Wednesday, March 10, 2010

Carta Organisasi Eko-Pelancongan Kelip-kelip Paya Bakau Matang


Penaung
YB Dato Rosli Bin Husin
ADUN Trong

Penasihat
MPT & TDC
Jabatan Hutan Daerah
Jabatan Alam Sekitar
Pengerusi
En. Mat Nor Bin Salleh
Naib Pengerusi 1
Pn. Faridah Bt Kamaruddin

Naib Pengerusi 2
En. Zulkifli Bin Hazali

Setiausaha
En. Khairul Salleh Bin Ahmad

Bendahari
En. Rosli Bin Ishak

AJK
1. En. Wahab Bin Ishak
2. En. Mat Nor Bin Non
3. En. Ismail Bin Ishak
4. En. Mohamad Bin Jaya
5. En. Rosman Bin Hashim

Wednesday, February 24, 2010

Lagi-lagi udang galah Kg Dew, Taiping

Aktiviti pancingan udang galah di Kg Dew Kuala Sepetang pada 20 Februari 2010. Dapat juga pelbagai saiz untuk hidangan sekeluarga. Walaubagaimanapun dikejutkan dengan berita udang galah mabuk di hilir sungai. Keadaan ini akan menyebabkan anak udang akan mati dan aktiviti pancingan tidak dapat dijalankan untuk satu tempoh yang panjang.
Kepada sesiapa yang melakukan perbuatan ini. Ingatlah rezeki yang diperolehi ini sebenarnya hanyalah untuk sekali sahaja dan ianya menggugat ekosistem sungai ini.
Gambar-gambar menarik sebegini mungkin tidak lagi boleh kita tatapi jika keadaan dan tabiat buruk anda berterusan.

Wednesday, January 13, 2010

Lawatan ke Kawasan Arkeologi Pulau Kalumpang, Kuala Sepetang


View Pulau Kalumpang Pre-Historic Archeology Site in a larger map
Selat Sungai Buluh merupakan satu selat yang dapat memendekkan perjalanan dari Kuala Gula dan Kuala Sepetang. Sepanjang 1 jam saya di sini, banyak bot yang melalui selat ini. Justeru, memang tepatlah kata orang-orang tua bahawa tempat ini pernah diduduki oleh lanun yang mengambil kesempatan merompak di kawasan ini.

Jeti pendaratan yang dipenuhi dengan bubu nelayan. Bubu ini digunakan untuk menangkap benih ikan seperti siakap, tetanda, kerapu dan dijual kepada penternak ikan sangkar.
papan kenyataan tentang penemuan artifek dan rangka manusia prasejarah
Sila klik gambar untuk membaca keterangan.

Friday, January 8, 2010

Memancing Sembilang Ekor Merah Kuala Sepetang, Taiping

Sembilan terpanjang sama dengan 3 petak X 8 inci = 24 inci = 2 kaki
Sunday, January 03, 2010, 6:41:52 PM
Paling besar sepanjang 60cm dan seberat 1.2kg
Pergi memancing seorang diri di Sungai Sepetang berhampiran Kg Setia Taiping Perak dengan 3 batang kail dan berumpankan udang yang dibeli di Tesco. Aku memecut bot enjin Yamaha 15 hp full throttle. Ketika sampai di tempat pancingan berhampiran dengan Kg Setia, keadaan air surut dan banyak berbuih. Sembilang ekor merah pertama yang mengena pancing langsung tidak ku duga. Aku ingatkan terkena sampah tetapi bila terkena sembilang sebesar lengan baru semangat jadi berdebar.
Bila air bunga pasang, masa itulah sembilang galak makan sehingga aku tidak ada masa nak memandang pancing kerana sibuk melepaskan ikan-ikan yang dipancing dan memasang umpan baru. Aku hanya mengarau pancing setelah pasti ada sentapan dari ikan.
Boleh dikatakan dengan nisbah 3 duri 1 sembilang aku bekerja keras sepanjang hari sehingga habis umpan. Seekor siakap merah 500 g juga makan pancingan dasar pada hari itu.
Sampai di jeti aku memberikan semua ikan duri dan belukang yang diambil kepada pekerja bangla yang sedang menyiapkan jeti. Pandai juga mereka kerana memujuk aku memberikan mereka ikan sembilang. Maaf sajalah, ikan sembilang hanya untuk penduduk Malaysia sahaja. Kesempatan mendapat ikan yang banyak ini aku gunakan untuk mengagih-agihkan kepada rakan dan jiran. Terkejut mereka bila melihat ikan sembilang yang bagak-bagak.
Seminggu bibir aku bergetah kerana lendir ikan sembilang kari, asam pedas dan goreng.
Pengalaman yang sukar dilupakan kerana memancing adalah satu hobi yang menguji kesabaran, ketekunan dan tenaga diperlukan bagi menarik ikan ataupun sampah yang tersangkut.

Tuesday, October 27, 2009

Monday, October 19, 2009

Sewa bot memancing udang galah


Lokasi Kg Dew Kamunting Taiping Perak
Maximum kapisiti untuk memancing udang ialah 4 orang
Sewa bot memancing udang galah mendayung RM20.00
Sewa bot memancing udang galah dengan enjin 15hp RM80.00 minyak dan pandu sendiri.
Sewa bot memancing udang galah dengan enjin 15hp dan tekong RM120.00 (8 jam)
Sewa bot untuk memancing ikan ditentukan mengikut tempat yang dituju.