Wednesday, December 31, 2008

Kuala Gula @ Firefly Sighting


Permandangan air surut di Resort Kuala Gula.

Permandangan Kuala Gula Dari Jetty

Wednesday, December 10, 2008

Pulau Kapas Terengganu


Aku bersama keluarga bergambar di depan chalet sebelum berangkat pulang. Pengalaman berenang di Pulau KAPAS DAN SNORKLING HINGGA TERJUMPA DENGAN CLOWNFISH BERSAMA ANAK-ANAKKU MERUPAKAN PENGALAMAN ANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN.

Tuesday, November 4, 2008

Tenggiri Yan Kedah


Satu trip ke Yan Kedah bersama geng Kamunting.
Tenggiri terjerat dengan kaedah casting.

Tuesday, October 28, 2008

Trolling Siakap Putih


Kaedah menunda siakap menghasilkan saiz 1.3 kg.
Hanya 10 meter di belakang sampan.

Wednesday, April 2, 2008

Pembangunan Pelancongan Dan Ekonomi Persatuan Nelayan Kg Dew

Pembangunan Ekonomi Hutan Paya Bakau Matang
Persatuan Nelayan Kawasan Kg Dew
________________________________________

Objektif
• Untuk membantu membangun, memaju dan menggalak pembangunan pelancongan.
• Untuk menjadikan Kampung Dew pusat pelancongan yang mampu menarik pelancong dalam dan luar negara.
• Mengeksploitasi sumber baru ekonomi dalam usaha mempelbagaikan sumber pendapatan, menyedia peluang pekerjaan dan menaikkan taraf hidup penduduk.
• Memaju projek ternakan ikan dalam sangkar.
Konsep Pembangunan
• Memulihara keindahan alam semulajadi
• Pengindahan alam sekitar
• Pengawalan sistem ekologi
• Pembangunan pelancongan eko & agro
• Pembangunan sosio-ekonomi
Lokasi
• Terletak berhampiran tol Kamunting LEBUHRAYA PLUS dan Jalan Persekutuan
• Kawasan tengah Semenanjung Malaysia
• Dalam kawasan NCER
• Pelaksanaan projek - siap tahun 2012
• Luas kawasan projek 54km persegi
Tarikan Pelancong
• Memancing udang galah, siakap & siakap merah
• Memerhati buaya, burung, kelip-kelip, monyet, memerang, biawak.
• Menangkul ketam, memukat ikan, menyuluh udang galah
• Rekreasi air
• Perkhemahan
• Kursus motivasi



Potensi Pembangunan
• Pelancongan eko dan agro
• Ternakan ikan dalam sangkar
• Ternakan kerang
• Kursus/latihan motivasi

Pelaksanaan Projek
• LKIM - ternakan ikan 60 sangkar
• Persatuan nelayan - pelancongan – chalet terapung (14 unit)
• Persatuan nelayan – Ternakan kerang
• Jabatan Perikanan - ternakan ikan 20 sangkar
• MTPN Perak
o pelancongan
o ternakan ikan dalam sangkar
Pembangunan Projek
• Mula dimaju tahun 2008
• Perbelanjaan
o tahun 2008 - 0.530 juta
o tahun 2012 -
Komponen Projek
• Infrastruktur
o Jeti - 2 buah
o Wakaf - 1 buah
o Tandas awam - 3 unit
o Tempat letak kenderaan
• Penginapan/dewan
o Chalet terapung - 14 unit
o Tapak khemah
o Dewan serbaguna dan dewan makan
• Peralatan
o Bot pelancong (85hp) - 1 buah
o Bot biasa - 4 buah
o 'Camping tent' - 20 unit
o Kayak - 8 unit
o Generator - 5 unit (diesel 1 & 4 petrol)
• Ternakan Ikan
o Sangkar ikan sebanyak 26 unit kapasiti 2,300 ekor seunit.
o Rumah rakit pekerja - 1 unit
o Ikan talapia, siakap, kerapu dan siakap merah (benih 60,000.pusingan)
Aktiviti Pelancongan/Rekreasi/Kursus
• Penginapan chalet
• Perkelahan/perkhemahan
• Bersampan/berkayak
• Memancing
• Menjelajah sungai, paya bakau dan 'trecking'
• Acara seperti sukan air & pertandingan memancing
• Kursus dan latihan motivasi


Pakej
KEMUDAHAN HARGA
Chalet Terapung RM80.00
Aktiviti Nelayan 6 jam RM100.00
Kayak (muat 2 orang) RM20.00
Sewa sampan RM20.00
Sewa sampan atau bot fiber berenjin RM60.00
Sewa batang pancing RM 7.00
Sewa bot & tekong (sehari) RM100.00
River Cruise RM100.00
Tambang Bot (pergi & balik) RM15.00
Impak
• Pendapatan
o Ternakan ikan
o Sewa chalet
o Sewa kemudahan lain
Oleh Khairul Salleh bin Ahmad 0125145023

Thursday, March 6, 2008

Siakap merah Di Sungai Sepetang dari Kampung Dew


Udang galah memang merupakan penghuni tetap di sungai Kg Dew ini. Jadi jangan ketinggalan mencuba nasib anda di sini.

Nizam menggunakan teknik troling umpan udang pasar berjaya mendapat ikan pertama dianggarkan sekilogram.
Aku pula mendapat ikan sekilo ini dengan teknik bottom berumpankan ikan belanak.

Kenangan dari trip memancing siakap merah inilah yang mencetuskan idea membeli sampan sendiri seperti gambar di atas dan lunaslah hasrat untuk memancing siakap, siakap merah dan udang galah sepuas-puasnya.
Lebih mengasyikkan lagi ialah terjumpa koloni kelip-kelip yang indah dan ini terus menukar hobi memancing kepada membawa pelancong. Sekarang saya telah bertemu dengan pelancong dari serata cerok dunia dan menambahkan lagi pengetahuan dalam pengendalian pelancong dan anatomi kelip-kelip itu sendiri.
Latar belakang gambar ini ialah deretan pokok berembang yang menjadi tempat kelip-kelip mempamerkan kelipannya bagi menarik perhatian pasangan.