi perhatian sewajarnya dan tindakan awal perlu diambil bagi mengelakkan gangguan kepada ekologi pohon berembang. Pertumbuhan kawasan perindustrian, perumahan dan pertanian di kawasan tadahan Sungai Sepetang mungkin memberi impak negatif kepada ekologi di kawasan hutan paya laut tersebut. Justeru, dengan kajian yang dijalankan ini output daripada kajian ini dapat membantu pihak‐pihak berkaitan dalam pengurusan dan pembangunan sungai tersebut.


Sesi lawatan berakhir pada jam 6.00 petang dan semua ahli rombongan telah dihidangkan dengan juadah mee udang yang merupakan tarikan utama di Kuala Sepetang ini sebelum berangkat pulang. Pihak NAHRIM amat berterima kasih kepada SUB BSASH atas kesudian melawat ke tapak kajian ini dan kepada pihak‐pihak yang membantu dalam memastikan program lawatan ini berjalan lancar.

Wednesday, April 21, 2010

Seminar Penyelidikan Penerobosan Air Masin Di Kuala Sepetang

Rasa tak sabar menunggu bas bergerak ke destinasi...
Lawatan teknikal melihat kelip-kelip di Kg. Dew, Kuala Sepetang, Taiping Perak dianjurkan sempena Seminar Penyelidikan Penerobosan Air Masin Di Kuala Sepetang. Seramai 33 orang peserta seminar menyertai lawatan teknikal tersebut dan bas yang disediakan bertolak daripada Taiping Golf Resort ke Jeti JPS Kampung Dew pada pukul 8.30 malam.

"Kg Dew boleh bertolak sekarang...."

Lawatan ini bertujuan memberi peluang kepada para peserta seminar yang berminat untuk melihat dan merasai pengalaman melihat kelip-kelip dengan dengan lebih dekat dan nyata. Melalui pengalaman ini diharap para peserta lebih prihatin dan menghargai keindahan fenomena dan kewujudan hidupan kelip-kelip ini. Lawatan teknikal ini dijayakan dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Larut Matang dan Selama dan Pejabat Hutan Daerah Larut dan Matang. Sejumlah 7 buah bot milik Pejabat Hutan Daerah Larut dan Matang dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak disediakan. Kami menyusuri Sungai Sepetang sepanjang lebih kurang 7 km untuk menikmati pemandangan kelip-kelip yang hinggap di Pohon Berembang di sepanjang tebing sungai tersebut.
Memandangkan tarikh melihat kelip-kelip adalah pada bulan mengambang penuh,
maka fenomena tersebut tidak dapat dirasai sepenuhnya kerana cahaya bulan yang terlalu terang menyamarkan cahaya yang dikeluarkan oleh kelip-kelip tersebut. Walau
bagaimanapun kami dapat melihat kewujudan hidupan kelip-kelip di sepanjang sungai
tersebut. Kami menikmati pemandangan kelip-kelip mengeluarkan cahaya secara serentak
dan beritma seperti pokok krismas yang indah pada waktu malam. Lawatan ini berakhir pada pukul 10.30 malam dan ini akan menjadi satu pengalaman yang berharga pada setiap peserta.

Monday, April 19, 2010

Thank You Spritzer

During handing over a certificate of honor at the Spritzer factory

Wednesday, April 14, 2010

Lawatan Ke Habitat Kelip-kelip Kg Dew

Pada 10 April 2010 Lawatan dari PJ Keluarga Nicholas dan Sarah

En. Razali bertindak sebagai pemandu pelancong
Semua telah bersedia dengan penuh semangat

Tuesday, March 30, 2010

Kelip-kelip Kampung Dew Fireflies, Kuala Sepetang


A.Boat trip for fireflies

   

A. Minimum RM200 @ RM30 per head appx 2 hours. (Fisherman boat)

B. Minimum RM200 @ RM30 per head. Appx  2 hours. (Tourist boat)

B. Boat trip to Mangrove forest plus fireflies

5:00pm Mangrove Tour

7:00pm Dinner (Own expenses)

8:00pm Fireflies Sighting

RM600 or 10 pax  4 hours. Get to know mangrove forest, flora and fauna, fisherman village and visit aquaculture farms, see beautiful sunset and fireflies

Boat trip to Kuala Sanggar Kuala Laut

RM300 max 10 pax 2 hours.

Get to know mangrove forest, flora and fauna Visit fisherman village and visit aquaculture farms and see beautiful sunset. Get a glimpse of dolphins if you are lucky enough.

 C. Boat trip with fishing activities to Mangrove forest plus fireflies

RM900 max 10 pax start at 3.00pm. Charcoal Kiln visit. Get to know mangrove forest, flora and fauna, fisherman village and visit aquaculture farms, see beautiful sunset and fireflies. Fishing, crab netting, cockle harvest, looking for siput belitung plus beverages and sandwich. Get a glimpse of dolphins if you are lucky enough.



Kuala Sepetang Tour

Tel: 012 5145023 Khairul

Email: amirulisa@yahoo.com.my

Post Mortem/Laporan Maklum Balas
Lawatan Pengenalan Eko-Pelancongan Kelip-Kelip Kampung Dew, Kuala Sepetang. Hutan Paya Laut Matang


Tarikh: 26 MAC 2010

Tel 012 5145023 Khairul email: amirulisa@yahoo.com.my
Oleh Agensi-agensi
MPT Pn. Hanim bt Ramly
Pejabat Tanah Azlin binti Kamaruddin
Pejabat Hutan Daerah Tuan Rusli
Pejabat Penerangan Pelancongan Negeri Perak Syed Isa bin Syed Romly
Persatuan Pemandu Pelancong Perak Patrick, Lim Siew Leng, & Parameswara
Zoo Taiping Dr. Kevin Lazarus
Pejabat Penerangan Pelancongan Taiping Annuar Abdullah
Nur Zahra bt Zokronian

Kekuatan
Berpotensi besar sebagai satu tarikan pelancongan baru bagi negeri Perak kerana
-berhampiran dengan LEBUHRAYA dan jalan persekutuan.
-kelip-kelip merupakan haiwan exotik dan digemari pelancong dalam dan luar negara.

Kekurangan
Sungai yang tercemar teruk dengan sampah sarap.
Sampah sarap dibuang oleh penduduk kampung ke sungai.
Kawasan berhampiran jeti yang tidak terurus.

Peluang
1. Mewujudkan sendiri papan-papan tanda dengan bantuan MPT.
2. Kempen mencintai sungai perlu dijalankan secara berkala dan berterusan.
3. Membersihkan sampah sarap dalam sungai dengan perangkap sampah dibantu oleh JAS, MPT dan JPS.
4. Hasil 25% dari kutipan tambang dari pelancong digunakan untuk pengurusan dan penyelenggaraan kawasan jeti.
5. Mendapatkan perlindungan insurans untuk pelancong.
6. Mendapatkan kelulusan beroperasi dari agensi PERHUTANAN, JABATAN LAUT dan PEJABAT DAERAH.
7. Mendapatkan bimbingan lanjut daripada pelbagai pihak berkaitan. Contohnya Bukit Gantang Home Stay.
8. Mewujudkan jaringan kecemasan yang kemas. Bot bantuan, Telefon, walkie talkie, Bomba dan Penyelamat.
9. Brouser produk ditempatkan di Pusat Penerangan Pelancong Taiping.
10. Guest Room untuk pelancong yang ingin bermalam.
11. Memperkemaskan keperluan dalam bot. Cat baru, tempat duduk dan bingkai keselamatan.
12. Menyediakan borang maklum balas kepada semua pelancong.
Dr. Kevin Lazarus menekankan bahawa kerjasama komuniti perlu menggerakkan sendiri produk ini sehingga mendapat pengiktirafan dan kepuasan pelancong. Pihak-pihak lain akan memberikan bantuan lanjut bagai menambah perhiasan kepada “kek yang sudah tersedia”

Disediakan oleh,
KHAIRUL SALLEH BIN AHMAD
Setiausaha, Eko-Pelancongan Kelip-kelip dan  Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang.
Tel: 012 5145023 amirulisa@yahoo.com.my