Vortex banner

Sunday, March 25, 2018

Kepentingan Hutan Paya Laut

Pakej B: Program Kesedaran Alam Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang. 2 jam 
1. Pengenalan Hutan Pusat Eko Pelajaran. 
2. Taklimat dan praktikal hutan paya laut. 
3. Taklimat dan praktikal pokok bakau. Dari spesis Avicennia, Soneratia, Rhizophora dan Brugeria di lokasi pokok berkenaan.
4. Taklimat dan praktikal pengurusan Hutan Paya Laut Matang. 
5. Mangrove forest walk 1.5km. Peserta boleh mengumpul spesimen yang terjatuh dari pokok. Bunga, buah bakau dan lain-lain. 
6. Aktiviti mencari benih bakau di kawasan Hutan Pendidikan. Kasut Wellington akan disediakan. 
7. Aktiviti menyemai benih bakau di tapak semaian 
8. Aktiviti Melawat kilang arang kayu. Peserta mempelajari bagaimana proses pembikinan arang kayu yang mengambil masa sebulan untuk siap. 9. Sijil Penyertaan dan sessi fotografi.









Hutan Paya Laut ialah kawasan hutan yang dipengaruhi oleh pasang surut air laut. Hutan ini ditumbuhi oleh pelbagai jenis pokok bakau, paku pakis, palma dan pohon renek lain.
Eko sistem hutan paya laut menyumbang kepada pelbagai faedah alam seperti penapisan semulajadi, sumber marin, perkayuan, kajian, penyelidikan, pendidikan dan eko pelancongan.
Eko sistem hutan paya laut menyumbang kepada pelbagai faedah alam seperti penapisan semulajadi, sumber marin, perkayuan, kajian, penyelidikan, pendidikan dan eko pelancongan.
Sayangi Hutan Paya Laut.Kawasan paya bakau ini merupakan salah satu ekosistem yang terpenting dalam menjaga habitat yang terdapat di kawasan tersebut. Habitat yang banyak tinggal di kawasan paya bakau adalah seperti ikan , ketam, udang dan banyak lagi spesis yang lain kerana kawasan paya terdapat banyak makanan dan sesuai dijadikan sebagai tempat pembiakan spesis tersebut.
> Hutan paya bakau berfungsi mempengaruhi pergerakan udara atau ribut yang bertiup kencang daripada arah laut yang mampu merosakan harta benda awam dan kadangkala boleh meragut nyawa manusia.
> Peranan penting sebagai kawasan yang dapat mengurangkan kesan gelombang ombak dari arah laut.
> Hutan paya bakau sebagai sempadan antara laut dengan darat yang mampu mengurang kadar hakisan yang disebabkan oleh tindakan ombak. keadaan akar pokok bakau yang bercabang di atas permukaan tanah atau lumpur supaya tidak mudah di hakis ombak ynag datang dari laut.
Banyak lagi kepentingan Hutan pokok bakau untuk kehidupan manusia. Di kuala Sepetang anda dapat melihat keindahan Alam semula jadi dan anda juga dapat berkongsi pengetahuan daripada pihak kami dengan lebih mendalam dan menarik lagi.


1 comment: