Friday, June 14, 2013

Projek UKM Untuk Memulihara Kelip-kelip Kuala Sepetang Perak

RABU, 12 JUN 2013 12:38
Dipetik dari UKM News Portal
CetakPDF
Oleh Saiful bahri KamaruddinFoto Izwan Azman
KUALA SEPETANG, PERAK, 9 Jun 2013 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan negeri Perak mencatat satu kejayaan besar dalam usaha melindungi alam sekitar apabila berjaya melaksanakan fasa awal projek penanaman pokok bakau untuk memelihara habitat kelip-kelip atau kunang-kunang di Kampung Dew di sini.
Kerajaan Perak secara rasminya mengumumkan kejayaan projek kelip-kelip itu di sini hari ini sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2013.
UKM dan masyarakat setempat digesa meneruskan projek itu untuk membiakkan kelip-kelip di situ dan Kerajaan Perak berharap habitat kelip-kelip di Kampung Dew akan diwartakan tidak lama lagi sebagai kawasan dilindungi.
Pengumuman itu dibuat oleh Exco Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Perak, Puan Norlee Ashikin Mohd Radzi ketika merasmikan projek itu di jeti Kampung Dew dari mana bot yang membawa pelawat boleh melihat tapak pembiakan kelip-kelip di tepi Sungai Sepetang.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UKM, Prof Dato' Dr Rahmah Mohamed; Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Prof Dr Shahrim Ahmad; Ketua Projek, Prof Madya Dr Norela Sulaiman; pegawai pelancongan negeri dan ketua-ketua kampung.
Masyarakat kampung telah mengambil bahagian dalam projek ini untuk menanam pokok bakau berhampiran Sungai Sepetang. Dianggarkan 90% daripada pokok bakau yang ditanam dalam makmal UKM telah berjaya dipindahkan ke tapak.
Tetamu kemudiannya dibawa melihat tempat pembiakan dengan bot.
Kelip-kelip Kampung Dew hinggap pada satu spesies pokok bakau, Pokok Berembang (sonneratia caseoraris). Sekitar seratus pokok Berembang telah ditanam lebih awal dalam usaha untuk membantu memulihara kunang-kunang itu.
Pemuliharaannya penting kerana ia adalah sebahagian daripada penyumbang besar kepada alam sekitar hutan tanah lembap dan habitat alam semesta yang lain. Larva kelip-kelip adalah pemangsa dan suka makan siput kecil hidup di kawasan tanah lembab di tepi sungai.

Kelip-kelip atau nama saintifiknya
 Pteroptyx Tener adalah keluarga lampyridae serangga kumbang dalam order coleoptera.  Ia adalah kumbang bersayap dan biasanya digelar kelip-kelip kerana kelihatan bercahaya atau (bioluminescence) pada abdomennya untuk menarik pasangan atau mengelirukan mangsa dan pemangsa. 
Kelip-kelip menghasilkan "cahaya sejuk", dengan frekuensi inframerah atau ultraungu. Ia adalah cahaya kimia yang dihasilkan dari bahagian bawah abdomen yang boleh kelihatan kuning, hijau, atau merah pucat.
Kira-kira 2,000 spesies kunang-kunang ditemui di kawasan iklim sederhana dan tropika. Mereka hidup di paya bakau atau tanah lembab dan kawasan hutan berpaya di mana larva atau ulatnya boleh mendapat sumber makanan dengan mudah.
Norlee berkata Kampung Dew adalah salah satu daripada tiga kawasan yang paling penting untuk perlindungan kelip-kelip di dunia. Yang lain adalah di Kuala Selangor dan Great Smoky Mountain National Park di Tennessee, Amerika Syarikat.
Beliau berkata jika kawasan itu digazetkan sebagai kawasan perlindungan, tindakan boleh diambil terhadap sesiapa yang mengancam kelip-kelip.
Prof Rahmah pula mencadangkan penyelidikan susulan dibuat untuk mengenal pasti kenapa kelip-kelip menyala secara bersama dan kadang kala menyala secara berirama.
Fenomena ini mungkin kerana kelip-kelip yang menyala secara bersama memberi isyarat tertentu atau menjalankan pengawanan.
Dr Norela pula berkata kelip-kelip biasanya menyala bersama jika dalam kumpulan besar. Ia mungkin berkaitan sifat pemakanan serangga itu, interaksi sosial dan ketinggian kawasan. Ia boleh hidup selama 30 hari tanpa makan. Kelip-kelip jantan mati selepas pengawanan manakala yang betina mati selepas bertelur.

Beliau menerangkan kelip-kelip sangat penting sebagai penunjuk penghidupan atau bio-indicator yang baik yang dapat memberi penunjuk kualiti alam sekitar apabila iklim berubah seperti pemanasan global. Ia mudah dilihat pada waktu malam.
Dari segi sosio-ekonomi pula, kelip-kelip penting kerana ia boleh menjadi tarikan pelancong ke negara ini. Sebab itu kelip-kelip perlu dilindungi. Apabila kelip-kelip diwartakan sebagai haiwan lindungan, kawasan paya juga dilindungi.
Kg Dew juga terkenal dengan udang GALAHnya. Ia hidup dalam air tenang Sungai Sepetang yang mengalir di kampung itu. Udang sudah lama menjadi sumber pendapatan orang kampung di situ.
Walaubagaimanapun, eko-pelancongan masih belum menjadi sumber pendapatan yang penting. Dr Norela percaya kelip-kelip di hutan bakau di situ akan membawa satu era baru untuk kemajuan ekonomi Kg Dew.
Kampung Dew, yang terletak di sebelah barat Kamunting, Taiping berhampiran dengan plaza tol PLUS Taiping Utara Exit 148 sepanjang jalanraya lama, pada asasnya adalah sebuah perkampungan nelayan yang juga terkenal dengan industri arang kayu.
Dipetik daripada UKM NEWS PORTAL

Thursday, June 13, 2013

Testimonial

Abdul Halim Yahaya Saya dan kawan2 Persatuan Pelancongan Taiping memberi sokongan penuh terhadap segala aktiviti2 eco pelancongan di dalam kawasan LMS, terutama sekali di Kawasan Bukit Larut, Batu kurau, Matang & K Sepetang. Pihak berkuasa dan Kerajaan diminta memberi kerjasama supaya pengusaha2 pelancongan dapat bersama2 meningkatkan aktiviti2 pelancongan LMS sehingga keperingkat antara bangsa.


Tuesday, June 11, 2013

SMKA Pahang, Muadzam Shah

Assalamualaikum Cikgu Roshana Mohd,

Setelah membuat perubahan tarikh, kumpulan cikgu bertembung dengan UiTM dan saya membuat perubahan bagi menyelaraskan aktiviti.

14 Jun 2013   Check in Asrama

15 Jun 2013

7.00 am           Sarapan di Cafe asrama

9.00am            Waterpark

2.00pm            Makan Tengah Hari di Restoran Mee Banjir Udang Mak Teh

3.00pm            Melawat Hutan Paya Laut 

4.00pm            Naik bot Kuala Sepetang (Minum petang atas bot)

8.00pm            Makan malam di Doli

16 Jun 2013

8.00am            Sarapan di Cafe Asrama

9.00am            Jeep Bukit Larut / Minum Pagi atas bukit

10.00am          Turun Bukit Larut

12.00pm          Bertolak pulang ke Pahang.             

Semoga perubahan ini dapat disesuaikan dengan kehendak cikgu.

Khairul Salleh

Sila tulis surat kepadaPejabat Hutan Daerah, Larut dan Matang 34000 Taiping Perak

Mohon kebenaran melawat Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang

Tarikh 15 Jun 2013

Bilangan pelajar dan guru 46 orangMasa 3.00pm

Kami berharap agar kumpulan kami diberikan penerangan oleh pegawai Jabatan Hutan

Saturday, June 8, 2013

Kenyalang

Dear Khairul
Sukacita saya maklumkan bahawa Enggang Kelingking yg Khairul laporkan bersarang di Lake Gardens pada 15 Jan 2013 telah berjaya mengeluarkan 2 ekor anak pada 14 Mac. Terima kasih kerana tidak menghebohkan berita ini pada masa itu......ini telah mengelakkan keadaan orang ramai mengganggu pembiakkan enggang tersebut. 

Saya attach gambar yg menunjukkan bapa OPHB dan satu daripada anaknya. 

Lim Kim Chye

Wednesday, June 5, 2013

Welcome UiTM Perlis

Alhmdulillah slmt smpai arau....dpt tgok kelip2 smbil nek bot dtemani chya bulan JE(siyes gelap),these little creatures are juz so awesome n beatiful..pastu hiking bukit larut,10.2 km der!!!smpai ats bkit jerit "i cant believe dis!!!"...trun nek jeep,lg truk dri roller coaster(huhu smpai bwh ak muntah T_T )..respek doc,sggup die hike skali ngan kitorg(tharu!!!)..What a wonderful experience  Aimy Najibah bez trip everr! from taiping with !Fieldtrip pling mcabar pnah pi but gave me awesome experience!!hiking bukit larut,tngok kelip2 under moonlight,nek bot,night safari at zoo taiping,muzium taiping,taman tasik taiping n kilang kopi antong...wee!!!~~~
7-Jun-13
2.00pm Check in Kuala Sepetang Chalet Jusri
3.00pm
Lawatan Hutan Paya Laut Jusri
3.40pm Aktiviti menyemai benih bakau dalam polibag Jusri/Pak Din
4.00pm Kuala Sepetang River Cruise Jusri/Beh/Lau
5.00pm Kuala Sepetang Heritage Trail Jusri
6.00pm Makan Malam Mee Udang Banjir Mak The dan Air berperisa
BBq
Jusri/Beh/Lau
8.00pm Pertunjukan Slide dan Lawatan Kelip-kelip Khairul/Beh/Lau
8-Jun-13
7.00am Senaman pagi dan sarapan Asri
8.00am Naik jeep ke Bukit Larut 1036M dan sambung mendaki  Pakngah dan Zam
Gunung Hijau 1448M (Minum pagi Bungkus) Asri
Makan Tengah hari di Bukit Larut Asri
3.00pm Turun dengan jeep dari Bukit Larut hingga Pondok rehat 3 dan Pakngah dan Zam
Sarapan pagi

Staff UiTM Perlis
jalan kaki hingga Kaki Bukit Larut.
6.30pm BBQ (Ayam, kentang, jagung dengan sos black pepper dan minuman) Maria dan Ifah
Di Kolam Renang Kemahkotaan (Sewa Kolam RM70 sejam)
8.00pm Night Safari (Mengenali binatang Noctunal) Ifah
9-Jun-13
8.00am Senaman pagi dan sarapan/Check out Asri
9.00am Lawatan ke Kilang Arang Kayu Khairul
10.00am Minum pagi Asri
11.00am Taiping Heritage Trail (Tambahan RM100) khairul
12.00pm Makan Tengah hari. Asri



Sunday, June 2, 2013

Kuala Sepetang

Eko Pelancongan, Muzium Matang, Penginapan, Makanan Laut, Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut. Nelayan, Kilang Arang Kayu.
Semuanya ada di sini untuk satu hari percutian keluarga yang memberi perspektif baru hidup anda.