Udang Kuala Sepetang.
Penghasilan udang kering merupakan satu kegiatan ekonomi utama di sini. Kebanyakkan nelayan di kawasan ini menggunakan bot pukat sorong untuk menangkap udang di kawasan paya laut manakala bot yang lebih besar menangkap udang di laut. Udang bermutu tinggi seperti udang kertas dan udang rotan dijual segar ke kedai mee udang atau ke pasar manakala udang yang berkulit keras akan dijadikan udang kering.
Udang akan direbus dan diletakkan garam. Selepas itu dikeringkan dipanas mentari atau dengan alat pengering. Terdapat dua cara pengasingan kulit. Secara tradisional udang akan dimasukkan dalam uncang kain dan dipukul ke lantai. Satu cara lagi dengan mesin yang berpusing perlahan.
Seterusnya kawalan kualiti dilakukan secara manual dimana udang kering yang telah diproses akan dipilih untuk memastikan ianya bebas dari kulit dan bahagian kepala udang.
Hanya selepas itu udang kering akan dibungkus dan dijual.
Sila berhubung dengan pemandu pelancong kami sekiranya ingin melihat dengan lebih dekat perusahaan udang kering.
nice post, goodluck for you
ReplyDeleteobat pembesar penis