Kem Motivasi Alam Draco Nature Camp, Kampar, Perak
DRACO NATURE CAMP
PENGENALAN
Draco
Nature Camp terletak di Daerah Chenderiang, Perak. Sekitar 2 kilometer dari
Lata Kinjang, menyusuri jalan lama ke arah Kuala Dipang dari Pekan Tapah.
Jarak dari pekan Tapah sekitar 20 kilometer. Banyak tempat yang menarik di
sekitar Chenderiang, bangunan-bangunan lama di pekan kecil Chenderiang, bekas
tinggalan lombong, lata kinjang yang menarik dan pelbagai lagi.
Draco Nature
Camp telah menjalani pelbagai perubahan sejak tahun 2007. Sebelumnya Draco
Nature Camp dikenali sebagai River Sound Cottage dan hanya dibuka pada hujung
minggu dan hanya membuat pakej aktiviti basic camping survival dan
menerima tidak lebih dari sepuluh peserta. Perubahan nama dari River Sound
Cottage tercetus apabila banyak aktiviti melibatkan pengunjung dan alam
semulajadi hutan menjadi semakin aktif. Nama Draco Nature Camp dipilih kerana
terdapat banyak species cicak terbang berlegar dan bermain di
sini. Pada awal tahun 2013, Draco Nature Camp telah membuka pintu
seluas-luasnya pada pengiat dan peminat alam semulajadi hutan untuk belajar dan
menimba ilmu berkaitan alam semulajadi hutan.
Kini Draco
Nature Camp telah berjaya menarik pelbagai lapisan masyarakat
termasuk dari dalam dan luar negara, keluarga, pelajar-pelajar universiti,
pelajar-pelajar kolej, pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah serta
menjadi tempat mencari ilmu pengetahuan tentang alam semulajadi
hutan dan beriadah.
Suasana
persekitaran Draco Nature Camp amatlah menarik, dikelilingi oleh sungai dimana
sesuai dan selamat bagi semua peringkat untuk mandi manda dan bermain air,
dikelilingi hutan hujan tropika dan pemandangan sekeliling dikelilingi oleh
tanah tinggi gunung dan bukit bukau.
KONSEP PENGINAPAN
Draco
Nature Camp hanya menyediakan penginapan berkonsepkan nature atau penginapan di
dalam khemah. Draco Nature Camp menyediakan khemah-khemah yang boleh disewa
atau harga sewa yang sudah termasuk didalam pakej-pakej di Draco Nature Camp.
Selain
dari konsep perkhemahan, pengunjung juga boleh menginap secara menggantung hammock,
hammock boleh disewa dari Draco Nature Camp.
FASILITI
Terdapat fasiliti-fasiliti asas yang bersih dan kemas di Draco Nature
Camp untuk keselesaan para tetamu yang datang berkunjung, seperti bilik air,
tandas, kawasan pakir kenderaan ringan, tapak khemah, perpustakan mini,
peralatan BBQ dan juga ruang serbaguna.
Kawasan
perkhemahan
|
Kawasan
pakir kenderan
|
Ruang serbaguna
|
AKTIVITI
Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik,
sambil beraktiviti tetamu juga dapat membawa pulang ilmu pengetahuan
tentang alam semulajadi hutan dan yang berkaitan tentang nature. Aktiviti
menarik di Draco Nature Camp seperti Educational Nature Walk, Educational
Night Walk, River Trekking, Berkhemah di kampung orang asli,
melihat bunga rafflesia serta melawat air terjun dan lata.
KEUNIKAN HAIWAN-HAIWAN KECIL DAN SERANGGA
Draco
Nature Camp sememangnya amat bertuah oleh kerana terdapat khazanah yang unik
dan jarang-jarang dilihat di tempat-tempat lain di Malaysia. Di Draco Nature
Camp, serangga-serangga ini agak mudah dijumpai dan dilihat. Antara serangga
yang unik adalah serangga kedua terberat di dunia dan belalang ranting yang
terbesar di dunia. Pemandu pelancong alam smulajadi yang berkemahiran akan
membantu anda mengenal pasti, menerangkan, bercerita dan mencari
serangga-serangga ini dihabitatnya.
PROGRAM TEAM BUILDING
Draco
Nature Camp ingin mengajak anda merasai kelainan menjalani program team building.
Di sini, Draco Nature Camp menerapkan budaya dan nilai-nilai melestarikan alam
sekitar dan mengadaptasikan alam semulajadi hutan kepada peserta-peserta yang
menjalani program team buiding. Kelas-kelas untuk modul dan subject juga
diajar dalam suasana alam semulajadi.
ILMU BERKAITAN ALAM SEMULAJADI HUTAN
Draco
Nature Camp juga dikenali sebagai Nature School oleh kerana
sering dan juga mempunyai pengalaman di dalam memberi pengetahuan dan
pendididkan berkaitan flora dan fauna. Ada tetamu-tetamu dari luar negara yang
datang ke Draco Nature Camp semata-mata ingin mengetahui khazanah flora dan
fauna yang terdapat berhampiran kawasan Draco Nature Camp serta hutan hujan
tropika yang berada disekelilingnya. Draco Nature Camp juga menjadi tempat
pelajar-pelajar universiti serta kolej mempelajari dan melakukan praktikal
intrepretasi dan juga mempelajari teknik-teknik menjadi seorang pemandu
pelancong alam semulajadi.
MENDAKI GUNUNG DAN MENDAKI KE KESAN
SEJARAH
Segalanya
ada berkaitan alam semulajadi hutan di Draco Nature Camp, termasuklah
gunung-gunung. Antara tarikan kepada pendaki-pendaki yang berminat mendaki
gunung melalui Draco Nature Camp, adalah mendaki Gunung Relau dan Gunung Bujang
Melaka yang menyimpan banyak sejarah. Laluan pendakian melalui Draco Nature
Camp agak mencabar oleh kerana laluan di sini jarang-jarang dibuka kepada
pendaki oleh kerana Draco Nature Camp menitik beratkan penjagaan alam
semulajadi hutan. Terdapat juga lokasi kesan sejarah di mana terdapat sebuah
kapalterbang perang kepunyaan Tentera Udara British telah terhempas tidak jauh
dari Draco Nature Camp.
MELIHAT BURUNG/BIRD WATCHING
Salah satu aktiviti
di Draco Nature Camp adalah aktiviti melihat burung atau bird watching.
Terdapat lebih kurang 200 species burung di sekitar Draco Nature Camp.
SANTUARI IKAN TENGAS
Untuk
memperkayakan khazanah alam semulajadi, Draco Nature Camp sedaya upaya menambah
dan cuba membiak ikan tengas liar yang ada di Sungai Cincin bagi tatapan dan
sebagai kelansungan supaya tidak pupus oleh aktiviti penangkapan ikan.
BAGAIMANA KE SINI
Jika menaiki kereta mengunakan
Lebuhraya PLUS dari arah selatan keluar tol Tapah dan dari Utara keluar tol
Gopeng menuju ke Chenderiang/Lata Kinjang/PLKN Kem Sentosa. Draco Nature Camp
berhampiran PLKN Kem Sentosa.
Draco
Nature Camp dimiliki oleh En. Ahmad Hisham bin Panjang Karim, brumur 50 tahun.
Banyak pengalaman berkaitan latihan dan berpengetahuan tentang alam semulajadi
hutan, flora dan fauna. Beliau mengutamakan aspek keselamatan dari apa jua segi
aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Beliau aktif
dalam melakukan kerja-kerja amal, menyertai dan memegang jawatan dalam NGO,
aktif melakukan konservasi menjaga alam sekitar, berjuang dan mendidik generasi
sekarang dalam penjagaan alam sekitar.
Antara kursus-kursus yang telah dihadiri beliau
dan kegiatan beliau:
1.
Training Development di SMTT Australia.
2.
Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Tahap 3.
3.
Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Tahap 2.
4.
Kursus Menyelamat Nyawa.
5.
Kursus Penyediaan Makanan.
6.
Tenaga pengajar dan fasilitator pelajar-pelajar sekolah
antarabangsa.
7.
Exco Pendidikan Gerakan Pecinta Alam Rakyat Malaysia (GERAK-NGO).
Oleh kerana
jasa-jasa beliau yang ditaburkan pada alam sejagat khasnya dan negara amnya,
beliau telah dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM), Pingat Pangkuan Negara
(PPN) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung Tunku Mizan Zainal
Abidin pada tahun 2007.
PAKEJ-PAKEJ YANG TERDAPAT DI DRACO NATURE CAMP
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera. Di Sini Saya Sertakan Pakej-Pakej
Yang Terdapat Di Draco Nature Camp Untuk Perhatian Pihak Tuan.
Pakej Aktiviti dan Harga di Draco Nature Camp ( DNC )
1- Family Chillout
RM10++/night/pax
2- Educational Nature Walk
RM25/pax, bermula jam 0900 setiap hari
Minimum 5 pax
3- Educational Night Walk
RM20/pax, bermula jam 0930 pm setiap hari
Minimum 5 pax
Pakej Berkumpulan
1- Camping 2 Hari 1 Malam
RM95++/pax
Minimum 25 pax
Termasuk : Khemah, Makan 3 Kali Sehari + Simple Bbq & Aktiviti
Add on;
* Pakej Bbq Kambing ( Wild Grill )
RM195/Per Head
* Pakej Kuzi
RM220/Per Head
* Pakej Normal Grill
RM135/Per Head
2- Camping 3 Hari 2 Malam
RM165++/Pax
Minimum 25 pax
Termasuk : Khemah, Makan 3 Kali Sehari + Simple Bbq & Aktiviti
Add on;
* Pakej Bbq Kambing ( Wild Grill )
RM245/Per Head
* Pakej Kuzi
RM270/Per Head
* Pakej Normal Grill
RM185/Per Head
Pakej Team Building
1- Pelajar Sekolah Rendah
2 Hari 1 Malam : RM80++/pax
3 Hari 2 Malam : RM145++/pax
Minimum 40 pax
2- Pelajar Sekolah Menengah/Kolej/Universiti
2 Hari 1 Malam : RM90++/pax
3 Hari 2 Malam : RM170++/pax
Minimum 40 pax
3- Pekerja Korporat
2 Hari 1 Malam : RM115++/pax
3 Hari 2 Malam : RM210++/pax
Minimum 30 pax
* Backpacker RM35/Per Day
Includes : Breakfast + Khemah + Basikal + Map
Pakej Berkhemah di Kampung Asli, Melihat Rafflesia dan Santai di Lokasi
Air Terjun
3 Hari 2 Malam
RM250/pax (All in)
Minimum 20 pax
* Aktiviti-Aktiviti Yang Terdapat Di Draco Nature Camp :
1- Educational Nature Walk
2- Night Walk
3- Hiking
4- Nature Talk
5- Nature Walk
6- River Trekking
7- Melawat Kampung Orang Asli : Minum Petang & Menyumpit
Selain Itu, Kami Ada Menawarkan Beberapa Pakej Mendaki Gunung Di Sekitar
Draco Nature Camp.
1- Pakej Gunung Relau Via Draco Nature Camp ( 3 Hari 2 Malam )
Min 10 Paxs
Max 25 Paxs
RM135/Pax
Termasuk : Permit, Guide Berlesen, Peralatan, Makan 3 Kali Sehari
* Santai DNC + Extra Aktiviti
2- Pakej Gunung Bujang Melaka + Lokasi Serpihan Pesawat British Via
Draco Nature Camp ( 3 Hari 2 Malam )
Min 10 Paxs
Max 25 Paxs
RM150/Pax
Termasuk : Permit, Guide Berlesen, Peralatan, Makan 3 Kali Sehari
* Santai DNC + Extra Aktiviti
3- Pakej Circle Gunung Relau, Gunung Bujang Melaka + Lokasi Serpihan
Pesawat British Via Draco Nature Camp( 3 Hari 2 Malam )
Min 10 Paxs
Max 25 Paxs
RM180/Pax
Termasuk : Permit, Guide Berlesen, Peralatan, Makan 3 Kali Sehari
*Santai DNC + Extra Aktiviti
4- Pakej Gunung Kinjang Via Draco Nature Camp (3 Hari 2 Malam)
Min 10 paxs
Max 25 paxs
RM190/pax
Termasuk : Permit, Guide Berlesen, Peralatan, Makan 3 Kali Sehari
*Santai DNC + Extra Aktiviti
Untuk Sebarang Pertanyaan dan Kemusykilan Dari Pihak Tuan,
Boleh Menghubungi Talian :
012 5145023 Khairul
012 4363272 atau email ke
ksecotours@gmail.com
012 4363272 atau email ke
ksecotours@gmail.com
Terima Kasih.
lol, buy your website is just out my mind. I mean each and everything you have posted just goes away from my mind because I didn't understand anything from your website.
ReplyDeletegolden goose outlet
ReplyDeletekd shoes
paul george shoes
kenzo
bape outlet
yeezy 700
golden goose outlet
golden goose
supreme new york
lebron 15
Great post thanks.
ReplyDelete