Friday, January 8, 2010

Memancing Sembilang Ekor Merah Kuala Sepetang, Taiping

Sembilan terpanjang sama dengan 3 petak X 8 inci = 24 inci = 2 kaki
Sunday, January 03, 2010, 6:41:52 PM
Paling besar sepanjang 60cm dan seberat 1.2kg
Pergi memancing seorang diri di Sungai Sepetang berhampiran Kg Setia Taiping Perak dengan 3 batang kail dan berumpankan udang yang dibeli di Tesco. Aku memecut bot enjin Yamaha 15 hp full throttle. Ketika sampai di tempat pancingan berhampiran dengan Kg Setia, keadaan air surut dan banyak berbuih. Sembilang ekor merah pertama yang mengena pancing langsung tidak ku duga. Aku ingatkan terkena sampah tetapi bila terkena sembilang sebesar lengan baru semangat jadi berdebar.
Bila air bunga pasang, masa itulah sembilang galak makan sehingga aku tidak ada masa nak memandang pancing kerana sibuk melepaskan ikan-ikan yang dipancing dan memasang umpan baru. Aku hanya mengarau pancing setelah pasti ada sentapan dari ikan.
Boleh dikatakan dengan nisbah 3 duri 1 sembilang aku bekerja keras sepanjang hari sehingga habis umpan. Seekor siakap merah 500 g juga makan pancingan dasar pada hari itu.
Sampai di jeti aku memberikan semua ikan duri dan belukang yang diambil kepada pekerja bangla yang sedang menyiapkan jeti. Pandai juga mereka kerana memujuk aku memberikan mereka ikan sembilang. Maaf sajalah, ikan sembilang hanya untuk penduduk Malaysia sahaja. Kesempatan mendapat ikan yang banyak ini aku gunakan untuk mengagih-agihkan kepada rakan dan jiran. Terkejut mereka bila melihat ikan sembilang yang bagak-bagak.
Seminggu bibir aku bergetah kerana lendir ikan sembilang kari, asam pedas dan goreng.
Pengalaman yang sukar dilupakan kerana memancing adalah satu hobi yang menguji kesabaran, ketekunan dan tenaga diperlukan bagi menarik ikan ataupun sampah yang tersangkut.

1 comment: