Jom Terokai Perak: River Cruise di Kuala Sepetang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….
Maaflah, lama pula bercuti dari update kali ini….macam-macam yang berlaku. Malas nak sembang..buat sakit jiwa kalau dikenang. Marilah kita sambung kisah percutian yang tertunda siarannya tu….
KUALA SEPETANG. Apa yang selalu terbayang oleh sebahagian dari kita berkenaan tempat ini, pastinya menu popular Mee Udang. Namun begitu, tak ramai yang mengetahui bahawa Kuala Sepetang juga mempunyai daya tarikan pelancongannya yang tersendiri.
Bersempena dengan #visitperak2017, jom aku bawakan u alls sekalian mengembara ke Kuala Sepetang.
Aku dah pernah ikut trip ke Kuala Sepetang ini dulu.. Boleh refer entry link ini… Jom Terokai Perak: Pagi yang damai di Kuala Sepetang
Tapi masa tu pergi dengan kawan-kawan. Jadi untuk kali ini, kita kembara bersama keluarga pula. Bagi menambahkan keseronokan itu, aku dan Incik Daus mengambil kepeutusan untuk membuat tempahan tour guide dengan En. Khairul dari http://www.kualasepetang.com/
Kami ambil pakej C, yang menawarkan sesi lawatan seperti berikut:
C. Kuala Sepetang River Cruise, Eagle Sighting and Fish Farm
*New Attraction:Well trained archer fish.
Minimum RM280 Or RM50 per pax
My Card Holder: Minimum RM140 Or RM25 per pax Duration 60 minutes
Call 012-5145023 Khairul
Package A + Package B + Visiting Fish Farm (Activities such as fish feeding, playing with horse shoe crab and puffer fish)
Kami tiba di Pekan Kuala Sepetang sekitar jam 10.00 a.m dan En Khairul dah siap sedia menunggu untuk menyambut ketibaan kami.
Alhamdulillah, cuaca pagi itu sangat baik. Kalau tidak, terpaksalah batalkan. Sambil berjalan ke arah jeti, En. Khairul memberikan serba ringkas penerangan tentang aktiviti pagi di Kuala Sepetang.
Sempat juga singgah tengok ketam nipah yang agak popular juga di kalangan masyarakat di sini.
Selain itu, dipekan kecil Kuala Sepetang ini juga kelihatan deretan jemuran ikan yang dibuat ikan masin.
Di jeti ini terdapat beberapa pengusaha ikan masin di kalangan penduduk di sini.
Selain itu, dipekan kecil Kuala Sepetang ini juga kelihatan deretan jemuran ikan yang dibuat ikan masin.
Di jeti ini terdapat beberapa pengusaha ikan masin di kalangan penduduk di sini.
Ok, ready semuanya dengan life jacket, jomlah kita gerak….tak sabar dah semuanya kan....
Aku tak pastilah orang lain, tapi aku dengan Incik Daus memang sukakan suasana yang dekat dengan alam semulajadi seperti ini. Mendengar deruan air, kicauan burung…merasa pula angin sejuk yang menampar ke pipi… rasa Subhanallah….seronok sangat.
River Cruise ke Kuala Sepetang ini lebih kepada satu aktiviti untuk santai sambil menenangkan fikiran.
Suasana pagi di kiri kanan perkampungan di sini tenang tanpa banyak aktiviti melainkan kelihatan nelayan sedang mengemas bot-bot mereka.
Setiap bot ditandakan dengan tarikh bot dimiliki, mungkin senang untuk mengira usia bot atau mungkin untuk mengingati tarikh bagi maintenance kot… tak sempat pula nak tanya En. Khairul.

Kuala Sepetang ini dahulunya lebih dikenali sebagai Port Weld dan sebahagian besar dari penduduknya merupakan golongan nelayan terutamanya yang berbangsa Cina.
Di sepanjang perjalanan ini juga, kita dapat melihat kehijauan Hutan Paya Laut Matang berkeluasan 101,877 hektar, mempunyai 198 hutan simpanan kekal yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai dan kawasan hutan paya laut.
Keindahan panorama dirian bakau yang mempunyai bentuk akar jangkang yang unik malahan ada juga di antara akar yang berbentuk seakan kon dan menunduk seperti lutut. Dirian pokok yang seragam akan membawa satu ketenangan yang tidak dapat dilupakan.
En. Khairul selaku tour guide kami sangat baik, ramah dan rajin melayan soalan-soalan dari kami khususnya aku ni haaa..yang ex-wartawan sangat kan...hahahha....

Cuba berikan tumpuan pada kakak yang sejenis pantang kena angin ke, aircond ke...mulalah matanya xleh nak bukak...heheheh... Manakala ibunya pula sibuk acah-acah tourist sangat kan....
Manakala ibunya pula sibuk acah-acah tourist sangat kan....
Di sini juga ada Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang yang menempatkan kemudahan penginapan dan dewan untuk di sewa bagi aktiviti pembelajaran serta penyelidikan dan juga team-building. Sewaktu kami melalui kawasan ini, terdapat sekumpulan jurugambar yang datang ke sini semata-mata mahu menangkap momen burung-burung dari spesis yang jarang ditemui di tempat lain. Bagi kami yang xmemiliki lense panjang tahap dewata raya tu, memadailah dengan mengambil gambar-gambar helang yang berterbangan bebas di langit luas.
Tarikan utama lawatan kami kali ini, pastinya…taaaddaaa….

Lawatan ke sangkar ikan ini….
Haruslah teruja..nak jumpa sahabat karib dari zaman sekolah iaitu IKAN BUNTAL…hahahaha…ya, zaman sekolah dulu Cikgu B.I panggil I dengan nama penuh glamer..Ikan Buntal…atau Puffer Fish.
Kunjungan kami ke sini jadi seronok sebab Angah berjaya mengorat uncle tauke tempat ini…hahhahaha…..mak bakal bermenantukan saudagar ikan…hahaha… sat lagi aku tunjuk uncle yang rajin benor melayan kami…dia kata xpa, org gumok pun ada comey…
Jadi bagi tidak membiarkan kami kegemukan berseorangan maka jomlah bagi ikan-ikan ini makan sama…sila..sila..jemputlah makan…makanan ikan di sini diberi percuma oleh uncle tauke yang sangat ramah-tamah. Siap dipaksanya kami ambil sorang satu. Banyak mana pun orang yang datang memberi makan, ternyata ikan-ikan ni punya ‘kantung perut’ yang besar rasanya…laju je makan….
Kini tibalah masanya untuk ‘moment of truth’, meet my BFF, The Puffer Fish…please handle with care…ahaks!
See…sama tak kecomelan kami…hahhaha…So cute us both! #silajanganmuntah
Rasa puas hati sangat dapat melawat BFF I ni….heheheh….tip untuk memegang BFF I ni mudah yang amat, pegang dari arah belakang ikan. Jangan sesekali dihalakan agar wajah bertemu wajah, mata bertentang mata. Kalau dilanggar ‘RULES’ ini, maka buruklah akibatnya nanti…..
Selain dari Ikan Buntal, satu lagi daya tarikan di sangkar ikan ini adalah Archer Fish. Kehebatan ikan ini adalah dia boleh ‘Menyumpit’.
Ikannya halus sangat. Tapi daya ‘tembakan’ sangat laju dan tepat. Encik Khairul tunjukkan demo kepada kami. Group yang terdahulu tak berpeluang saksikan kehebatan panahan ikan ini. Tiba-tiba mood ikan-ikan ini lari ke laut agaknya…rindukan kampung halaman…heheheh…
Alhamdulillah, bila turn kami, ikan-ikan ini memberikan kerjasama yang baik. Dapatlah kami tengok dengan mata kepala sendiri macam mana ikan ini ‘menyumpit’ mangsa.
Ok, sekarang satu lagi detik-detik kebenaran…
Dipersembahkan….uncle yang cuba mengorat si Angah…hahahha…
Yang sebelah tu..ya…yang tak pakai baju tu….
Tak adalah, saja melawak…uncle ni sangat baik, sangat peramah dan sangat mesra….kiranya macam ikhlas sangat menerika kunjungan semua pelawat ke sini.
Then habis sesi lawatan di air, kami kembali ke Pekan Kecil Kuala Sepetang untuk acara jalan-jalan jamu mata.
Di kawasan pekan kecil ini terdapat kedai-kedai yang menjual ikan masin, udang kering…dan segala benda yang seangkatan dengannya. Selain itu, kalau nak borong ikan basah pun ada. Harga ikan masin di sini taklah murah sangat pada aku..lebih kurang beli kat pasar Ipoh je..hehehhe…
So kita wrap off entry ini dengan muka kakak ngan mak ngah yang asyik sibuk makan eskrem kelapa….
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Khairul yang melayan kami dengan baik meskipun kami bukanlah pelancong dari jauh pun...hehhehe... bagi yang ingin merasai pelbagai keunikan Kuala Sepetang bolehlah mengambil pakej dengan En. Khairul. ikutkan masa ini, kami teringin juga nak tengok Dolphin tapi sebab bukan musimnya ditambah dengan cuaca yang kadang hujan tiba-tiba maka tak jadilah.
20180903 xiaoou
ReplyDeletereebok shoes
coach outlet online
red bottoms
canada goose jackets
tory burch outlet online
uggs outlet
coach outlet online
canada goose jackets sale
cheap jerseys wholesale
cheap basketball shoes