Monday, October 7, 2013

Taiping Tourism: My Wish List

 Malaysia akan melaksanakan Tahun Melawat Malaysia VMY2014 beberapa hari lagi. Pihak Berkuasa Tempatan melalui MPT mengambil langkah positif dengan  memanggil penggiat pelancongan setempat untuk sama-sama berganding bahu menjayakannya.

Pada 8 Oktober 2013 pula pihak MPT, MoTOUR Perak dan Tourism Malaysia Perak menganjurkan pula majlis taklimat dan dialog berkaitan Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia yang menyasarkan untuk menerima kedatangan pelancong seramai 36 juta orang dengan pendapatan sebanyak RM168 bilion menjelang 2020 dan perlesenan. Ini akan menperkukuhkan modal insan penggiat pelancongan dan pengetahuan berkaitan hasrat kerajaan.

Sekiranya pihak Koridor Utara hadir, maka mereka akan dapat lebih  maklumat tentang pembangunan jangka panjang yang boleh dirancang.
Suka diingatkan bahawa Kerajaan Negeri Perak melalui Exco Pelancongan menetapkan 8 ikon pelancongan Taiping iaitu Makanan, Zoo Taiping dan Night Safari, Muzium Perak, Taman Tasik Taiping, Taiping Bandar Warisan, Ekopelancongan Kuala Sepetang, Kelip-kelip Kg Dew dan Homestay Bukit Gantang. 

Manakala Menteri Besar pula menyasarkan enam juta pelancong melawat Perak sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 dengan kerjasama kerajaan pusat supaya limpahan ekonomi sektor itu dapat disalurkan untuk pembangunan negeri dan rakyat.

Manakala Menteri Pelancongan pula berkata "Banyak bangunan dan tempat bersejarah di Taiping seperti stesen kereta api, Bukit Maxwell dan Kuala Sepetang. Saya bimbang sekiranya (bangunan bersejarah) diruntuh dan dibangunkan dengan pembangunan lain, maka akan hilang khazanah pelancongan di Taiping," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Muzium Taiping di sini hari ini sempena program Muzium Bersama Komuniti.

Untuk program jangka pendek (Perancangan)
Pihak Zoo Taiping dan MoTOUR diharap agar  dapat menganjurkan kursus pemandu pelancong alam sekitar bersama perhilitan di Taiping kepada Zoo Renjer dan belia yang berminat.

Dengan kerjasama MPT, MoTOUR, Tourism Perak dan sumber yang ada di Taiping, pelbagai pakej baru berkaitan alam dapat dirancang dengan sasaran pelancong luar negara.
Hutan Hujan Tropika di Hutan Simpan Bukit Larut mempunyai khazanah biodiversiti yang belum diketengahkan lagi. Di sini terdapat air terjun yang sangat cantik dan pelancong tidak perlu menempuh perjalanan beratus km untuk menemuinya. Kuala Sepetang terkenal dengan hutan paya laut, sumber marin dan kegiatan sosio ekonominya seperti aktiviti nelayan dan perusahaan arang kayu.

Saya amat berharap sangat agar jumlah penginapan murah dapat ditambah. Saya ingin melihat Rumah Rehat Bukit Larut boleh beroperasi 2014 kerana permintaan dari pihak sekolah dan IPT sangat menggalakkan dan kadang kala tidak dapat ditampung oleh asrama sedia ada seperti asrama Rakan Muda dan kem di Jelutong dan Batu Kurau. 
Saya amat berharap dormitori yang sedang dalam pembinaan di Pusat Eko Pelajaran Paya Laut, Kuala Sepetang akan dapat beroperasi menjelang 2014. 

Program Jangka Sederhana 2013-2015 (Persediaan)
Saya ingin melihat RKK Desa Pelancongan, Matang dan Kuala Sepetang dan RKK Taiping Bandar Warisan dapat dijayakan dengan sempurna. Dari ayat yang disebut oleh Exco Pelancongan, Menteri Besar dan Menteri Pelancongan dari perenggan di atas tidak ada sebab hasrat ini tidak terlaksana.

Program Jangka  Panjang 2015-2020 (Pelaksanaan)
Saya amat berharap agar segala perancangan jangka pendek dan jangka sederhana akan tercapai dan untuk program jangka panjang ini kita terus memecut bagi mencapai sasaran 36 juta pelancong dengan pulangan RM168 billion.

Matlamat peribadi.
Mendapat tanah di antara Kem Jabatan Hutan Bukit Larut hingga ke Kuil Hindu untuk dimajukan sebagai kem motivasi kapisiti 150 orang dengan janji menjadikan sungai berdekatan sebagai sungai angkat hingga ke MRSM dan tarikan baru kawasan perkelahan penduduk Taiping dan pelancong luar.


No comments:

Post a Comment