Thursday, October 10, 2013

Cadangan Chalet Kuala Sepetang

Angan-angan Mat Jenin
Chalet di pinggir Sungai Menangis, Kuala Sepetang.
2013 Menanam pokok bakau bagi menguatkan sktruktur tanah lumpur.
2015 Menambak tanah dan membina 2 chalet setingkat.
2017 Menambah 2 lagi chalet setingkat dan sebuah restoran makanan laut.
2019 Mengangkat bumbung dan menambah 4 chalet di tingkat atas.

Tuesday, October 8, 2013

Discover Taiping Perak 2014: Day Trip

Discover Taiping Perak Rainforest in a day trip
Visit Beautiful Taiping Lake Garden with raintrees branches touching the water.
Discover beautiful birds and waterbirds looking for food.
Visit our historical Maxwell Hill (Bukit Larut) 1038 M by 4X4 jeep with 55 tight corners
Dip to our cold fresh waterfalls.
Enjoy full biodiversity rainforest by our ATV All Terrain Vehicle

Just one step away from Taiping Town.
RM200 per pax

Monday, October 7, 2013

Taiping Tourism: My Wish List

 Malaysia akan melaksanakan Tahun Melawat Malaysia VMY2014 beberapa hari lagi. Pihak Berkuasa Tempatan melalui MPT mengambil langkah positif dengan  memanggil penggiat pelancongan setempat untuk sama-sama berganding bahu menjayakannya.

Pada 8 Oktober 2013 pula pihak MPT, MoTOUR Perak dan Tourism Malaysia Perak menganjurkan pula majlis taklimat dan dialog berkaitan Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia yang menyasarkan untuk menerima kedatangan pelancong seramai 36 juta orang dengan pendapatan sebanyak RM168 bilion menjelang 2020 dan perlesenan. Ini akan menperkukuhkan modal insan penggiat pelancongan dan pengetahuan berkaitan hasrat kerajaan.

Sekiranya pihak Koridor Utara hadir, maka mereka akan dapat lebih  maklumat tentang pembangunan jangka panjang yang boleh dirancang.
Suka diingatkan bahawa Kerajaan Negeri Perak melalui Exco Pelancongan menetapkan 8 ikon pelancongan Taiping iaitu Makanan, Zoo Taiping dan Night Safari, Muzium Perak, Taman Tasik Taiping, Taiping Bandar Warisan, Ekopelancongan Kuala Sepetang, Kelip-kelip Kg Dew dan Homestay Bukit Gantang. 

Manakala Menteri Besar pula menyasarkan enam juta pelancong melawat Perak sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 dengan kerjasama kerajaan pusat supaya limpahan ekonomi sektor itu dapat disalurkan untuk pembangunan negeri dan rakyat.

Manakala Menteri Pelancongan pula berkata "Banyak bangunan dan tempat bersejarah di Taiping seperti stesen kereta api, Bukit Maxwell dan Kuala Sepetang. Saya bimbang sekiranya (bangunan bersejarah) diruntuh dan dibangunkan dengan pembangunan lain, maka akan hilang khazanah pelancongan di Taiping," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Muzium Taiping di sini hari ini sempena program Muzium Bersama Komuniti.

Untuk program jangka pendek (Perancangan)
Pihak Zoo Taiping dan MoTOUR diharap agar  dapat menganjurkan kursus pemandu pelancong alam sekitar bersama perhilitan di Taiping kepada Zoo Renjer dan belia yang berminat.

Dengan kerjasama MPT, MoTOUR, Tourism Perak dan sumber yang ada di Taiping, pelbagai pakej baru berkaitan alam dapat dirancang dengan sasaran pelancong luar negara.
Hutan Hujan Tropika di Hutan Simpan Bukit Larut mempunyai khazanah biodiversiti yang belum diketengahkan lagi. Di sini terdapat air terjun yang sangat cantik dan pelancong tidak perlu menempuh perjalanan beratus km untuk menemuinya. Kuala Sepetang terkenal dengan hutan paya laut, sumber marin dan kegiatan sosio ekonominya seperti aktiviti nelayan dan perusahaan arang kayu.

Saya amat berharap sangat agar jumlah penginapan murah dapat ditambah. Saya ingin melihat Rumah Rehat Bukit Larut boleh beroperasi 2014 kerana permintaan dari pihak sekolah dan IPT sangat menggalakkan dan kadang kala tidak dapat ditampung oleh asrama sedia ada seperti asrama Rakan Muda dan kem di Jelutong dan Batu Kurau. 
Saya amat berharap dormitori yang sedang dalam pembinaan di Pusat Eko Pelajaran Paya Laut, Kuala Sepetang akan dapat beroperasi menjelang 2014. 

Program Jangka Sederhana 2013-2015 (Persediaan)
Saya ingin melihat RKK Desa Pelancongan, Matang dan Kuala Sepetang dan RKK Taiping Bandar Warisan dapat dijayakan dengan sempurna. Dari ayat yang disebut oleh Exco Pelancongan, Menteri Besar dan Menteri Pelancongan dari perenggan di atas tidak ada sebab hasrat ini tidak terlaksana.

Program Jangka  Panjang 2015-2020 (Pelaksanaan)
Saya amat berharap agar segala perancangan jangka pendek dan jangka sederhana akan tercapai dan untuk program jangka panjang ini kita terus memecut bagi mencapai sasaran 36 juta pelancong dengan pulangan RM168 billion.

Matlamat peribadi.
Mendapat tanah di antara Kem Jabatan Hutan Bukit Larut hingga ke Kuil Hindu untuk dimajukan sebagai kem motivasi kapisiti 150 orang dengan janji menjadikan sungai berdekatan sebagai sungai angkat hingga ke MRSM dan tarikan baru kawasan perkelahan penduduk Taiping dan pelancong luar.


Friday, October 4, 2013

SMK Taman Hi-Tech Kulim

MENU
Hari Pertama-Makan Malam (Nasi Ayam dan Air perisa buah)
Sarapan (Nasi Lemak dan air teh O)       
Minum Pagi (Bihun Goreng dan air kotak)                    
Makan Tengahari (Nasi tomato,ayam masak merah,jelatah dan air perisa buah)

Tarikh
Masa
Aktiviti
24/10/13
(Khamis)
7.30 pagi
Bertolak ke Kuala Kangsar
10.00 pagi – 12.00 tgh hari
Muzium Arkeologi Lenggong (Perak Man) – Kuala Kangsar
Rehat dan Solat Zohor
2.00 – 6.00 ptg
Industri Labu Sayong – Kuala Kangsar
Muzium Perak – Taiping
Penginapan 2 Rumah Banglo Taiping RM300X2 dan 
1 homestay RM170
(Rehat, Makan Malam)
25/10/13
(Jumaat)
7.30 pagi
Sarapan
Kuala Sepetang
Lawatan ke Hutan Eko Pendidikan Paya Laut Matang Kuala Sepetang. Tambahan untuk menyemai benih bakau ialah RM2
10.00pg
Minum pagi
Muzium Ngah Ibrahim, Matang
2.00ptg
REHAT, Makan Tengah Hari, Solat Jumaat-Nasi tomato
3.00ptg
Naik Bot untuk melawat perkampungan nelayan, burung, dolphin,memancing,menyauk kerang dll 
5.00 petang
Berkunjung ke Dapur Arang Kayu Eco Challenge 
Mandi dan tukar pakaian baru di R&R Gunung Semanggol
7.00-8.00 mlm.
Bertolak pulang ke SMK Taman Hi-Tech
Sampai di SMK Taman Hi-Tech


SMK SG BESAR SELANGOR

 PAKEJ LENGGONG & KUALA KANGSAR
SMK SG BESAR SELANGOR
25-26 Oktober 2013
Taiping Heritage Trail        
Muzium Ngah Ibrahim Matang
Makan tengah hari di Restoran Mee Banjir Udang
Hutan Eko Pendidikan Paya Laut Matang
Semai benih bakau dalam polibag  
Minum petang 
Mendaki Bukit Larut (Hingga pondok rehat 3) 
Kolam renang Kemahkotaan ( BBQ DINER)   
Night Safari
Penginapan Batu Ampar Resort
Sarapan pagi
Industri Labu Sayong
Muzium Arkeologi Lenggong
Istana Kayangan
Galeri Sultan Azlan Shah
Masjid Ubudiah
Minum Petang 

Selamat Datang

Saya dengan ini confirm menerima tawaran En Khairul untuk pakej yang berikut:
 
Pakej              :  Sepetang Di Kuala Sepetang
Jumlah Peserta     : 4 dewasa dan 2 kanak-kanak
Jumlah bayaran     : 
Tarikh pakej         : Selasa 24 Dec 2013
 
Aturcara yang termasuk dalam pakej :
 
* Makan udang galah di restoran Mee Banjir Udang Mak Teh @ 3pm 24 Dec 2013.
* Lawatan ke kilang arang
* Menyusuri sungai sambil memerhati hidupan liar dan pokok bakau.
* Aktiviti menangkap ketam menggunakan tangkul.
* Aktiviti menangkap kerang
* Melawat perkampungan nelayan.
* Singgah di floating chalet untuk aktiviti memancing,minum petang dan solat.Matahari terbenam.
   Semua diantara kami tak pernah memancing selama ini tapi sangat berminat untuk mencuba.
* Aktiviti melihat kelip-kelip.
 
En Khairul sila confirmkan booking ini melalui e-mail.
 
Terima kasih